TV SERIES : 13 REASONS WHY

Netflix

Review TV Series kali ini membawa sebuah series yang menggemparkan dunia dengan mesej yang berat dan perlu diberi perhatian. 13 Reasons Why merupakan original series yang meletakkan isu bunuh diri sebagai mesej yang perlu penonton fahami dan ianya bukanlah sesuatu isu yang ringan yang boleh diambil lewa. Diadaptasi dari novel yang menggunakan tajuk yang sama, series ini telah mengundang pelbagai kontroversi dan cemuhan oleh rata-rata penonton. Tapi adakah ianya layak dicemuh?

Netflix

LE SYNOPSIS

Hannah Baker, yang dahulunya seorang remaja yang periang telah membunuh diri kerana tekanan yang telah diterimanya ketika disekolah. Dibuli, dimalukan dan difitnah. Namun, walaupun sudah tiada lagi di dunia, Hannah telah merakam 13 mesej menerangkan 13 sebab mengapa dia berkeputusan untuk menamatkan nyawanya. Selepas berita kematian Hannah menggemparkan sekolah, pelbagai kempen kesedaran mula diperkenalkan. Perkara itu membuatkan rakan Hannah, Clay Jensen jijik dengan usaha yang dilakukan oleh pihak pelajar dan sekolah.

Netflix

Setibanya di rumah, Clay dapati terdapat sebuah kotak ditinggalkan di pintu masuk. Di dalam kotak itu, terdapat kaset yang setiap side mengandungi punca mengapa Hannah membunuh diri dan mendedahkan siapa yang menjadi salah satu puncanya. Bukan hanya penerangan, Hannah juga meninggalkan pesanan jika sesiapa yang sudah selesai mendengar kesemua 13 sides, hendaklah diserahkan kepada orang yang seterusnya seperti yang disebut. Jika didapati sesiapa cuba merosakkan atau menghapuskan kaset-kaset tersebut, akan ada salinan yang lain untuk menggantikan yang telah dihapus.

MY2CENTS

Sememangnya selepas selesai menonton kesemua 13 episodes, permikiran saya sedikit terganggu dan pada masa yang sama merubah tanggapan saya dalam isu yang diketengahkan di dalam 13 Reasons Why ini. Hannah Baker merupakan karakter yang sangat kompleks dan susah untuk kita agak akan perwatakan dia. Ada kalanya dia merupakan seorang yang ceria dan tabah. Ada kalanya dia mudah kalah dengan tomahan yang dilemparkan kepadanya.

Plot cerita yang sememangnya pasti mengundang kemarahan dikalangan penonton. Tidak kira jika anda marah dengan mereka yang menjadi punca atau pun Hannah yang fragile berkeputusan untuk mencabut nyawanya. Lakonan yang bagus dari muka-muka baru. Sangat meyakinkan kerana percayalah, anda pasti akan turut beremosi ketika menonton setiap episod.

Netflix

Pada pendapat saya, Hannah merupakan seorang remaja yang keliru dan tidak tahu dengan apa yang diingininya. Kerana sifatnya yang keliru, ia menjurus kepada seorang yang sangat mudah percaya dengan seseorang dan tidak mengambil iktibar dengan setiap perkara buruk yang telah menimpa pada dirinya. Oleh kerana itu, Hannah mudah dijadikan subjek gurauan dan buli oleh rakan-rakan sekolahnya. Sememangnya kita tahu, zaman sekolah merupaka zaman yang genting bagi seseorang remaja. Malang akan menimpa jika orang sekeliling anda merupakan mereka yang mementingkan diri dan merasakan lebih baik daripada orang lain. Sedihnya, Hannah dikelilingi oleh orang-orang yang menggunakannya demi kepentingan sendiri.

Netflix

Moral of the story, kita haruslah peka dengan keadaan orang sekeliling kita. Rapat atau tidak, kita tiada hak untuk menjatuhkannya. Tahap mental seseorang bukan mudah untuk diukur, jika kita beri terlalu banyak respond negative kepada mereka yang mentalnya lemah, kemungkinan mereka akan mengambil jalan mudah seperti Hannah Baker. Isu bunuh diri bukanlah sesuatu yang ringan. Jika kenalan anda mempunyai masalah atau menunjukkan tanda-tanda bahwa mereka dalam keadaan tertekan, segeralah bantu.

4.5/5

DIBINTANGI OLEH

  • Katharine Langfor sebagai Hannah Baker
  • Dylan Minnette sebagai Clay Jensen
  • Brandon Flynn sebagai Justin Foley
  • Alisha Boe sebagai Jessica Davis
  • Christian Navarro sebagai Tony Padilla
  • Justin Prentice sebagai Bryce Walker
  • Miles Heizer sebagai Alex Standall

 

Netflix
About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply