RSS
Facebook
Instagram

PLAT DU JOUR CYBERJAYA : PROMOSI SET RAMADAN BERBALOI!

PLAT DU JOUR CYBERJAYA : PROMOSI SET RAMADAN BERBALOI!

Ramadan tiba, Ramadan tiba. Yes! Ramadan tiba! Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh para Muslim dan Muslimah. Selain beramal ibadat extra, bulan Ramadan juga dikenali dengan kepusuan mencari lokasi untuk berbuka. Tapi, rata-rata restoran yang menyediakan hidangan buffet mahu pun set, mesti melebihi bajet kita yang terkesan dek masalah ekonomi peribadi di tengah bulan.

Namun, saya terjumpa hidden gem di Cyberjaya di mana 3 appetizers, 1 main course, 1 dessert dan air hanya RM25 sahaja! Ish betul ke tidak? Jom baca full review di bawah.

PLAT DU JOUR, CYBERJAYA

PLAT DU JOUR CYBERJAYA
PLAT DU JOUR CYBERJAYA

Setiba sahaja di Plat Du Jour, saya kagum dengan hiasan dalaman restoran ini yang clean dan simple dan juga berbau wangi! Ok, tujuan saya hadir ke Plat Du Jour Cyberjaya kerana saya ternampak post IG mereka dimana mereka mengadakan promosi Set Ramadan untuk berbuka hanya RM25 sahaja (bergantung kepada menu kerana setiap hari menu berlainan).

Set Ramadan yang saya dapatkan pada waktu berbuka adalah Tuna Croquette, Green Salad, Soup of The Day, Choice of any Pasta, Ice Lemon Tea / Tropical Drink dan Lava Cake. Jadi selesai membaca doa berbuka dan doa makan, sesi rasa dan review bermula.



TUNA CROQUETTE

RAMADAN SET AT PLAT DU JOUR CYBERJAYA

Sebelum saya sampai ke Plat Du Jour Cyberjaya, saya siap tanya siri lagi apa itu Tuna Croquette, almaklumlah first time nak cuba. Hasilnya Tuna Croquette seperti crab cake. Inti dalamnya yang padat dengan isi tuna yang masih hangat dan kunyahan ditemani dengan bunyi rangup salutan tepung di bahagian luar. Oh Tuna Croquette ternyata antara hidangan highlight dalam set ini. Rangup, isi yang sedap dimakan panas-panas, seasoning yang just nice, dicicah pula dengan sos cili. Pergh! Meleleh air liur bila dikenangkan balik.

PUMPKIN SOUP & GREEN SALAD

Pumpkin Soup merupakan antara soup favourite saya. Pumpkin Soup yang dihidangkan oleh Plat Du Jour Cyberjaya mempunyai keunikan tersendiri. Tidak terlalu pekat mahu pun cair. Cuma dari segi seasoning ianya sedikit tawar. Namun itu bukanlah masalah besar kerana pepper and salt tersedia untuk digunakan bagi cita rasa anda.

Green Salad mungkin bukanlah hidangan kegemaran rata-rata rakyat Malaysia, tetapi apa yang saya boleh katakan ini bukanlah salad yang membosankan. Gabungan sos dengan daun lettuce, buah zaitun, jagung dan tomato ceri itu memberikan suasana makan yang terasa ringkas dan ringan. Sos salad ini harus diberikan highlight kerana sedap!

CHOICE OF ANY PASTA : BEEF RAGU

BEEF RAGU, PLAT DU JOUR CYBERJAYA

Almaklumlah kita sebagai manusia yang lemah ini akan tertarik dengan menu yang lebih mahal. Jadi dalam list pasta, Beef Ragu merupakan hidangan pasta yang lebih mahal. Plus sebagai peminat daging dan tak pernah rasa Beef Ragu, so I chose this meal.

Hidangan ini sering memberi rasa dan aroma bunga lawang dan cengkih. Sesuatu yang wangi dan rasa yang tidak terlalu overpowered. Namun hati-hati, dalam proses menggulung pasta anda dengan garfu anda haruslah meneliti setiap gulungan itu. Ini adalah kerana jika tersilap suap, jerangkap samar bakal (bunga lawang dan cengkih) digigit dan deria rasa ke lapan anda pasti akan diaktifkan. Apakah deria rasa ke lapan itu? Rasa terkejut. hahahaha.

Saiz hidangan ini besar ye, no joke. Memang besar dan kaya dengan daging. Sos kuah yang pekat, rasa manis dan masam yang seimbang seperti yin dan yang. Pasta juga dimasak sempurna, pasti membawa kepuasan dalam setiap kunyahan.

MENU PASTA, PLAT DU JOUR CYBERJAYA

Antara menu dan jenis pasta yang boleh dipilih. Lihatlah harga asal dan harga set ini. Berbaloi ke tidak?

TROPICAL DRINK

TROPICAL DRINK, PLAT DU JOUR CYBERJAYA

Air kordial yang kena kacau betul-betul. Kalau tak deria rasa ke lapan anda akan diaktifkan semula. Rasa masam-masam manis. Anda poleh pilih sama ada Tropical Drink, PLAT DU JOUR CYBERJAYA atau pun Ice Lemon Tea.

LAVA CAKE, PLAT DU JOUR CYBERJAYA

Sekian lama tidak rasa lava cake dan ini merupakan perfect sweet ending bagi Set Ramadan di PLAT DU JOUR CYBERJAYA. Rasa cake dan sos limpahan coklat yang pekat dan tidak terlalu manis. I liked it!

Selain dari Set Ramadan seperti di atas, mereka juga menghidangkan pelbagai menu ala carte yang menarik.

KESIMPULAN RASA

Set Ramadan by PLAT DU JOUR CYBERJAYA merupakan set yang sangat berbaloi bagi mereka yang mencari alternative berbuka dengan harga yang mesra wallet dan juga sesuai untuk mereka yang tidak gemar buffet. Walaupun harga RM25, kualiti dan saiz hidangan yang diterima melebihi nilai RM25 tersebut. Saya sangat berpuas hati.

Ditemani dengan suasana chill, lagu sepoi bahasa (ada lagu Taylor Swift, so big yes from me) , air freshener yang lembut beserta layanan mesra membuatkan PLAT DU JOUR CYBERJAYA bagi saya antara hidden gem yang sepatutnya diberi perhatian juga. Diharapkan para pembaca dapat memberi sokongan pada PLAT DU JOUR CYBERJAYA kerana pengalaman saya sepanjang berada di restoran ini sesuatu yangmemuaskan. Rasa kecewa beratur panjang di kedai taco? Sad no more, PLAT DU JOUR CYBERJAYA hanya kurang dari 2KM dari lokasi anda beratur.

OH YES. SAYA PASTI AKAN SINGGAH BERBUKA DI PLAT DU JOUR CYBERJAYA LAGI.

PLAT DU JOUR CYBERJAYA

https://www.facebook.com/pdj.malaysia/Unit G-1, Ground Floor, Kanvas@Prima, 15,
Jalan Teknokrat 6,
63000 Cyberjaya, Selangor
017-294 7336 (whatsapp untuk menu set)

IG : pdj.restaurant
FB : Plat Du Jour
Website : platdujour.oddle.me/en_MY/





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah:

Loading