RSS
Facebook
TWITTER
Instagram

SPIDER-MAN : FAR FROM HOME REVIEW – IS SPIDEY THE NEXT IRON MAN?

SPIDER-MAN : FAR FROM HOME REVIEW – IS SPIDEY THE NEXT IRON MAN?

Selepas fenomena Avenger : Endgame hampir ke penghujungnya, Spider-Man : Far From Home mula menyusul di pawagam seluruh dunia. SMFFH banyak diperkatakan sebagai filem yang penting bagi peminat MCU kerana ia merupakan filem terakhir bagi penutup fasa 4 MCU dan juga punyai penjelasan mengenai persoalan yang kurang dijelaskan di dalam Avengers : Infinity War & Endgame. Contohnya seperti The Blip. Apa itu The Blip?

Sony/Marvel Studios

PLOT

Filem bermula seperti post credit scene pada filem Avengers – Endgame Bring Back Event . Selepas Quentin Beck menyebut ‘ You don’t want to be any part of this’, penonton didendangkan dengan lagu I Will Always Love You nyanyian Whitney Houstan ketika intro Marvel Studios muncul. Sepanjang lagu tersebut berjalan, tribute kepada Tony Stark, Natasha Romanoff dan Steve Rogers dimainkan oleh pesatuan pelajar Midtown School of Science and Technology. Selesai tribute dimainkan, Betty Brant menyampaikan laporan mengenai fenomena The Blip yang berlaku ketika petikan jari oleh Thanos. Separuh populasi hilang dan muncul mula dilokasi sama pada 5 tahun kemudian. Bagi pelajar-pelajar yang menjadi mangsa Thanos, mereka akan mula persekolahan seperti biasa dan manakala bagi-pelajar-pelajar yang selamat, rata-rata mereka sudah menjadi pelajar senior.

Di sebuah acara amal kebajikan yang dianjurkan oleh ibu saudara Peter, May, Spider-Man diundang sebagai tetamu khas. Dibelakang pentas, Happy muncul dan menyampaikan cek kepada May dan juga mesej kepada Peter. Nick Fury sedang mencarinya dan dengan tiba-tiba ada panggilan dari unknown caller dan Peter bercadang untuk tidak menjawab dan fokus kepada kehidupan normalnya. Peter meninggalkan acara tersebut apabila mula ditanya mengenai adakah Spider-Man akan menjadi ‘The next Iron Man?’ oleh pihak wartawan.



Sony/Marvel Studios

Sempena cuti musim panas, Peter Parker menyertai lawatan ke Eropah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Gembira dengan penyertaan lawatan tersebut, Peter bercadang untuk menghentikan aktiviti hero dan menjadikan lawatan ini sebagai langkah untuk memenangi hati MJ. Setibanya di Venice, Italy, seekor raksasa Water Elemental muncul dan mula menyerang. Usaha untuk Peter mengalahkan raksasa tersebut gagal kerana ianya diperbuat dari air. Secara tiba-tiba, Quentin Beck muncul dan mengumpan keluar raksasa tersebut dari Sungai Venice dan berjaya mengalahkannya.

Sony/Marvel Studios

Malam kemudian, berita mengenai Quentin Beck mula muncul di media dan dinamakan dengan nama Mysterio. Setibanya di bilik, Nick Fury muncul dan membawa Peter ke markas bagi membincangkan mengenai serangan yang berlaku. Setibanya di markas, Peter diberikan sebuah kaca mata bernama E.D.I.T.H yang diamanahkan oleh Tony Stark. EDITH merupakan kaca mata yang ber-intelligent tinggi di mana Peter sahaja yang boleh mengakses segala pengkalan data kepunyaan Tony Stark sebelum ini. . Quentin diperkenaklan dan datang dari realiti yang lain. Tujuan Quentin ke bumi ialah untuk membalas dendam ke atas keluarganya yang menjadi mangsa kepada raksaksa Elementals. Fire Elemental, elemen terakhir yang memusnahkan reality Quentin dijangka akan muncul di Berlin dan Nick Fury ingin meminta pertolongan Spider-Man untuk menghentikan serangan tersebut. Peter mula berbelah bagai sama ada ingin menyertai Nick Fury dan Mysterio untuk menghentikan serangan dari Fire Elemental atau fokus kepada kehidupan peribadinya dan rancangan untuk memenangi hati MJ. Dapatkah Peter/Spider-Man menjadi seorang yang Tony Stark percaya dapat menyelamatkan penduduk bumi?

LE REVIEW

Urgh!!! How I wish I could tell you guys more about this movie. I need to keep this spoiler free.

Fight scene yang disajikan sangat mengaggumkan. Dengan kelincahan Spider-Man digabungkan pula dengan slow motion action, memang membuatkan para penonton terpukau. Ye, saya tahu mostly tu dari CGI effects saja. Tapi tidakkah itu membuktikan bahawa CGI effects nya juga ditahap bagus dan tidak nampak sangat tipunya.

Dari segi lakonan tiada apa yang boleh saya komen banyak kerana rata-rata berjaya membuatkan sama ada kita ketawa mahu pun turut bersedih sama ketika Peter ditimpa musibah. Tetapi watak Flash Thompson merupakan mis-casted dan masih menjengkelkan untuk ditonton. Adegan Betty bersama Betty dan Ned sangat melucukan. Anda pasti akan gelak terbahak ketika kamera mula beralih fokus kepada mereka.

Sony/Marvel Studios

Jalan cerita yang sedikit boleh di agak (if you’re a fan, u must knew this), tetapi tidak mengecewakan. Terdapat banyak scene tribute kepada Tony Stark di dalam filem ini secara langsung mahu pun tidak. Terdapat scene memaparkan fesyen, background music dan tech berkait dengan Tony Stark yang pasti menyentuh jiwa para penonoton. Sedikit sebanyak jalan cerita kali ini lebih fokus kepada Peter Parker sebagai perantis Tony Stark. Gelaran tersebut membawa tanggungjawab besar dan bebanan kepada Peter sehingga penonton turut merasakan bebanan tersebut.

Sony/Marvel Studios

Secara purata Spider-Man : Far From Home merupakan filem yang lebih baik dari Homecoming. By purata saya maksudkan termasuklah 2 scenes after credit. Sila tunggu sehingga credit terakhir menginggalkan skrin kerana percayalah, kejutan masih belum berakhir.

8.5/10





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah: