RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

TV SERIES : RIVERDALE

TV SERIES : RIVERDALE

Review tv series kali ini saya ingin perkenalkan series yang bergenre misteri keluaran CW (tv network di Amerika) yang bertajuk Riverdale. Mula ditayangkan di Amerika pada 26 Januari 2017, series ini telah menerima sambutan dan kritikan positif daripada penonton. Watak-watak di dalam filem ini di ambil dari karakter-karakter komik Archie dan diadaptasi ke versi tv series.

The CW

SINOPSIS

Berlatarbelakangkan masa kini, Riverdale, sebuah bandar kecil digemparkan dengan berita kematian Jason Blossom akibat lemas ketika sedang menghabiskan masa bersama pasangan kembarnya Cheryl Blossom di sungai tempatan. Berita kematian Jason telah banyak memberi impak kepada penduduk Riverdale sejak dari itu.

Sepanjang hari berlalu, satu per satu misteri terungkai. Ketika cuti musim panas, Jason didapati menghabiskan masa bersama Ms. Grundy pada lokasi dan hari yang sama Jason terbunuh. Satu tembakan juga jelas didengari oleh mereka. Sejak dari kejadian itu, Jason mula rasa bersalah dan ingin melaporkan kepada pihak berkuasa tentang apa yang berlaku namun dihalang oleh Ms. Grundy yang takut akan kehilangan pekerjaannya sebagai guru kerana menjalin hubungan dengan pelajar.



Misteri semakin menebal apabila didapati ibu dan bapa Betty Cooper, Alice Cooper dan Hal Cooper mula berkelakuan aneh dengan menghantar adiknya, Poly ke pusat pemulihan dan Betty tidak dibernarkan melawat Poly.

Semseter sekolah bermula, Archie Andrews mula sedar untuk mendalami minat di dalam bidang muzik sejak cuti musim panas yang dihabiskan bersama guru muziknya, Ms. Grundy. Betty, rakan baik dan juga jiran kepada Archie mula menanam hasrat untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap Archie. Namun Betty mula sedar bahawa Archie bukanlah untuknya sejak kehadiran Veronice Lodge, gadis baru yang berpindah dari New York.

Sekali lagi Riverdale digemparkan dengan berita penemuan mayat Jason Blossom yang mempunyai kesan tembakan di kepala. Dengan penemuan mayat Jason, teori Jason mati kerana lemas telah berubah menjadi kes polis. Kini Riverdale bukanlah seperti Riverdale yang lama. Pembunuh Jason masih bersembunyi dikalangan penduduk Riverdale dan dapatkah misteri ini terungkai?

PELAKON-PELAKON



 

  • KJ Apa sebagai Archibald ‘Archie’ Andrews

The CW
  • Lili Reinheart sebagai Elizabeth ‘Betty’ Cooper

The CW
  • Camila Mendes sebagai Veronica Lodge

The CW
  • Cole Sprouse sebagai Forsyhte ‘Jughead’ Jones III

The CW
  • Madelaine Petsch sebagai Cheryl Blossom

The CW
  • Marisol Nichols sebagai Hermoine Lodge

The CW
  • Luke Perry sebagai Fredrick ‘Fred’ Andrews

The CW
  • Madchen Amick sebagai Alice Cooper

The CW
  • Ashleigh Murray sebagai Josephine ‘Josie’ McCoy

The CW
  • Trever Stines sebagai Jason Cooper

The CW

MY2CENTS

Jika anda merupakan peminat series yang bergenre misteri dan sukakan cabaran untuk meneka siapa pembunuh yang sebenar, Riverdale sesuai untuk anda. Riverdale berjaya membuatkan saya tertanya-tanya hingga hampir semua karakter saya jadikan suspek pembunuh. Disebalik misteri yang dihidangkan, terdapat juga jalan cerita lain berjaya diselit. Hanya mempunyai 13 episod, saya rasa ia amat mencukupi dan padat dengan apa yang penonton inginkan. Jika diberi episod yang lebih banyak, saya dapat rasakan Riverdale pasti akan ada episod-episod filler yang meleretkan. Demi menjaga kualiti series ini, apa yang dihidangkan just nice bagi saya

Dari segi lakonan, harus diberikan pujian kepada semua pelakon kerana masing-masing berjaya melakonkannya. Cuma dari segi perkembangan watak bagi saya ditahap ok sahaja. Mungkin watak-watak di dalam series Riverdale akan lebih berkembang pada season 2.

Riverdale boleh di tonton di Netflix.

 

4.4/5

 

The CW
Please follow and like us:

 




Leave a Reply