RSS
Facebook
Instagram

NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH, TAMARIND SQUARE, CYBERJAYA

NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH, TAMARIND SQUARE, CYBERJAYA

Pernah tak rasa jemu dan bosan makan di cafe hipstur dan inginkan something local yang authentic? Ada membayangkan nasi ayam yang isi bersih, segar, manis disiram dengan sos special, sup yang enak dimakan dengan nasi yang terasa lemak-lemak? Jika anda di Cyberjaya atau pun sekitar berdekatan, Nasi Ayam Hainan Original Ipoh, Tamarind Square, Cyberjaya sedang melambai-lambai selera anda.

SET MAKANAN DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH

Terletak di the upcoming game player in food haven Tamarind Square, Cyberjaya, Nasi Ayam Hainan Original Ipoh merupakan antara segelintir restauran bertemakan makanan lokal yang berdaya saing dengan cafe hiptur yang majoritinya tumbuh bak cendawan di bangunan yang berkonsepkan urban village tersebut. Dimana letaknya kedudukan restoran Nasi Ayam Hainan Original Ipoh ini berada di antara cafe-cafe hipstur tersebut? Haaaa ni yang nak terangkan dan my review bagi makanan yang telah dicuba.

Psssttt! Terdapat pelbagai set makanan yang mesra bajet!



SET NASI AYAM STEAM / ROASTED

NASI AYAM ROASTED , RESTORAN NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH

Set Nasi Ayam Roasted ini ternyata mewah dan alangkah terkejutnya dengan size hidangannya. Set ini didatangi dengan nasi, sup, taugeh dimasak dengan sos tiram, sos cili, sos halia, ayam pilihan roasted/steam dan beserta teh o ais/sirap ais. Suapan pertama bermula dengan sesudu nasi dibasahi dengan sedikit sup, ditemani dengan sedikit taugeh dan isi ayam yang dicicah bersama sos cili dan sos halia. Saya terkedu sebentar. Sesuatu yang sensasi berlaku pada suapan pertama. Letusan rasa mula muncul dan membuatkan kunyahan kedua dan berikutnya hampir menuju rasa kepuasan. Ayam yang sangat wangi, juicy, empuk dimandi dengan kuah yang saya yakin mengandungi minyak bijan ternyata padu. Side dish set ini berjaya melengkapi antara satu sama lain dan mewujudkan suasana makan yang anda akan berkata, INI LAH BARU NASI AYAM HAINAN. Namun awas, ada sesetengan side dish ini rasa terlalu masin jadi anda harus pandai mengimbangkan kuantiti pengambilan side dishes bersama nasi dan ayam roasted/steam. Once anda sudah temui kombinasi yang sepatutnya dalam hidangan ini, kepuasan akan mula menular di dalam minda anda.

IPOH CURRY LAKSA

IPOH CURRY LAKSA, RESTORAN NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH

Tak rasa nak makan nasi ayam? Takde masalah. Peminat mi kari/ curry laksa? Hidangan ini sempurna untuk selera anda. Kuah kari yang dimasak sempurna, tekstur kuah tidak terlalu pekat mahu pun cair tetapi rasa lemak dan kepekatan kari itu jelas terasa. Isi yang muncul dengan setiap kali garfu diangkat menunjukkan hidangan ini mewah dengan isi-isi condiment dan bukanlah hidangan ala kadar yang anda pernah rasa sebelum ini. Perahan limau membuatkan hidangan ini mempunya extra tendangan dalam letusan rasa. Sangat memuaskan hati.

DRY WONTON NOODLE

DRY WONTON NOODLE, RESTAURANT NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH

Taknak mi kari mahu pun nasi ayam? Ha ni Dry Wonton Noodle juga disediakan di Restaurant Nasi Ayam Hainan Original Ipoh. Rasa texture mi yang sempurna! Tidak terlalu kenyal mahupun soggy. Dari segi seasoning masakan ini tiada benda yang boleh dikomen kerana rasa seasoningnya ternyata just nice. Hidangan ini juga ditemani dengan ayam roasted segar dan sayur pak choi beserta sambal. Sambal tu yang membuatkan hidangan ini mempunyai X-Factor tersendiri.

SET SALTED EGG CRISPY CHICKEN

SALTED EGG CRISPY CHICKEN, RESTAURANT NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH

Saya juga telah mencuba Salted Egg Crispy Chicken di Restaurant Nasi Ayam Hainan Original Ipoh. Ternyata ayam ini digoreng rangup dan rasa salted egg yang sangat mewah. Namun harus dihabiskan hidangan ini sementara masih panas/suam kerana apabila hidangan ini sudah kesejukan, ayam itu terasa sedikit keras kerana salted egg itu mula mengering. Set ini didatangi dengan sup kosong beserta pilihan teh o ais/ sirap ais.

HIDANGAN SAMPINGAN

PAU BBQ

PAU BBQ, RESTAURANT NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH

Texture pau yang lembut dan gebu beserta ini bbq chicken yang lazat.

COCONUT ICE CREAM

COCONUT ICE CREAM, RESTAURANT NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH

Bagi mereka yang mempunyai sweet tooth, apa kata cuba buat pesanan ice cream yang berada di Restaurant Nasi Ayam Hainan Original Ipoh. Rasa ice cream ini sangat lembut dan tidak terlalu manis. Pelengkap bagi acara penutup hidangan anda (suap sambil tepuk-tepuk perut).

KESIMPULAN RASA

Restaurant Nasi Ayam Hainan ternyata mempunyai kualiti makanan, harga dan keunikan tersendiri. Saya rasa saya dah datang ke Restaurant Nasi Ayam Hainan Original Ipoh lebih dari 5 kali. Kualiti hidangan yang maintain terjaga, hidangan yang cepat sampai di meja makan beserta layanan yang mesra membuatkan saya berasa selesa di restoran ini. Harga makanan yang setimpal dengan size hidangan membuatkan setiap wang yang dibelanjakan sangat berbaloi. Anda juga patut memberi ruang dan peluang untuk mencuba hidangan-hidangan di Restaurant Nasi Ayam Hainan Original Ipoh ini kerana benda yang baik dan sedap memang patut disampaikan.

RESTAURANT NASI AYAM HAINAN ORIGINAL IPOH

D3-03-18, Level 3 Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
019-436 6300

Waktu Operasi : Isnin – Sabtu / 10.00am – 10.00pm
FB : Nasi Ayam Hainan Original Ipoh
IG : nasiayamhainanoriginalipoh





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah:

Loading