BUNTU TIDAK TAHU NAK BERI APA? NAH SENARAI HADIAH UNTUK DIBERIKAN PADA PENGANTIN
by
Dell McMinaj
-
April 6, 2017
Setiap kali diundang ke majlis perkahwinan tidak kira lah daripada sahabat atau pun saudara mara, pasti akan membuatkan anda buntu, tidak tahu untuk berikan hadiah apa. Rasa was-was akan muncul, dan anda akan mula panic, tak bagi rasa bersalah. Kalau nak bagi pula, nak bagi apa? Jangan risau, bagi membantu anda untuk membuat keputusan, berikut merupakan 10 Hadiah Yang Boleh Anda Beri Kepada Pasangan Pengantin :
1) PERALATAN ELEKTRIK DI DAPUR
Panasonic
Bagi pasangan pengantin baru, peralatan elektrik di dapur merupakan hadiah yang terbaik untuk mereka. Peralatan seperti cerek, periuk nasi, oven dan microwave memang sesuai untuk pengantin baru yang mula menjalani kehidupan sebagai keluarga.
2) DAPUR
Pensonic
Dapur boleh digunakan untuk si isteri memikat selera suami melalui masakan.
3) KUALI DAN PERIUK
Tefal
Juga dialu-alukan untuk dijadikan hadiah. Jika diberi brand tefal mau tersenyum lebar sang isteri.
4) SET PINGGAN, CAWAN DAN CUTLERY
Correlle
Bagi mereka yang tidak mempunyai bajet yang besar, set pinggan mangkuk, cawan dan cutlery juga boleh dijadikan pilihan. Melainkan anda punyai bajet yang besar, set pinggan Pyrex memang diterima dengan ucapan terima kasih daripada pasangan pengantin.
5) MESIN BASUH
Samsung
Tidak kira jenama apa sekalipun. Hadiah ini pasti akan mengukir senyuman ikhlas daripada pasangan pengantin. Sesuai jika anda dan rakan-rakan kumpul duit dan belikan sebuah sebagai hadiah. Tapi tak perlulah angkut mesin basuh tu diletakkan dimeja hadiah pengantin, hanya cukup sekadar maklumkan kepada staff kedai elektronik bahawa anda ingin belikan mesin basuh itu sebagai hadiah kahwin dan staff kedai itu akan isukan satu resit atau bukti collection bagi pasangan pengantin untuk claim later.
6) PETI SEJUK
Samsung
Another hadiah yang pasti membuatkan pasangan pengantin girang ketika sesi membuka hadiah. Mau rasa gembira seperti terkena cabutan bertuah apabila ternampak resit atau bukti collection yang berada di dalam sampul.
7) KELENGKAPAN BILIK TIDUR
IKEA
Cadar? Tilam? Bantal? Katil? Wardrobe? Yes. Boleh juga dijadikan hadiah.
8) FRAME GAMBAR / LUKISAN
Wikipedia
Bagi pasangan pengantin baru yang mula duduk di rumah baru, mereka juga memerlukan hadiah ini untuk dijadikan perhiasan di rumah.
9) GIFT CARDS
Aeon Big
Gift cards dari pasaraya seperti Tesco, Giant, Aeon dan sebagainya juga sesuai untuk kegunaan pasangan pengantin baru yang ingin shopping barangan dapur.
10) WANG
Bank Negara Malaysia
Hadiah dalam bentuk wang juga sangat berguna untuk diberikan kepada pengantin. Sedikit sebanyak wang yang diberikan boleh membantu pengantin sama ada menampung kos perkahwinan, honeymoon, berbelanja atau pun simpanan.