RSS
Facebook
TWITTER
Instagram

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Lubuk Seafood Segar!

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Lubuk Seafood Segar!

Guys! Pernah tak jalan-jalan dekat Bangkok then terfikir, ‘Hurmm, bajet ada lebih, teringin seafood buffet yang fresh. Tapi kat mana ye nak cari ek?’ Usah gusar, Sunday Brunch di Feast, Royal Orchid Sheraton (ROS) terdapat pelbagai jenis seafood yang fresh and yang tak pernah ada kat Pasar Borong Selayang pun ada. Kenapa? Mohon scroll entry di bawah untuk tahu kenapa.

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok
Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok

Fresh? Ada. Dimasak? Ada. Dipanggang? Ada juga! Percaya lah, di saat anda menjejakkan kaki di Feast dan disambut mesra oleh kakitangan yang bertugas, disitulah bermulanya acara amazing race. Dari bahagian depan restoran, hinggalah ke belakang restoran, anda pasti rambang mata dengan jenis makanan yang disediakan.

Hanya alergi mahu pun penyakit gout sahaja yang menjadi pemisah antara anda untuk nikamti makanan di sini. Namun jika anda makan ubat yang disarankan oleh doktor sebelum consume seafood, masa yang diluangkan di Feast akan jadi sangat berbaloi.



‘Segar! Segar! Segar! Disini lah food hunting ibarat Amazing Race untuk anda

Barbecue & Grill Station

Did I say BBQ? Hahaha yes! Sunday brunch di Feast menyediakan pelbagai makanan seafood yang menarik. Mereka menyediakan Udang Harimau, Udang Sungai, Kepah, dan Isi Ikan (SALMON PUN ADA JUGA) di Barbecue & Grill Station. Selain dari seafood, terdapat pelbagai jenis sayuran yang sesuai dijadikan peneman juadah BBQ anda. Hanya pilih seafood dan sayur apa yang ingin dipanggang dan serahkan saja kepada staff yang bertugas. Pesanan anda akan dipanggang segar dan dibawa terus ke meja anda. Mudah sahaja kan? Pilih-serah-tunggu.

Seafood Station

Kesegaran is the main selling point bagi Seafood Station ini. Alaskan King Crab, Udang Karang, Scallop, Udang Sungai, Ketam Laut, Kepah, Salmon, Sotong dan juga Tiram yang pasti membuatkan anda rambang mata.

Tidak selera dengan yang raw atau yang direbus? Yang dimasak juga tersedia untuk disambar oleh peminat seafood. Yang wajib ambil ialah Lobster Cheese with Mushroom. Anda boleh nikmati hidangan tersebut tanpa had.

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Seafood Station
Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Seafood Station

Sushi & Sashimi Bar

“Sashimi dan Sushi disediakan segar untuk anda”

Tidak ketinggalan juga kepada peminat makanan Jepun. Sashimi-sashimi yang segar dibuat oleh chef yang terlatih pasti turun dengan lembut sekali di tekak anda pabila setiap kunyahan di telan. Kaki sushi? Yes. Anda pasti tidak akan kecewa dengan sushi yang disediakan. Terdapat juga mi berkuah tersedia di stesen ini, namun saya tidak sempat merasa kerana terlalu rambang dengan seafood. Let me know bagaimana rasa mi terebut jika anda berjaya merasainya.

Pad Thai Station

Bagi yang meminati Pad Thai, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di stesyen ini. Pad Thai yang disediakan ini mengikut pesanan dihidangkan panas-panas ke meja anda. Sama konsepnya seperti di stesyen BBQ, nyatakan apa yang anda ingin dan mereka akan hantar seperti apa yang dipesan. Extra kacang tanah won’t hurt anybody kan?

Desserts Bar

Setiap buffet tidak lengkap tanpa manisan mahu pun pemanis mulut kan? Selain cake dan puding, Sunday Brunch di Feast menyajikan pop corn segar beserta aiskrim yang dibuat sendiri.

Taste Test

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok -
Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Lobster

Baked Lobster

Setibanya saya dekat Feast, mata saya memang liar mencari lobster. Al maklumlah, bukan senang nak cari lobster. Takdenye dijual di mamak terowong mahu pun food court Presint 9. Jadi, dengar je Sunday Brunch, wajib cari lobster. Cuma apa yang menarik kali ni, terdapat 2 jenis lobster, yang dimasak dan yang direbus. Sebabkan nampak versi yang dimasak ni disaluti cheese. So I gave it a try.

Poof! ye, Poof! kenapa poof? Sebab disaat saya mengunyah isi lobster yang dimasak ini, satu letusan rasa meletus di dalam mulut. Rasa segar manis isi lobster ditemani dengan lemak-lemak creamy seakan carbonara dan cebisan-cebisan cendawan shitake. Rasanya sekuat baunya yang pasti membangkit selera.

Lobster Rebus

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Lobster

Teringin sesuatu yang lebih segar dan terasa manis manis seafood? Try la yang versi rebus. Ternyata anda boleh rasakan isi yang lembut dan utuh rasa udangnya . Nak rasa yang lebih lemak? Minta saja dengan staf bertugas melted butter. Try cicah dan you are welcome.

Alaskan King Crab Legs & Scallops

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok - Alaskan King Crab Legs & Scallops
Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Alaskan King Crab Legs & Scallops

Pernah tak anda bayangkan bagaimana actual rupa isi ketam bila kita tarik dari kulitnya? Pernah tak beli isi ketam di kedai yong tau fu atau pun super market? Ye begitu lah rupa isi ketam Alaskan King Crab bila anda tarik isinya dari bahagian kaki. Merah natral dan putih berseri, bila dimakan dengan melted butter anda boleh rasakan nikmatnya dan tiada ketam lain yang dapat menandingi Alaskan King Crab. Tidak perlu diulang tentang kesegaran dan manis seafood kerana AKC disini tersangatah menepati cita rasa penggemar ketam. Anda pasti tidak akan kecewa kerana isi ketam yang masih utuh ditarik keluar dari bahagian kakinya. Ada segelintir restauran juga menyediakan AKC namun isinya berderai apabila ditarik dengan garfu, amat mengecewakan kerana isi-isi yang berderai itu akan bersepah berenang-renang di dalam sos mahu pun melted butter. Namun tidak di Feast, isi ketam yang segar lagi utuh tidak berderai terjamin!

Bagi sesiapa yang belum pernah merasai scallop inilah masa anda untuk mencubainya. Bagaimana rasa scallop sebenarnya? Texturnya kenyal dan rasa sedikit hint-hint ikan tetapi tidak hanyir. Jangan risau, scallop sebenarnya sangatlah lazat. Jangan takut untuk mencubanya kerana bukan senang nak dapatkan scallop fresh bila dah balik Malaysia kan?

River Prawn

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – River Prawns

Secara jujurnya, udang merupakan antara kegemaran saya tetapi bila dihidang berkulit, saya terus katakan tidak minat udang kerana malas nak renyah, kotorkan jari untuk mengopek kulitnya. Even Shay dari ShahShay.com juga tanya taknak udang ke dan saya katakan tidak. Tetapi selepas dibelek-belek, udang yang terhidak tidak berkulit rupanya lantas saya terus menyambar seperti orang yang tidak ingat dunia.

Tidak perlu saya komen apa-apa tentang udang ini. Rasanya yang halus lembut dan segar. Walau tidak dicicah dengan apa-apa sos sekali pun, anda boleh merasakan rasa manis-manis udang yang masih tersimpan elok dan apabila dikunyah, jus-just yang tersimpan rapi akan bebas berenang-renang menuju ke tunas rasa anda.

Barbecue

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Barbecue

Bagi sesiapa yang tidak berapa gemar seafood yang dirbeus ataupun segar, anda boleh dapatkan didalam versi barbecue. Cuma pilihan yang ada hanya lah limited pada isi ikan, udang-udang, kepah dan sayur-sayuran. Namun anda tidaklah perlu rasa kecewa kerana rasa udang dan kepah yang dipanggang ini tidak mengecewakan. Walaupun dibakar, jus-jus udang dan kepah tersebut masih utuh melekat didalam isinya. Tidak percaya? Try lah mai ke sini.

Sos Cicahan

Sunday Brunch : Feast, Royal Orchid Sheraton Bangkok – Dipping Sauces

Oh lupa nak maklum, bagi seafood yang anda lihat yang tersedia indah di dalam pinggan disediakan secara peribadi oleh Chef yang bertugas. Termasuklah dipping sauce ini. Jika anda sukakan sos yang pedas-pedas manja, sos cili thai amat sesuai untuk anda. Sedikit pedas dan berasa manis, amat sesuai diapadankan dengan isi seafood yang segar atau pun direbus Jika anda suka sesuatu yang masam dan sedikit masin, sauce cicahan yang beraroma limau sesuai untuk anda. Bagi saya, sos cili thai yang dihidangkan ternyata yang the best.

Le Review

Secara keseluruhannya, Sunday Brunch at Feast, Royal Orchid Sheraton berjaya membuatkan saya drooling bila mengingatkan bibit-bibit mengunyah seafood yang dihidangkan. Ternyata jika anda datang ke Bangkok dan inginkan seafood yang amazing, Sunday Brunhc at Feast lah jawapannya.

Dari segi hidangan yang disediakan, tiada komen negatif yang terlintas di fikiran. Cuma terdapat 3/4 noodle station yang boleh mengelirukan para pengunjung. Jika anda merupakan peminat mi-mi, anda pasti akan terasa sedikit keliru kerana terdapat hidangan mi-mi yang sama pada section yang berbeza. Terdaapt pelbagai makanan lagi yang tersedia ada. Cuma main focus saya hanya pada seafood sahaja. Oh. Jangan lupa rasa coconut ice cream mereke. Super sedap! Teringat-ingat, termimpi-mimpi sampai sekarang.

Dari segi hiasan dalaman restauran, Feast merupakan restoran yang mesra keluarga. Terdapt mini playground dan aktiviti bagi kanak-kanak yang pasti mengembirakan anak-anak anda dan anda boleh makan lobster dengan tenangnya.

Jutaan terima kasih kepada Mr. Orhun Denizoglu selaku Pengurus Hotel yang tidak pernah jemu memanjakan kami dengan layanan yang sangat mengaggumkan. You guys should check out hotel Royal Orchid Sheraton Bangkok juga untuk bilik hotel yang mempunyai view Sungai Chao Phraya yang sangat menakjubkan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri seafood yang segar di Feast, Royal Orchid Sheraton, anda boleh rujuk pada info seperti di bawah :

SUNDAY BRUNCH at FEAST, ROYAL ORCHID SHERATON
11.30am – 3.00pm
Feast, Royal Orchid Sheraton
2, Charoen Krung Road Soi 30, (Captain Bush Lane),
Siphya, Bangrak, Bangkok 10500, Thailand

Sebarang pertanyaang mahu pun tempahan boleh hubungi +662 266 0123 atau e-mail ke events.rosh@sheraton.com .

Harga bermula dari 2,000 Thai Baht





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah: