RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

[SERIOUS SHEIT] KENALPASTI CIRI-CIRI SKIM CEPAT KAYA

[SERIOUS SHEIT] KENALPASTI CIRI-CIRI SKIM CEPAT KAYA

Zaman serba canggih, serba hipster dengan ekonomi yang kurang stabil ini memang membuatkan rata-rata rakyat Malaysia berusaha lebih untuk mendapatkan pendapatan yang boleh menampung diri serta ahli keluarga. Sayangnya, ada di antara jalan yang dipilih ialah dengan menyertai skim piramid atau dalam kata lain, skim cepat kaya.

CIRI-CIRI SKIM CEPAT KAYA :

Secara kasarnya bagi mereka yang mempunyai pendirian teguh, tidak membuat pinjaman atau termakan pujuk rayu untuk mengeluarkan modal besar bagi melabur dalam sesuatu  ‘bisnes’, mereka adalah antara yang boleh terselamat dari terjebak di dalam skim tersebut. Tetapi anda pastikah jika anda mempunyai sifat tersebut anda boleh selamat? Berikut merupakan ciri-ciri ‘business’ yang confirm soheh merupakan skim cepat kaya dan cara mengelakkannya.



CIRI-CIRI PERNIAGAAN YANG BERPAKSIKAN SKIM CEPAT KAYA

  • Rakan-rakan yang sudah lama tidak mendengar khabar berita tiba-tiba sahaja mengajak anda untuk berjumpa. Mungkin ada yang berniat untuk ‘reconnect’ tetapi awas! Tidak mustahil zaman sekarang kawan boleh makan kawan.
    • Rata-rata lokasi untuk bermesyuarat adalah di kawasan rumah-rumah kedai dan kebanyakan ‘syarikat’ SCK (Skim Cepat Kaya) tidak  mempunyai bangunan sendiri. Hanya ruangan kosong yang disewa dipenuhi kerusi dan meja.
        • Kereta-kereta mewah park di luar kawasan lokasi mesyuarat. Waktu ini segala tok nenek dream cars anda akan tersusun panjang. Percayalah, rata-rata kenderaan tersebut hanyalah kereta sewa. Ditahap ini, anda mungkin akan dipelawa untuk ronda-ronda di dalam kereta mewah. Untuk makluman, ini adalah salah satu cara mereka untuk mempengaruhi minda anda secara tidak sedar dengan meniup serta membakar semangat anda untuk menyertai ‘business’ mereka.



            • Memerlukan modal dari sekecil ratusan ringgit hingga boleh mencecah ke ratusan ribu ringgit. Target market mereka ialah individu yang senang untuk membuat pinjaman. Mostly kakitangan kerajaan. Jika anda merupakan individu yang tidak layak untuk membuat pinjaman, mereka akan mengajar anda teknik merayu melutut untuk meminjam wang dari kenalan anda. Jika anda memang mempunyai cash yang banyak atau harta, tidak mustahil mereka akan terdesak untuk menyuruh anda mengeluarkan wang simpanan atau menggadai segala harta benda yang anda ada. Yang sedihnya, ada yang mencadangkan untuk menggadai harta milik ibu bapa anda.

                • Tidak mempunyai sijil sah perniagaan. Jika anda cuba tanya dan mereka berdolak daleh atau mereka tiba-tiba berubah mood, itu merupakan ‘red flag’ dan anda harus berjaga-jaga.
                    • Perlu mencari downline untuk bergerak aktif di dalam ‘bisnes’. Tidak diberikan ‘legit product’ atau bahasa yang mudah difahami, produk yang benar-benar boleh digunakan menepati piawaian fungsi produk tersebut dan berdaftar dengan badan kerajaan. Anda akan diterangkan plan perniagaan mereka. Ciri-ciri plan tersebut seperti, di bawah anda memerlukan beberapa individu, jika anda berjaya membawa mereka turut serta, anda akan diberi ganjaran sebanyak sekian sekian (jika diikutkan, masih tidak balik modal dengan amount yang dicadangkan untuk dilabur). Langkah seterusnya, anda harus memberi dorongan untuk downline anda mencari dowline mereka dan anda juga akan diberi ganjaran dengan amount yang lain. Anda juga akan diajar ayat/skrip untuk menarik orang untuk sertai dan cara bagaimana untuk downline anda mencari ‘mangsa seterusnya’.

                        • Sedang perbincangan berlaku, akan ada beberapa individu menjerit kata-kata semangat dengan semangat yang aneh sambil disahut oleh ahli-ahli lain. Contohnya seperti siao! Good!Akan ada yang menjerit sambil berdiri di atas meja dan kerusi.

                            • Jika anda masih was-was dan belum boleh diyakinkan oleh mereka, sentimen agama dan keluarga akan disentuh. Skrip cliche drama swasta yang akan digunakan berbunyi  ‘taknak ke balas budi baik mak ayah’, ‘sampai bila nak mak ayah bekerja demi keluarga’, ‘taknak ke hantar mak ayah pergi ke Mekah’, ‘banyak masa untuk beribadat bila dah kaya dan tak bekerja’ dan sebagainya.
                              • Dan ini merupakan salah satu cara aneh SCK beroperasi jika anda tidak dibawa ke rumah kedai atau pun ‘pejabat’ urusan mereka. Anda mungkin akan terus diajak untuk sertai gathering ala-ala annual event (tetapi non hado makan-makan) di dewan-dewan besar. Lokasi seperti di hotel atau ruangan dewan yang disewa di bangunan pejabat. Yang lagi bertambah aneh, untuk menyertai event tersebut,caj yuran akan dikenakan. Kita yang diajak dengar talk tapi kita jugak yang kena bayar untuk masuk. Red flag! Sah SCK.

                                    CARA-CARA MENGELAK DARI MENJADI MANGSA SKIM CEPAT KAYA

                                    Selepas anda berjaya mengenalpasti ciri-ciri SCK, seeloknya tolak tawaran mereka bagi tidak menjadikan diri anda sebagai penyumbang statistik mangsa SCK. Jika anda masih 50-50. Berikut pula cara untuk anda mengambil langkah bijak mengadili sendiri bahawa ‘business’ tersebut sama ada SCK atau pun tidak.

                                    • Banyakkan bertanya. Jika anda mempunyai keraguan mengenai kesahihan perniagaan tersebut, banyakkan bertanya mengenai latar belakang syarikat, apa produk yang dijual, berdaftar dengan istitusi kerajaan atau tidak produk yang dijual. Jika ada, mohon untuk mereka beri nombor pendaftaran syarikat, nama syarikat dan no pendaftaran produk tersebut.
                                    • Selepas menerima maklumat tersebut. Buat rujukan di website atau hubungi terus Bank Negara Malaysia untuk kepastian mengenai status syarikat tersebut. Hati-hati, jangan terperdaya dengan daftar syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditunjuk oleh ahli SCK. Kerana dengan adanya sijil SSM  belum bererti perniagaan yang mereka jalankan itu sah.
                                    • Buat rujukan melalui internet. Cari info mengenai syarikat tersebut.  Mohon pendapat rakan-rakan jika mereka tahu mengenai syarikat tersebut.
                                    • Jika anda merupakan pengguna Facebook, sila kunjungi Page seperti Say No To MLM atau PseudoScience Watch kerana page-page tersebut sering berkongsi tentang info syarikat SCK. Anda juga boleh mesej secara peribadi kepada mereka tentang hal-hal SCK.

                                          RUMUSAN 

                                          Anda mungkin akan ditekankan bahawa rugi jika tidak sertai perniagaan tersebut oleh rakan-rakan anda. Itu bukanlah sesuatu yang perlu dikesalkan jika perniagaan yang diperkenalkan oleh mereka merupakan Skim Cepat Kaya. Biar putus persahabatan, jangan putus duit. Jangan kelak anda akan menyesal menangis tengok penyata gaji anda yang tertera gaji anda ditolak kerana pinjaman peribadi demi perniagaan yang memang akan memusnahkan hidup anda.

                                          SKC sangat berbeza dengan Multi Level Marketing yang sah. MLM yang sah kebiasaanya menjual produk yang sah dan tidak se-agresif untuk mencari downline. Contoh seperti Tupperware, CNI, Avon dan Mary Kay. Syarikat-syarikat tersebut menjalankan perniagaan dengan menjual produk-produk yang terjamin dan sah. Walaupun ada berkonsepkan MLM, tetapi itu tidak mendatangkan kerugian kepada ahli kerana jika ahli tidak mencari downline, ahli masih boleh nikmati/guna produk-produk dengan harga istimewa dan mata ganjaran akan diberikan dengan setiap pembelian.

                                          Zaman sekarang,  anda harus menjadi bijak. Ramai diluar sana yang dahagakan kemewahan sehingga sanggup menjerat orang ramai mahu pun rakan sendiri. Oleh itu, rajinkan diri membuat rujukan dan bertanya bagi mengelakkan diri anda untuk menjadi mangsa seterusnya.

                                          Please follow and like us:

                                           




                                          Leave a Reply