RSS
Facebook
Instagram

SVART CAFE

SVART CAFE

Pada suatu hari, saya dan kawan saya plan untuk lepak sebab lama tak jumpa dan cadang nak makan kat our favourite restoran in Cyberjaya. Malangnya waktu kami tiba, restoran tersebut penuh dan dengan hampanya hajat kami tidak tercapai. Then tiba-tiba teringat there’s one cafe selang berapa lot je dari restoran favourite kami. Based on IG feed cafe tersebut, yang saya follow pada tempoh yang agak lama, mungkin ini masa untuk give it a try. Jadi kami pun mula melangkah ke Svart Cafe.

Svart Cafe

Setiba di pintu masuk Svart Cafe kami disambut mesra oleh staff cafe. Suhu dan check in MySejahtera dah selesai, jadi ini masa untuk mencari seat yang paling selesa. Rekaan dalaman cafe ini sangat unik. Ditemani pula dengan lagu band zaman 2000s membuatkan anda in mood dan terkenang zaman putus cinta dengan bekas kekasih pertama. Lagu-lagu The Fray, Lifeouse, Coldplay berkumandang pada malam itu.

Menu dibelek dan wow! Banyaknya jenis makanan dari Itali, western, local fusion dan pelbagai lagi. Harga juga boleh dikatakan harga mampu milik. Juicy steak RM32 sahaja! Mau tak excited. Ditambah juga terdapat promo set lunch dan dinner dibawah harga RM20 sahaja. Fuhhh. Memang rasanya berbaloi kalau macam ni. Jadi, berikut merupakan makanan yang dipesan oleh kami bertiga.



SVART’S RIBEYE STEAK

Svart’s Ribeye Steak – Svart Cafe

Sebagai peminat Steak, of course lah terkasima dengan steak ribeye yang berharga RM32 with 0% tax. Jadi saya order 1 dan tak sabar lak nak kunyah daging steak lepas lama simpan kempunan ini. Setibanya Svart’s Rib Eye Steak atas meja, saya dan sahabat mula menyebut wowwwww. Aroma daging steak amat seksi bagi saya. Presentation menarik. Memang menarik Bagaimana dengan rasa pula? Ok kita mulakan dengan seasoning. Seasoning dia jelas terasa dan tersangat perfect. Susah nak dapat steak yang seasoning nya sempurna. Percayalah, steak yang harga mahal seperti restoran cabai dan kafe batu keras tidak punyai seasoning perfect seperti Svart Rib Eye Steak ini. Dari segi masakan dagingya, terasa sedikit liat. Harap masalah keliatan daging ini dapat diperbaiki sebab for sure saya akan repeat order. Walaupun teksturnya sedikit liat, steak ini juicy dan tidak kering. Bagi saya masih berbaloi untuk anda dapatkan Svart Rib Eye Steak ini. Ditemani dengan mashed potato dan grilled vege. Oh, mashed potato dia memamng patut diberi highlight kerana sedap dan rasa yang sempurna dari pelbagai aspek rasa.

PASTA BUTTER CHICKEN

Pasta Butter Chicken – Svart Cafe

Boom! Setiba je Pasta Butter Chicken meja, terkasima kami. Portion yang besar, memang pasti kenyang jika sesiapa yang pesan hidangan ini. Bagi peminat masakan berasaskan butter, Pasta Butter Chicken by Svart ini wajib anda dapatkan. Kerana apa? Rasa creamy yang seimbang tidak akan menjemput rasa mual dengan setiap kunyahan. Ada sesetengan masakan butter selepas 5 suap kita boleh rasa mual. Tidak dengan hidangan ini. Dimakan pula dengan ayam goreng tepung segar dari dapur, memang perfect meal kepada penggemar masakan butter. Texture pasta juga sempurna, jadi kunyahan anda tidak akan terganggu dengan rasa undercooked atau overcooked pasta. Anda boleh dapatkan menu ini dalam bentuk set pada waktu lunch (12.00pm-3.00pm) dan dinner (6.00pm-9.00pm). Setiap set didatangi dengan pilihan sama ada Iced Lemon Tea atau Iced Sirap Limau. Berapa harga set? RM17.00 sahaja.

BUTTER CHICKEN RICE

Butter Chicken Rice – Svart Cafe

Jika anda tidak mahukan pasta, anda boleh dapatkan menu ini dalam bentuk nasi juga. Rasa creamy butter yang sama seperti Pasta Butter Chicken, kelainannya pula ayam disalut dengan kuah butter. Hidangan ini juga didatangi dengan rice cracker dan side vege.

CHICKEN SVART

Chicken Svart – Svart Cafe

Another feast for the eyes kind of dish. Presentation yang cantik. Tak sangka hidangan ini didatangi dengan edible flowers yang cantik. Kebiasaan masakan isi ayam teksturnya pasti kering, tetapi tidak dengan hidangan ini. Kepingan isi ayam yang dimasak dengan penjagaan rapi supaya isi ayam ini tidak kering. Anda boleh rasa smokiness hidangan ini dan dicicah pula dengan sos black pepper memang perfect combination. Oh hidangan ini juga didatangi dengan twist, on top of the chicken, tersedia mango salsa yang akan memeriahkan deria rasa anda. Hidangan ini juga didatangi dengan mashed potato (one of the reasons saya order hidangan ini) dan grilled vege. P/S. Makan hidangan ni masa panas-panas untuk kepuasan maksima.

Svart Cafe Promotion – Svart Cave

Selain hidangan di atas, terdapat juga hidangan Salmon bagi pencinta Salmon seperti Grilled Salmon dan Creamy Salmon. Buat waktu ini sempena tempoh Merdeka, setiap hidangan salmon tersebut didatangi dengan promo 15% off. Selain dari promo itu, Svart Cafe juga menghidangkan promo Lunch dan Dinner didatangi dengan segelas air Iced Lemon Tea dan Iced Sirap Limau dengan harga RM17 setiap set. Antara menunya adalah Kambing Bakar Sambal Kicap With White Rice, Pasta Butter Chicken dan Pineapple Fried Rice. Rata-rata yang datang di sini saya nampak memesan samada hidangan Salmon ataupun Pineapple Fried Rice. Pineapple Fried Rice dihidangkan literally di dalam nenas dan udangnya gemuk-gemuk.

CREAMY MUSHROOM

Creamy Mushroom Soup – Svart Cafe

Sambil mengarang article ini, saya cuba memesan lagi satu hidangan untuk menjadi companian mendapatkan idea penyusunan ayat. Jadi saya menanya staff recomendation sup apa yang sedap di sini. Kerana pelbagai sup yang mereka sediakan seperti Seafood Chowder, Seafood, Minestrone, Creamy Mushroom dan Tomato. Confused pula jadinya. Staff yang tidak lokek dengan senyuman mencadangkan saya memesan Creamy Mushroom. So Creamy Mushroom it is.

Creamy Mushroom by Svart Cafe ini bukan calang-calang mushroom soup. Rasa yang sangat delicate, seasoning yang just nice dan memang patut dipesan sebagai appetizer. Bukanlah mushroom soup yang dimasak dari serbuk instant mahu pun tin segera. Soup ini dimasak dengan small bits of mushroom dan rasa mushroom yang tidak overpower the whole soup. Macam saya cakap, delicate and just nice. Nampak sahaja simple, tetapi rasa soup ini pasti akan buatkan saya crave pada waktu hujan. Soup ini dihidangi dengan garlic butter bread yang lembut.

RED VELVET CAKE

Red Velvet – Svart Cafe

Tidak lengkaplah hidangan anda tanpa pencuci mulut selepas puas makan main course. Seat kami betul-betul berhampiran dengan kaunter, jadi cake yang tersedia mula melambai-lambai untuk kami get a slice or two. Tewas dengan godaan cake tersebut, kami akur dengan nafsu serakah untuk memuskan lagi deri rasa dan selera.

Red Velvet yang tidak terlalu creamy rasa creem cheesenya dan tidak terlalu manis merupakan Red Velvet yang bagus. Rasa ini anda boleh didapati jika anda memesan septong Red Velvet Cake. Cuma ada sedikit cadangan dari saya kepada pembuat cake. Cake ini sedikit dry dan diharap tahap dry itu boleh diperbaiki. Jika text ini moist just nice, dicampur pula dengan rasa creamy dan manis yang seimbang, pasti akan menjadi cake Red Velvet yang sempurna.

CARROT CAKE

Carrot Cake – Svart Cafe

Carrot cake merupakan antara favourite cake saya. Cream cheese yang lembut, walnut dan cake itu sendiri membuatkan saya rasa jatuh cinta dengan Carrot Cake. Jadi anda boleh dapatkan cake rasa seperti yang saya sebut di Svart Cafe.

KESIMPULAN RASA

Iced Latte – Svart Cafe

Svart Cafe merupakan sebuah cafe yang unik dengan hasil hidangan yang tersendiri yang pasti akan membuatkan anda tinggalkan dengan rasa puas hati dan ingin datang kembali. Kualiti masakan yang setanding dengan cafe terkemuka cuma extranya harga hidangan yang mesra poket dan portion yang pasti kenyang membuatkan saya rasa sepatutnya diberi highlight. Layanan diberikan dengan penuh mesra, makanan dipesan dihidangkan dengan segera dan once again, kualiti hidangan yang tidak mengecewakan. Presentation hidangan sangat dititik berat di Svart Cafe ini. Sebuah cafe yang tidak perlu try too hard untuk stand out, rasakan sendiri, pasti anda akan jatuh cinta juga.

Bagi memudahkan proses pembayaran, selain cash dan card, Svart Cafe juga menyediakan pembayaran melalui e-wallet seperti Boost, Touch n Go e-wallet dan Maybank QRpay. Jadi bagi yang hobi mengumpul points atau ganjaran dari promo e-wallet, anda bolehlah gunakan e-wallet masing-masing di Svart Cafe. Selain itu, setaip kali anda dine in dan upload dan tag Svart Cafe di IG, anda boleh dapatkan 10% off total bill. Selain itu, terdapat juga servis Foodpanda jika anda ingin nimati hidangan dari Svart Cafe di rumah.

SVART CAFE

Tue-Sun : 11.00am-10.00pm
Sat : 9.00am-10.00pm
Sun : 9.00am-6.00pm
Close every Monday
A-03-08 Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
017-221 1614
Instagram : Svartcafe
Facebook : Svart Cafe
Foodpanda : Svart Cafe





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah: