RSS
Facebook
TWITTER
Instagram

AVENGERS : ENDGAME BRING BACK EVENT. BEBALOI ATAU HANYA GIMIK?

AVENGERS : ENDGAME BRING BACK EVENT. BEBALOI ATAU HANYA GIMIK?

Wahai peminat Marvel Studios. Assemble! Di sini saya akan curahkan pendapat jujur tentang Avengers : Endgame Bring Back Event, Berbaloi ke tidak? Perlukah anda berpusu-pusu beratur panjang semata hadap lagi 3 jam untuk tonton extra footage? Berbaloikah berhabis belasan ringgit untuk klip 6 minit? Alright, gather around. Ni nak habaq mai.

MARVEL STUDIOS – Avengers : Endgame

Seperti anda sedia maklum, Avengers : Endgame lebih fokus tentang misi menghidupkan semula mereka yang menjadi mangsa korban akibat kerakusan Thanos untuk mengimbangi penduduk di seluruh alam. (tak sure Planet Namek turut menjadi mangsa atau tidak).

Selepas hampir 2 bulan berada di pawagam, Endgame berjaya memecah pelbagai rekod. Namun masih the second best dan menyorok di belakang Avatar yang berjaya mengutip sebanyang $2.7 billion manakala Endgame hanya mengutip sebanyak $2 bilion. Jadi, adakah stratergi mengeluarkan 6 minit scene tambahan merupakan gimik dari Marvel untuk memancing peminat Avengers menghabiskan masa lagi 3 jam supaya dapat mengalahkan kutipan Avatar atau hanya sekadar fan service?



Selepas pengumunan dari pihak Marvel mengenai scene extra lebih 6 minit menualar sejak minggu lepas, rata-rata peminat Avengers seolah-olah hidapi buasir tak senang duduk (termasuklah saya). Pengumuman tersebut hanya bagi hint-hint ibarat bau kentut sepoi sepoi je. Jadi bila pihak GSC announce tiket untuk Bringback Event mula dijual, cepat-cepat member capai telefon dan tengok hanya ada satu tayangan sahaja yakni Sabtu 29 June 2019 pada 3.20pm. Seat ada yang available lagi. Booked!

Jadi apa yang berbeza dari versi asal sebelum ini? Tiada! Anda hanya perlu re-watch Endgame semula seperti memula dulu dan extra scene hanya muncul selepas credit terakhir meninggalkan skrin. Namun bila scene Natasha cakap ‘See you in a minute‘, Tony Stark menghembuskan nafas terakhir dan Morgan Stark mahukan Cheeseburger masih meremuk jiwa ini yang terluka masih belum dirawat lagi.

Ok enough mukadimah, scene extra 6 minit itu terbahagi pada 3 yakni.

Stan Lee / Marvel Studios

Tribut kepada Stan Lee

Bagi sesiapa yang khatam semua Marvel Studios movies mesti menanti-nantikan bilakah Stan Lee nak muncul kan? Dengan remuknya hati ini, Endgame merupakan last movie yang feature Stan Lee. Di dalam tribute ini sedikit sebanyank menunjukkan behind the scene tentang Stan Lee dan cameos nya. Menurut Stan Lee, beliau tidak sangka filem-filem Marvel akan menjadi besar dan beliau akan membuat penampilan khas didalam setiap filem tersebut. Tercetusnya kejaya beliau sebagai penulis komik kerana perlu menersukan kelangsungan hidup. Beliau tiada pekerjaan dan banyak komitmen yang perlu ditanggung dan hanya dengan menulis komik beliau dapat menampung kehidupan.

Avengers Endgame / Marvel Studios

Scene Hulk Post Endgame Yang Dipotong

Menurut Anthony Russo (Pengarah Endgame), beliau dan Joe Russo berasa terkilan kerana tidak dapat memasukkan scene tersebut ke dalam filem. Jadi mereka release scene yang dipotong ini buat tontonan peminat.

Scene bermula dengan sebuah bangunan yang sedang terbakar. Pihak bomba kebuntuan kerana usaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang berada di tingkat tinggi sukar dilakukan. Secara tiba-tiba muncul sebuah kelibat meloncat masuk kedalam bangunan yang masih apinya menari riang . Poof! Makhuk itu meloncat keluar bersama mangsa-mangsa kebakaran dan makhluk tersebut merupakan Hulk. Selesai misi menyelamat, secara tiba-tiba telefonnya berdering. Hulk menjawab dan rupanya panggilan dari Macau Scam. Tak lah tipu je. Hulk menjawab ‘Go for Hulk, Steve who?’ . Scene tamat. BTW, CGI bagi scene ini separa raw. Jadi agak kelakar apabila ditonton.

Spiderman : Far From Home / Marvel Studios

Sedutan Spiderman : Far From Home

Seperti anda maklum, filem terbaru Spiderman bakal muncul di pawagam pada 3 Julai 2019. Scene bermula di Extinco, Mexico selepas kejadian snap-menap dari 3 pihak (Hulk-Thanos-Tony). Setibanya di Extinco, Ejen Maria Hill dan Nick Fury meninjau kawasan yang dikatakan diserang oleh puting beliung yang berwajah manusia. Secara tiba-tiba mereka diserang dengan seekor raksasa, Mysterio muncul dan menyerang makhluk tersebut. The end.

PENDAPAT PERIBADI

Siapa tak rasa hype bila news 6 minit scene tambahan akan dimasukkan ke dalam filem Endgame keluar. Saya antara yang excited. Namun ser-excited yang dirasai, terdapat juga keraguan besar yang berlari liar di dalam fikiran. Contohnya adakah Marvel Studios benar-benar terdesak untuk kalahkan Avatar dengan mengeluarkan scene 6 minit yang belum pernah disiarkan di mana-mana? Berbaloi kah menahan kincin dan vera sepanjang 3 jam dan credit yang panjang namatey semata-mata scene 6 minit ni?

Keraguan besar saya ternyata benar. TIDAK BERBALOI. Mengapa tak berbaloi? Selain scene Tribute : Stan Lee, saya rasa yang lagi dua tu memang macam sekadar melepaskan kentut sambil memetik daun di taman. I was expecting something big macam hint-hint X-Men, Fantastic 4 atau Deadpool akan join MCU. Atau pun hint-hint The Eternals ke. Ini tidak. Scene tambahan Hulk most probably tidak akan membawa perubahan apa-apa. Scene Spiderman pula kebanyakannya boleh ditonton melalui trailer-trailer yang telah dikeluarkan.

Jadi, bagi saya sangat tidak berbaloi. Tetapi jika anda merupakan die hard fan kepada mendiang Stan Lee, tribute beliau pasti akan meninggalkan kesan kepada anda. Beliau ibarat Bapa kepada Marvel. Gugurnya sebutir bintang yang amat dirasai.

Akhir sekali, scene-scene extra yang ditayangkan akan available di dalam Blu-Ray dan Digital. Jadi usah buang tenaga, wang dan masa anda. Tunggu jelah bila masa available untuk ditonton di kaca TV anda.

Sekian,
Saya yang menyelamatkan masa, wang, usaha dan tenaga anda.





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah: