RSS
Facebook
TWITTER
Instagram

AWAS! DENGAN SATU PANGGILAN TELEFON, ANDA MUNGKIN BOLEH ‘POKAI’

AWAS! DENGAN SATU PANGGILAN TELEFON, ANDA MUNGKIN BOLEH ‘POKAI’

Zaman teknologi canggih ni, pelbagai modus operandi yang wujud bagi sesetengah orang untuk mengaut ‘duit haram’ demi cepat kaya. Ini bukan lagi zaman kita ‘sesama kaum’ atau ‘sesama agama’ kerana percayalah, kita sedang hidup di zaman orang sanggup lakukan apa jua untuk mengaut keuntungan.

ALERT ALERT ALERT
Kredit gambar: VH1

Berdasarkan kisah benar, jika anda sayangi duit di dalam akaun anda walau berbakikan 2.30, sila baca pengalam peribadi saya supaya anda lebih berwaspada untuk menjawab panggilan telefon kelak.

Beberapa hari yang lepas, saya ada menerima random call dan kebiasaannya, saya memang tidak akan menjawab random call. Tetapi, tiba-tiba tergerak hati nak jawab. Perbualannya seperti ini :



*jawab call*
Me the finest : Hello.
Perompak Malang : *suara mesin* ini adalah notis amaran dari Mahkamah Majistret. Sebarang pertanyaan sila tekan 0.
Me : *tekan 0*
PM : *transfer call ke operator lelaki* Selamat petang. Mahkamah majistret melaka.
Me : Selamat petang
PM : ye encik? Selamat Petang
Me : Selamat Petang
PM : ye ada apa-apa boleh saya bantu?
Me : urmmm saya tak tau sebab saya dapat call dr nombor ni.
PM : berkenaan apa tu encik?
Me : saya pun tak tau
PM : jadi encik tak dimaklumkan apa2?
Me : tak
PM : jadi di sini, encik berikan nama penuh encik dahulu untuk semakan.
Me : *sebut nama penuh laju2*
PM : boleh berikan dalam ejaan?
Me : address saya danial sahaha
PM : maksud encik macam mana? Panggilan encik ini disambungkan kepada mahkamah majistret melaka.
Me : ooooo saya rasa ada kesilapan ni dan tiada apa-apa masalah. Terima kasihhhh *end call*

Selepas beberapa faktor, saya tahu ini adalah scam! (bukan skem tempat ambik lesen memandu)

Kredit Gambar: NBC

1.Belum ada lagi jabatan kerajaaan buat panggilan guna mesin dan nombor telefon bimbit.
2. Bila dengar background dia bising gila. Pejabat kerajaan atau pusat panggilan 1MOCC sekali pun, tidak akan dengar bunyi background bising orang buat panggilan telefon.
3. Biasa amaran akan dikeluarkan melalui surat.
4. What the hell tiba-tiba ada kes di Mahkamah Melaka?
5. Mamat operator tu nak trick mangsa dengan tanya call atas urusan apa. If kt jawab sebab dapat amaran, dia akan terus ke skrip seterusnya dengan lakonan utk tipu duit mangsa. So i played safe. Cakap tak tau kenapa call. So dia tidak mampu nak trick sebab dia tidak tahu punca untuk dia mulakan skrip scam dia.
6. Kalau betul-betul dari mahkamah, mesti nombor phone dari nombor pejabat Mahkamah Melaka dan bukan bernomborkan nombor telefon bimbit.
7. Mesin tidak akan buat panggilan, yang akan panggilan secara langsung kepada kita ialah orang. (Mesin ni trick terbaru)

Maka, hati-hati kalau ada random call bagi tahu anda ada tunggakan or hutang yang anda tidak pernah buat. Just letak call dan block nombor tu. Sila install call blocker, so next time dapat panggilan mcm ni, anda boleh terus block and report so orang lain yg install app sama akan tahu.

Terdapat juga modus operandi yang menggunakan nombor telefon sebenar. Contoh scammer akan gunakan nombor telefon rasmi balai polis mahu pun bank. Namun AWAS! Mereka mempunyai aplikasi istimewa untuk buat panggilan telefon dari pejabat-pejabat tersebut bagi membuatkan mangsa panik dan percaya bahawa mereka benar-benar ada hutang.

Jika anda yakin anda tidak punyai apa-apa hutang mahu pun tunggakan, hanya ingat 2 langkah. End call and block. Jika masih was-was, sila hubungi bank untuk mengesahkan dan jangan sesekali hubungi yang diberi oleh scammer. InsyaAllah duit nak pergi haji, duit nak buat melancong ke Pulau Nami dan duit kenduri kahwin 7 hari 7 malam anda selamat.

Kredit gambar: BBC Three (Hood Documentary)

** macam mana saya boleh karang balik perbualan kami? Selain call blocker, saya juga ada call recorder app. So boleh retrieve balik call yang keluar masuk.





Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah: