RSS
Facebook
Instagram

W BANGKOK

W BANGKOK

Hurm, nak duduk kat mana ye kalau kat Bangkok dimana tak terlalu sesak, tapi public transport and 7-Eleven dokek je hanya berjarak few catwalk dari hotel? W Bangkok jawapannya! Oh, actually selama ni duduk takde pun fikir nak cari lokasi stratergik sangat. Cuma bila stay kat W Bangkok ni rasa macam nak jerir WoW Wow Wow je sepanjang masa. Here is why.

THE LOBBY, W BANGKOK

The Lobby, W Bangkok

Anda akan disambut dengan concierge yang smart-smart ber-vest ketika dibawa ke lobi terus untuk process check-in dan terpampang logo W di pintu masuk. W takde Club Lounge jadi Marriott Bonvoy member akan check in juga di lobi. Melangkah masuk je anda akan dihidang dengan wangian yang wangi, lighting yang sangat on-point untuk berselfie dan rekaan lobi yang sangat sophisticated. Memang Wow!

Setiap sudut memang memukaukan. Setiap sudut tidak dibazirkan dengan kekosongan dan kebosanan kerana ada sahaja yang diisi dengan seni dan hiasan yang modern.



The Lobby, W Bangkok
The Lobby, W Bangkok

Selesai terpusing sana sini kagum melihat betapa WoW nye lobi W Bangkok ni, kami disambut mesra oleh staff front desk dan diberikan welcome drink ini. Rasa seakan rose tapi tak pasti teh apa ini. Jangan risau, alcohol free dan sedap gila. Tak manis tetapi ada rasa sedikit fragarance seperti bunga. Delicate dan segelas tidak cukup ye. Nak minta tambah satu gelas lagi, takot kantoi pulak perangai kampung Selayang bawak ke hotel 5 star.

Proses check-in went easy breezy, kami di escort ke bilik kami yakni Fantastic Suite.

Room Key – W Bangkok

LIVING AREA – FANTASTIC SUITE, W BANGKOK

FANTASTIC SUITE, W BANGKOK

Ok, masuk-masuk je suite kami terus terkasima. Spacious, decoration birthday yang sangat thoughtful dan yang paling penting lighting is on-point for IG! Hahaha. Serious, besar you guys. Boleh buat kenduri berendoi anak – kind of besar.

Rekaan bilik ini ada strong vibes of modern 60’s retro and macam zaman-zaman kemuncak Boney M. Terasa seperti di set Ejen 001 Nora Zain pula. Dilengkapi dengan Glass Designed Work Desk, Mini Bar (tak free) dan TV Flat Screen 46″ LED Samsung.

Thoughtful Gift – W Bangkok
Birthday Card – W Bangkok

Memandangkan weols nak celebrate bday kat Bangkok, pihak W Bangkok sangat bermurah hati memberi buah tangan untuk kami sambut birthday fabulously. Serious, usaha pihak W Bangkok memberi belon-belon, tonic water bersama hirisan lemon, halia dan daun limau sangat mengharukan. Alah, tonic water tu boleh je beli kat luar, hirisan-hirisan tu boleh je buat sendiri, belon boleh je tiup sendiri. No! Dengan ambience yang tersedia di dalam bilik ini, deco dan buah tangan yang diberi memang rasa seolah diri ini diraikan.

THE ROOM – FANTASTIC SUITE, W BANGKOK

The Room – Fatnastic Suite , W Bankok

Another Wow Wah continues bila masuk ke bilik pula. Katil size king yang super comfy. Tilam yang just nice empuk, selimut tebal lagi lembut dan bantal yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.

Selain katil yang super comfy, Fantastic Suite, W Bangkok juga dilengkapi dengan TV LED Samsung 42″, W Bangkok Gold Pillow untuk anda bertinju dengan rakan, skandal, laki, bini, teman sebilik anda dan juga JBL Alarm Clock yang juga berfungsi sebagai speaker. Jadi apa lagi, go party the night away. Gituh!

BATHROOM – FANTASTIC SUITE, W BANGKOK

Free Standing, Oversized Bathtub – Fantastic Suite, W Bangkok
Bathroom – Fantastic Suite, W Bangkok

Okay, what I like about bathroom dia ialah ruang yang besar, lighting juga on point, lampu kat cermin yang memukaukan dan tub yang seksi gila. Memang tub tu wajib dilenjan dan pose-pose upload to IG. Towel dia tebal, besar dan lembut. Jangan ingat bukan-bukan ye, I’m talking about towel now. Size dia besar macam mana? Bagi lelaki petite macam kita ni, bila berkemban seolah berjubah. Hah. Macam tu lah.

W Signature Bathrobe – Fantastic Suite, W Bangkok

Robe ni super comfyyyy I tell you. Rasa macam nak bawak balik je. Tebal dan comfyyyy. One of the best robe yang kita pernah pakai.

One of the highlights our stay dekat W Bangkok ni ialah mereka menggunakan produk Bliss! Wangi dan sebotol besar terus dia bagi, so sebulan pun tak tentu habis, melainkan badan anda berbulu seperti yeti or rambut panjang bak rapunzel memang 3 hari ngam-ngam je product ni untuk anda. Pencuci muka dia Ya Allah, nikmatnya bila pakai, kulit lembut, wangi dan menghilangkan whiteheads kat hidung kita.

Kudos to the shower. Kenapa? Selain ada rain shower yang sangat lebat, suhu air juga mudah di adjust . So bila nak mandi suhunya tidak terlalu panas or terlalu sejuk. Takde la tiba-tiba berkepak terkena shower panas. Tandasnya juga dilengkapi dengan paip, maka jangan takut jika anda menghadapi problem no. 2 bila berada di Fantastic Suite, W Bangkok.

Fantastic Suite, W Bangkok

Nah, belanja 1 gambar.

MERCHANDISE A.K.A OLE-OLE

Merchandise – W Bangkok

Disediakan juga merchandise shop di lobi, macam-macam ada. Boxing glove seperti di Fantastic Suite, beg, teddy bear t-shirt dan pelbagai lagi tersedia untuk para pengunjung membeli sebagai tanda kenangan, ole-ole mahu pun buah tangan kepada buah hati.

THE 2CENTS

Ini merupakan kali pertama saya menginap di hotel rangkaian W dan ternyata W bermaksud WOW! Layanan yang diberi sangat mesra dan thoughtful. Dari Lobi, ke suite, ke restaurant, ke kolam semuanya memang WOW. W Bangkok merupakan hotel yang meraikan kehidupan. Dari segi ambience memang ekslusif, seksi dan sophiscated.

Fantastic Suite yang luas mungkin juga membolehkan penginap berparti berdansa dengan blast lagu Bloodline by Arianna Grande melalui bluetooth speaker JBL yang disediakan di dalam suite. Dari living room, bilik dan bathroom, sarung sahaja W Signature Bathrobe dan strut the runway. This is a fun hotel. Terasa muda sentiasa (I am 30 ish already)

Yang sangat thoughtfulnya ialah, during nak check out, concierge yang akan pick up our luggages akan minta izin untuk masuk ke suite dan menyemak seluruh pelusuk suite untuk make sure tiada barang yang tertinggal! Yes simple je gesture tu. Tapi sangat bermakna bagi penginap yang memang terlupa ada barang yang tertinggal.

Jadi, bagi sesiapa yang benar-benar mencari hotel yang sangat stratertgik, W Bangkok lah jawapannya. Jika anda mencari hotel yang tidak lokek dengan senyuman dan rata-rata staff yang muda mudi, W Bangkok lah jawapannya. Jika anda mencari bilik yang selesa, lighting on point, amenities yang spa level, instagram worthy, W Bangkok lah jawapannya.

I am amazed dengan W. I’m in love with W. Hope you guys akan read my next post kerana post seterusnya merupakan dedikasi khas pada breakfast dan swimming pool di W. Stay tuned.

W BANGKOK
106 North Sathorn Road, Silom, Bangrak, Bangkok  10500 Thailand
+66 2 344 4000
w-hotels.marriott.com





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah: