RSS
Facebook
Instagram

W KUALA LUMPUR

W KUALA LUMPUR

Excited! Yes! Sangat teruja bila dapat peluang untuk stay di W Kuala Lumpur. Boleh dikatakan sebuah hotel baru dan facing Menara Bekembar Petronas, my inner insta-demon mula berteriak tidak sabar. As you know, W rata-rata mengenengahkan konsep modern, chic dan seni, jadi apa yang W Kuala Lumpur has to offer? Mohon scroll ke bawah untuk review dari saya.

CHECK-IN AT W KUALA LUMPUR

LOBI – W KUALA LUMPUR

Disebabkan saya membawa kenderaan sendiri jadi kita mulakan cerita dari proses mencari parking. Segalanya lancar, sebelum masuk untuk parking, kereta akan disemak oleh guard atas faktor keselamatan. My luck petang tu, kereta dapat parking spot betul-betul dekat dengan lif. Naik lif then keluar, baru perasan salah floor. Rupanya untuk check-in, anda perlu ke tingkat 8. Jadi terus ke tingkat 8 untuk check-in. What made me excited time nak check-in sebab W akan offer welcome drink. Macam W Bangkok akan offer rose tea, jadi apa yang W Kuala Lumpur akan offer? Nothing. So agak frust di situ. Tetapi kehadiran kami disambut mesra oleh W Insider dan ………., Mr. . Jadi sepanjang stay kami di W Kuala Lumpur, Mr. yang akan assist. Well, disebabkan warm welcome yang diterima jadi apa la sangat welcome drink tu. Warm welcome heals a heartbroken man. Jadi proses check-in sangat smooth dan kami di ushered ke suite kami yakni Marvelous Suite!

MARVELOUS SUITE – W KUALA LUMPUR

MARVELOUS SUITE – W KUALA LUMPUR

On the way ke bilik, agak terasa panas di hallway. I wonder kenapa aircond dia tak kuat. Tapi panas di hati terubat dengan betapa gahnya Marvelous Suite W Kuala Lumpur! Melangkah masuk je perkataan yang kerap disebut di bibir ialah Wah!. Wah! banyaknya cermin. Wah, ada guest toilet. Wah! Ada amenities sempena birthday Shay yang yummy dan Wah yang paling menarik ialah view dia! View yang sangat mahal. Mana nak dapat view Menara Bekembar Petronas yang tidak dihalang oleh mana-mana bangunan lain.



LIVING AREA – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

LIVING AREA – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

Rekaan dalaman Marvelous Suite di W Kuala Lumpur yang modern tapi masih mengekalkan ciri jati Malaysia. Dilengkapi dengan features yang kebanyakan berbeza dengan W Bangkok yang pasti mengagumkan para tetamu. Antaranya island yang menjadi lokasi perfect untuk menaip review (walaupun office desk disediakan di dalam bilik), amenities wajib yang digunakan bukan biasa-biasa. Guest toilet juga tersedia.

GUEST TOIET – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

Coffee machine Nespresso dan teh TWG! Premium tea tu. Sofa selesa ketika diduduki dan sambil menonton LED HDTV 43 inci. Diserikan juga dengan view Menara Bekembar Petronas dan cermin sana sini. SIlakan pose!

THE ROOM – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

THE ROOM – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

Melangkah masuk ke bilik pula. Jika anda mahukan bilik dengan view mahal. This is it. Dilitupi hanya 50% sahaja. Lagi 50% boleh tengok view dan lambai-lambai mereka yang stuck jem di jalan P. Ramlee. Tidak lengkaplah bilik tanpa katil. Mari cerita bab bed. Ya Allah! One of the best bed ever. Empuk dan lembut! Disokong dengn top mattress yang membuatkan anda seperti tidur di atas marshmallow. Bantal pula boleh mengakibatkan anda terus terlena. In my case belum habis baca doa sebelum tidur terus terlelap. Saya rasa bed di rangkaian W memang menyediakan yang terbaik untuk para tetamu.
Dilengkapi dengan UHDTV 43 inci, alarm clock JBL (sama seperti di W Bangkok), office desk, control panel untuk lampu satu suite dan of course. View MAHAL.

Bagi Closet pula, dilengkapi dengan robe, steam iron, iron, iron board, luggage rack, room slippers dan shoe shine.

BATHROOM – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

BATHROOM – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

Aci tak kalau saya cakap most of the selfies selalunya di bathroom? Yes! Bathroom di Marvelous Suite, W Kuala Lumpur ternyata on point dan instagram-ready! Selain lighting, lagi sekali, cermin ada di mana-mana sahaja. Apa yang menarik tentang bathroom ini ialah konsep tidak berebut. Disediakan dua singki beserta cermin belampu, dua shower dan dua rain shower. Jadi tiada istilah tunggu turn. Bagi pasangan halal, boleh terus mandi sama-sama tanpa was-was. Cuma ketinggian cermin di bathroom agak tinggi dan bagi someone yang crazy short asian like me, hanya nampak dari paras bahu sahaja. Hahaha. Selain itu bathroom di Marvelous Suite, W Kuala Lumpur ini dipisahkan dengan closet. Jadi dijamin 100% privacy jika dibandingkan dengan Marvelous Suite, W Bangkok.

BATHROOM – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

Tub mandi tersedia untuk para penginap. Saya telah mencubanya dan lagi sekali, crazy short asian macam saya boleh jadikan tub mandi ini sebagai swimming pool. Let’s look at the bright side. The bigger the tub, the more bubbles you can get. Selain itu agak susah nak jumpa hotel yang suhu airnya mudah untuk disetkan. Kebiasanya bila nak set ke suhu suam, either air itu sepanas air di kolam air panas selayang atau sejuk seperti suhu air Slushie 7-Eleven. Tapi di Marvelous Suite tak kiralah W Kuala Lumpur atau Bangkok, mudah sahaja untuk dapatkan suhu air mandian yang dikehendaki. Perfect to have a long bath sambil either tengok tv yang tersedia di dalam bathroom atau pun menatap ke-gah-an Menara Berkembar Petronas.

Oh! Hampir lupa, masih mengekalkan signature amenities untuk bathroom di W brand yakni Bliss!! Wangi I tell you! Dan yang menariknya, W Kuala Lumpur menyediakan 2 set! Jadi tidak perlu berebut mahu pun kongsi. You can have your own set. Tapi dengar cerita soon brand ini tidak akan disediakan oleh pihak W. Hurm hope berita itu merupakan false news.

BATHROOM – MARVELOUS SUITE, W KUALA LUMPUR

Bathroom Marvelous Suite, W Kuala Lumpur juga dilengkapi dengan penimbang berat, hair dryer, essential kits. Manakala di dalam closet tersedia seterika, papan seterika, garment steamer, safe dan signature W robe.

WOOBAR – W KUALA LUMPUR

WIP ACCESS – WOOBAR, W KUALA LUMPUR

Sebagai ahli Titanium bagi Marriott Bonvoy (not me), anda akan diberikan 1 voucher WIP ACCESS. WIP ACCES menyediakan free flow drinks and canapes di Woobar, W Kuala Lumpur dari 6.30 pm – 7.30 pm. Sepanjang kami berada di Woobar, kami dilayan mesra oleh para staff di situ. Hans, Hari dan staff lain sedia berkhidmat dan membuatkan anda rasa welcomed. I had Koolcumber. Rasanya sangat fresh dan merupakan signature drink di W Kuala Lumpur. Disebabkan kami datang di penghujung waktu, hanya few canapes yang dapat dirasai. Antaranya fish mac and cheese, sushi, seared white fish with sesasme sauce dan crab/lobster cake. Walaupun kewcil hidangannya tapi impaknya sangat besar. Sedap!

THE DJ AT WOOBAR – W KUALA LUMPUR

Ambiencenya sangat relax dan sexy. Ditemani juga dengan lagu-lagu yang diputar oleh DJ yang bertugas. Memang terasa sangat eksklusif dan santai. Sesuai dijadikan spot leparks after work jika anda bekerja di kawasan berhampiran.

FLOCK, W KUALA LUMPUR

FLOCK – W KUALA LUMPUR

Sebagai ahli Titanium Marriott Bonvoy, anda juga akan diberikan kelebihan seperti sarapan pagi percuma untuk 2 orang di Flock, W Kuala Lumpur. Fakta menarik, semua sayuran yang terhidang merupakan sayuran organik yang diambil dari Cameron Highland. Another fakta menarik, Flock at W Kuala Lumpur menyediakan unlimited air kelapa! Bukan air kelapa dari kotak or tapau dari pasar malam, tetapi fresh disedut dari buahnya!

Terdapat pelbagai hidangan disediakan. Antaranya masakan Jepun, masakan Melayu tempatan, masakan CIna, masakan India, masakan Vegetarian, bakeries, waffles and pancakes dan buah-buahan segar. Yang menariknya di seksyen buah-buahan, Flock at W Kuala Lumpur mengenengahkan buah salak dan buah tin. Cool gila. Tak suka makan buah? Jangan risau, jus buah segar tersedia untuk anda. Teh dan coffee juga tersedia dan masih mengekalkan brand TWG untuk penggemar teh.

FRENCH CONNECTION AT FLOCK – W KUALA LUMPUR

Apa yang unique di Flock at W Kuala Lumpur ini, terdapat menu ala carte yang boleh dipesan unlimited dan jika and apeminat foie gras, anda wajib mencuba French Connection. Apa itu French Connection? Telur sunny side up yang ditemani dengan toast dan foie gras yang dimasak perfect dan diserikan dengan their own twist yakni kaya on top. A must try. Pesan sahaja dengan staff yang sangat mesra. It’s hard to find good buffet dimana kualiti masakannya sedap, tetapi Flock at W Kuala Lumpur tidak mengecewakan. Sebagai peminat baked beans, Flock at W Kuala Lumpur menyediakan homemade baked beans. Rasa yang sangat berbeza dari di dalam tin. Sedap, fresh dan unik. It is also a must try.

PETRONAS TWIN TOWER VIEW AT FLOCK – W KUALA LUMPUR

Saya cadangkan untuk duduk di table outdoor. View MAHAL sedia menjadi teman santapan anda. Jangan risau pasal kepanasan cuaca di luar, tersedia kipas di setiap meja.

WET DECK AT W KUALA LUMPUR

WET DECK – W KUALA LUMPUR

Perfect spot untuk get some color on your skin sambil menghadap KLCC. Saya sangat enjoy baring di atas sunbed di tengah-tengah kesibukan kota. Sumbat sahaja earbuds, play your favourite playlist. Nikmat! Untuk menambah nikmat lagi, saya order virgin Pina Colada. Rasa dia maybe boleh diperbaiki. Dipahamkan ada free ice cream yang akan diedar kepada para tetamu hotel, tapi saya tak dapat pun 🙁 . Unlike W Bangkok.

THE REVIEW

Memandangkan W merupakan antara rangkaian hotel kegemaran saya, W KL ternyata mempunyai kehebatan sendiri. Even though ada few miss-things seperti tidak diberikan welcome drink semasa check in, koridor dari lif ke suite yang panas dan no complimentary ice cream given di Wetdeck, itu tidak menjadikan W Kuala Lumpur tidak mesra pelanggan. No! W Bangkok ada kekuatan tersendiri yang membuatkan secretly I think W Kuala Lumpur is setaraf W Bangkok (or slightly better?).

Layanan mesra yang diberikan berjaya merubah rasa skeptikal aku terhadap kualiti hospitality yang diberikan oleh staff hotel di Malaysia. For the first time aku dapat merasakan majority layanan yang diberikan oleh sebuah hotel hampir sempurna. Selama ni pernah alami peristiwa kalau staff dekat Club Lounge mesra, kat restauran tak mesra. Kalau staff dekat pool mesra, staff dekat Club Lounge tak mesra. Ini contoh ye. Tetapi, senyuman dan sapaan yang diberikan oleh staff-staff W Kuala Lumpur membuatkan anda rasa welcomed.

Shout out to Mr. Sudhir Gogeni for the great hospitality, staff di Woobar yang sangat komited to cater our needs and gave us a new experience. Tidak lupa juga kepada staff di Flock yang tidak jemu datang ke meja kami untuk make sure kami tinggalkan restoran terebut dengan perasaan gembira. W Kuala Lumpur ternyata new comer yang came strong dan meninggalkan kesan di dunia perhotelan. Kudos!

W KUALA LUMPUR

No. 121, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
03 – 2786 8888
https://wkualalumpur.com






Leave a Reply

Mahu mendapatkan perkembangan artikel terkini melalui e-mel? Langgan di bawah: