RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

10 PERANGAI MANUSIA ZAMAN BATU YANG BOLEH DI JUMPAI DI DALAM PAWAGAM

10 PERANGAI MANUSIA ZAMAN BATU YANG BOLEH DI JUMPAI DI DALAM PAWAGAM

Bagi mereka yang menggemari menonton filem di pawagam, pasti akan berdepan dengan manusia yang membuatkan kita hilang fokus dan mula hilang sabar. Mementingkan diri dan tidak beretika. Berikut merupakan ciri-ciri mereka yang tidak bertamadun di pawagam :

 

1) ACAH-ACAH BUTA / BISU / BIMBO 



Ciri-ciri : mereka yang cuba melalui row menuju ke seat dia tanpa mengeluarkan suara memohon permisi/maaf untuk lalu dan main pijak kaki orang.

Mangsa : Penonton yang lain.

 



2) GAGAL MERANCANG

Ciri-ciri : mereka yang membeli seat di row tengah-tengah, hadir lewat dan memotong steam penonton seat kiri dan kanan yang sedang kusyuk menonton.

Mangsa : penonton yang menepati masa

 

3) NAFSU NO 1

Ciri-ciri : Pasangan yang tidak mengambil peduli akan anak-anak dan membawa mereka menonton filem yang berunsurkan ganas, seram atau seks. Janji mata mereka dapat menonton filem di dalam pawagam, apa nak jadi dekat anak jadi lah.

Mangsa : Anak-anak dan penonton-penonton (bila anak-anak itu mula menjadi tarzan)

 

4) EPIC FAIL : PARENTS EDITION

Ciri-ciri : pasangan yang membawa anak kecil menonton filem diwaktu TENGAH MALAM sambil menonton filem yang tak bersesuaian.

Mangsa : Anak-anak dan penonton-penonton (bila anak-anak itu mula menjadi tarzan)

 

5) KAKI TAK DIBEDUNG

Ciri-ciri : Mereka yang mementingkan diri sendiri demi keselesaan kaki sendiri. Boleh dijumpai di seat belakang anda dan kerap menendang-nendang anda dari belakang.

Mangsa : manusia tak berdosa di seat hadapan

 

6) EXCITED MINTA KAKI

Ciri-ciri : mereka yang excited feeling tak bertempat ketika scene romantis ditayangkan.

Mangsa : penonton seat sebelah

 

7) GATAL JARI

Ciri-ciri : Mereka yang bermain phone ketika filem sedang ditayangkan.

Mangsa : Penonton yang terkena sinaran brightness phone yang tuannya tak reti nak dim kan.

 

8) MULUT LEMBIK

Ciri-ciri : mereka yang bermulut lembik atau selonggar getah spender yang longgar. Semua jalan cerita nak announce kuat-kuat dalam panggung.

Mangsa : Penonton sebelah, depan dan belakang.

 

9) GATAL BIJIK

Ciri-ciri : pasangan tungau yang tak mampu sewa hotel, projek ehem ehem dijalankan didalam pawagam dengan hanya berbekalkan modal tak sampai RM40.

Mangsa : Mereka dan keluarga mereka (tunggu lagi 9 bulan)

 

10) BEBAL ABADI

Ciri-ciri : Mereka yang malas menyemak tiket atau mencari seat yang sepatutnya. Instead, amik seat orang lain.

Mangsa : Tuan punya tiket yang sah.

 

Penonton yang lain juga membayar amaun sama yang anda bayar. Jadi mereka entitled for privacy sepanjang filem ditayangkan. Janganlah menjadi selfish. Jika anda tidak suka orang buat benda yang sama, kenapa ianya ok untuk anda buat kepada orang lain? Sama-sama lah kita bersivik di tempat awam. Melainkan anda kaya, buatlah pawagam sendiri dan suka hati anda lah nak buat atau jadi apa pun di dalam pawagam anda.

 

Please follow and like us:

 




Leave a Reply