The Plated by Pinky Brothers merupakan sebuah restauran yang menghidangkan makanan berkonsepkan Western, Italy dan Local Fusion. Terletak di tingkat 2 bersebelahan dengan Boat Noodle, pelbagai hidangan dari makanan hingga lah ke air yang unik disediakan.
Dibuka sekitar 2016, The Plated menyediakan hiasan dalaman yang berkonsepkan ringkas,santai, mewah dan sedikit retro. Ia pastinya dapat menarik minat golongan remaja/hipster untuk chill di restauran ini.
Ketika berdiri meninjau keadaan restauran ini dari luar ada juga rasa ragu-ragu tentang harga makanan dan minuman. Tapi disebabkan sudah terpukau dengan gambar makan dari IG official The Plated, harga semua tolak tepi. Namun sangkaan saya meleset! Harga bagi makanan dan minuman di The Plated sangat reasonable!
Le FOOD

GRILLED HONEY LAMB SHOULDER
Bagi peminat kambing, GHLS pasti dapat menarik perhatian anda. Rasa manis-manis madu yang just nice, seasoning yang perfect, daging yang tidak hamis sambil dicicah dengan black pepper sauce, memang gila terangkat. Possibility untuk repeat order? Ye!

LASAGNA
Kebanyakan Lasagna yang dijual tidak kira di restauran mahu pun di mana-mana, tidak semuanya menepati cita rasa. Untuk menyediakan Lasagna yang perfect bukanya mudah. Jika terlebih itu atau ini, anda akan mudah rasa muak dan mual. Tetapi Lasagna ini tidak! Setiap suapan tidak mengundang pun muak. Terasa lemak-lemak cheese dan dagingnya. Memang lazat!

GRILLED BURGER
Inginkan patty yang juicy? Inginkan patty yang bukan patty segera tetapi homemade? Come here dan pesan Grilled Burger ini. Bukan seperti burger segera yang kita makan mostly di mana-mana restauran burger yang mengidangkan daging yang nipis dan tidak berupa daging. Didatangi dengan sauce cili homemade, kombinasi yang unik dan a must have bila anda datang ke The Plated.

STUFF CHICKEN WITH CHEESE AND SPINACH
Ada 3 bahan yang menarik perhatian saya apabila membelek menu : Mushroom, Cheese dan Spinach. Yup, saya memang menggemari ketiga-tiga bahan tersebut dan ternyata apa yang saya order memenuhi cita rasa. Tetapi, ayamnya sedikit kering dan apabila sejuk mula menjadi sedikit keras. Dari segi rasa semuanya bagus, even salad. Cuma texture ayam itu sahaja yang merupakan downfall bagi hidangan ini. Possibility untuk pesan lagi? Ada, cuma saya akan remind waiter untuk make sure ayam itu dimasak sempurna dan tidak kering.

GRILLED CHICKEN CHOP
Bagi penggemar chicken chop, hidangan ini memang didedikasi untuk anda. Ayam di grill sempurna disertakan bersama fries yang tebal . Hidangan ini didatangi dengan 3 sauce pilihan iaitu black pepper, pesto dan mushroom.

SPAGHETTI DUCK AGLIO OLIO
Bagi mereka yang acah-acah diet tapi nak kenyang seperti saya, hidangan ini pasti membuatkan anda rasa kurang bersalah dengan setiap kunyahan. Rasa yang sedikit pedas memang berjaya membuatkan tunas rasa anda menari girang.

GRAIN FED RIB EYE STEAK
Sedia maklum bahawa saya memang seorang karnivor dan steak merupakanan makanan ruji bagi setiap kali gaji masuk. Medium well, saya suka steak saya dimasak sebegitu. Bagi saya, steak yang sempurna mempunyai 2 faktor : seasoning dan texture. Texture steak ini lembut dan tidak liat, 10 points to Gryffindor. Tetapi, saya kecewa kerana dagingnya agak kering dan tidak juicy. Dari segi seasoning ianya perfect kerana secukup rasa, tidak perlu untuk saya minta salt & pepper. Overall, ianya masih hidangan yang lazat. Tetapi jika texture nya dimasak sempurna, saya pasti hidangan ini setimpal dengan harga yang dibayar.
Le BEVERAGES

HOT ROSEMARY EARL GREY TEA
Apa yang membuatkan saya tertarik untuk pesan minuman ini? Kerana minuman ini nampak aneh dan dihidangkan di dalam bekas yang comel. Dari segi rasa? Ya, memang aneh bagi mereka yang tidak biasa dengan rasa rosemary, tapi setiap hirupan membawa anda ke hirupan yang seterusnya. Sangat sedap dan 1 teko memang tak cukup!

PINA COLADA
Jangan risau jangan khuatir, air ini merupakan virgin Pina Colada. Apa itu virgin? Maksudnya air ini tidak mengandungi alkohol. Jangan risau, semua air disini tidak mengandungi alkohol. Pina Colada mocktail memang sesuatu yang wajib untuk saya pesan jika ternampak kelibatnya di dalam menu. Rasa yang sangat umphh! Lemak-lemak kelapa serta nenas memang pekat terasa.

BRAZILIAN LEMONADE
Ini bukan lah kelas Kimia, tetapi gelas khas jika anda membuat pesanan Brazilian Lemonade. Ye bekasnya tinggi dan unik. Dari segi rasa, sedap kerana rasa masam manis yang akan memikat mereka yang menggemarkan air yang berperisa masam.

PINEAPPLE SUNRISE
Nak feeling-feeling tengah pose di tepian pantai? Pesan sahaja Pineapple Sunrise kerana minuman ini membuatkan anda berasa seperti sedang bercuti di tepian pantai. Juga berperisa masam manis, pilihan kedua jika anda menggemari masam manis nenas.
Le DESSERT

TIRAMISU
Sesuatu yang perlu anda pesan sebagai pencuci mulut. Selain presentation yang menarik, Italian dessert ini memberikan rasa pahit-pahit manis lapisan biskut coffee beserta krim mascarpone. Bagi penggemar rasa coffee, dessert ini sesuai untuk anda.
MY2CENTS
Saya memang menggemari hidangan western dan itali, jadi one day try google restauran apa yang belum dicuba di IOI City Mall Putrajaya. The Plated berjaya menarik perhatian saya kerana dari segi kualiti gambar dan presentation setiap hidangan yang saya lihat di instagram sangat cantik. Memang menggiurkan. Lawatan saya tidak mengecewakan kerana layanan yang diberi sangat bagus walaupun ada satu dua kekurangan dari segi texture hidangan. Overall, kualiti dan presentation hidangan sangat sedap dan harga yang reasonable. Apa yang mengagumkan saya, The Plated menyajikan sajian seperti di restauran mewah, kerana apa yang dihidangkan di atas meja, sama seperti dengan gambar yang ada di dalam menu. Tidak mustahil jika suatu hari nanti, The Plated bakal menjadi popular jika momemntum dari segi kualiti makanan dan layanan yang mesra diteruskan. Saya sudah melawat dua kali. Mungkin akan membuat lawatan ketiga, keempat dan seterusnya.
THE PLATED BY PINKY BROTHERS
L2-20 & 21, Second (2nd) Floor, IOI City Mall, Putrajaya
03-8959 2450
Facebook : The Plated by Pinky Brothers
Instagram : theplatedbypinkybrothers
De butang like tak..hahaha
Tq mmg tgh cari restaurant utk celebrate bday kawan.. kawan yg dah 15 tahun tak jumpa.
hehe. terima kasih 🙂
Range harga dia mcm mana ea? Boleh kongsi tak.