RSS
Facebook
Instagram

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON, BANGKOK

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON, BANGKOK

Kalau ke Bangkok or wherever dekat Thailand tak sah kalau kita tak pergi massage. Thailand sangat terkenal dengan kepakaran tukang urut mereka yang rata-rata sangat terlatih dan merupakan antara tarikan utama di dalam sektor pelancongan Thailand. Jika anda berjalan di kawasan bandar, boleh dikatakan hampir setiap kedai menawarkan perkhidmatan urut. ‘Masaj, Masaj‘ , itulah merupakan laungan para pengurut memanggil pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Anda harus hati-hati, tidak semua pusat urut di sana merupakan urutan yang betul-betul memberikan perkhidmatan urutan. Ada di antara mereka menyediakan perkhidmatan extra selain urutan, contohnya memandikan kucing anda di rumah, membeli sayur pak choi di pasar, beratur bagi pihak anda di KFC dan pelbagainya.

No lah, saya bergurau je. Just kidding. Tapi untuk tidak menambahkan kesakitan dibadan anda yang sudah sedia letih dengan memeningkan kepala di mana nak cari pusat urut yang legit, anda pergi sahaja dapatkan khidmat urutan dari SPA di hotel yang anda diami. Ye, sedikit berbeza dari segi harga dengan pusat urutan yang ada di luar sana, tetapi dari segi kualiti, pengurut yang telatih, pusat SPA yang bersih dan selesa pasti membuatkan apa yang dibayar rasa berbaloi.

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – SPA MANAGER, KHUN SUP

Dah alang-alang duduk dekat Royal Orchid Sheraton, we were introduced to this lovely Spa. The Spa at Royal Orchid Sheraton, Bangkok. Setiba di The Spa, kami disambut mesra oleh Pengurus Spa sendiri iaitu Supanee atau lebih mesra dikenali dengan Khun Sup.

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – WELCOME DRINK AND COLD TOWEL


Welcome drink (infused water) dan cold towel diberi. Selepas sip-sip fuse water dan menempek cold towel di muka, segar bugar je rasa. So sambil minum fuse water dan dab-dab cold towel di muka, Khun Sup menerangkan tentang pakej dan produk-produk yang digunakan. Menariknya, produk-produk yang digunakan seperti minyak urutan, minyak aromaterapi diperbuat dari herba-herba tempatan dan ada di antaranya saya tidak pernah dengar langsung.



THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON
THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – BAEL FRUIT

Contohnya seperti buah Bael, saya tidak rasa rakyat Malaysia pernah menggunakannya. Rakyat tempatan keringkan buah ini, rebus dan minumnya seperti teh. Antara khasiatnya ialah elok untuk sistem penghadaman dan menyejukkan badan dikala cuaca kepanasan.

DE-STRESS AROMA MASSAGE

Selepas dilayan seperti seorang putera, Khun Sup menerangkan tentang pakej-pakej urutan yang disediakan oleh The Spa. Selain itu kami juga ditanya tentang tahap tekanan urutan yang diingini dan bahagian tubuh mana yang kita sensitive dan tidak mahu diurut kuat. Selepas sesi penerangan, kami memilih De-Stress Aroma Massage selama 1 jam 30 minit. Selain itu, kami juga boleh pilih jenis dan bau minyak urutan yang akan digunakan. Terdapat pelbagai bau-bauan dan fungsi yang disediakan. 100% legit bau sedap. Sebabkan saya suka bauan bunga Jasmin, maka saya pilih salah satu (berbau bunga jasmin, bukan Jasmin Hamid or Princess Jasmin) minyak campuran di antara 4 yang disediakan .

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON
THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – SUITE 2
THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – SUITE 2

Lantas kami dibawa ke Suite-2 dimana sesi urutan akan dilakukan. Pengurut menerangkan dimana tempat untuk menukar pakaian dan menyimpan barang. Jika selesai urusan menukar baju, hanya bunyikan gong di Suite- 2 dan pengurut akan datang dan mulakan sesi. Sangat menarik kerana seakan-akan sesi urutan di The Spa mempunyai ritual tersendiri (tiada kaitan dengan mana-mana agama, hanya ritual sebelum, semasa dan selepas urutan).

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – FOOT SCRUB

Sesi dimulakan dengan foot scrub. Anda bayangkan sambil kaki ditenyeh lembut dengan scrub yang berbau wangi dan segar, anda boleh menikmati pemandangan penuh kiri dan kanan Sungai Chao Phraya yang sungguh indah. Saya sangat menikmati suasana tersebut dan bukan selalu kita boleh alami pengalaman tersebut.

Selesai kaki segar bugar licin bling-bling, sesi urutan bermula. Bertiarapnya di atas massage table, kami dijamukan pemandangan hiasan bunga dia atas lantai. Tujuan bunga itu diletak di atas lantai adalah kerana agar pelanggan tidak hanya nampak lantai bosan sepanjang sesi urutan berjalan.

Urutan yang diberi SANGAT SEDAP, MELEGAKAN DAN RELAXING. Tekanan sederhana kuat dan bau minyak urut yang menenangkan jelas membuatkan otot-otot yang keras, badan yang sentiasa lenguh terus sahaja relax dan menyegarkan. Urutan yang bukan sekadar gosok-gosok, tepuk-tepuk ye. Teknik urutan yang diberikan memang membuatkan saya rasa The Spa at Royal Orchid Sheraton merupakan daya tarikan bagi sesiapa yang hadir ke Bangkok dan ingin mencari spa yang sangat berbaloi. Tak tipu. Memang berbaloi.

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – DIVANA SHOWER GEL

Selama ini saya sering ambil pakej 1 jam dan mmg tak cukup. Namun pakej 1 jam 30 minit bagi De- Stress Aroma Massage by The Spa memang just nice. just perfect! Bangun-bangun je selepas selasi diurut, lantas memasing capai robe dan posing sana sini kerana Suite 2 punyai UHMAZING VIEW dan bukan hari-hari kita dapat nikamtinya. Selesai posing sana sini, maka sesi untuk menyahkan kesan minyak urutan dengan menggunakan produk Divana yang ternyata wangi-wangi belaka. Dekat shower je dan sampai 15 minit. Sebab apa? Sebab nikmat gila pakai shampoo, conditioner dan shower gel yang disediakan.

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – POST MASSAGE SNACK

Selesai mandi dan badan sudah segar bugar, kami dibawa ke ruang menunggu dan diberikan teh herba beserta buah-buahan segar. Saya perasan di Thailand, kalau setiap section buah tak kira buffet atau yang dihidang, mesti hirisan limau disediakan. Jadi saya cuba memerah hirisan limau yang disertakan ke atas buah-buahan yang disediaka. Ingat hanya sekadar suka-suka atau hanya perhiasan semata. Tidak ye, rupanya fungsi limau itu adalah penaik perasa buah-buahan tersebut. Aroma dan rasa buah itu seolah menjadi dua kali ganda dan lebih sedap.

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – DIVANA SPA PRODUCTS

Oh, jika anda menggemari produk yang disediakan sepanjang sesi di The Spa at Royal Orchid Sheraton Bangkok, anda boleh membelinya dan bawa pulang untuk digunakan di rumah atau pun sebagai hadiah kepada mereka yang tercinta. Caye lah, kualiti produk Divana yang disediakan sangat high end dan berbau sedap belaka.

Sesi tamat dan kami di hantar ke pintu lif oleh Khun Sup sendiri. Layanan dan servis yang diberikan sangat one of the kind.

KESIMPULANNYA

The Spa at Royal Orchid Sheraton Bangkok merupakan a must visit Spa bagi penggemar Spa dan urutan yang sangat-sangat menyegarkan. Dari segi layanan dari mula hinggalah selesai sesi, sangat mengagumkan kerana anda diberi layanan seperti puter/puteri. Anda sangat dimanjakan. Ruangan yang sangat selesa dan bau-bauan yang menenangkan tersedia ketika anda berada di The Spa. Jika anda berkesempatan mengunjungi The Spa, jangan lupa untuk request sesi urutan anda dilakukan di Suite 2. Apa yang special sangat dengan Suite 2? Pemandangannya tuan-tuan dan puan-puan. Anda boleh nampak full view 180 darjah pemandangan Sungai Chao Phraya dan IconSiam yang sangat majestic. Tapi di bilik urutan lain juga boleh nampak view Sungai Chao Phraya, cuma tidak sejelas dan penuh seperti di Suite 2.

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON – SUITE 2

Cubalah sendiri kunjungi dan alami nikmat dimanjakan ni The Spa at Royal Orchid Sheraton Bangkok. Anda pasti akan berpuas hati dan leave happy with an awesome session.

THE SPA AT ROYAL ORCHID SHERATON BANGKOK
2 Charoen Krung Rd Soi 30, Siphaya, Bang Rak,
Bangkok 10500, Thailand.

Operation Hour : 10.00 AM – 10.00 PM

Telephone No : +66 2 266 0123
E-Mail Address : sh.bkksi.spa@sheraton.com

For reservation, you may refer to this link : https://www.marriott.com/hotels/travel/bkksi-royal-orchid-sheraton-hotel-and-towers/





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah: