RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

THOR RAGNAROK : TIDAK SEMPURNA TETAPI SEQUEL THOR YANG TERBAIK

THOR RAGNAROK : TIDAK SEMPURNA TETAPI SEQUEL THOR YANG TERBAIK

Bagi peminat superhero God of Thunder, Thor sudah pasti tidak sabar untuk melekat di panggung wayang bagi melihat superhero sado kesukaan anda beraksi. Adakah Thor Ragnarok mengecewakan seperti 2 filem sebelum ini? Penuh aksi ke tidak?

LE SYNOPSIS

Marvel Studios

Selepas beberapa peperangan dan kekecohan berpunca dari Infinity Stones, Thor mula merancang untuk sengaja ditangkap oleh Surtur, seekor mahkluk yang diyakini boleh memberi maklumat mengenai Infinity Stones. Malangnya maklumat yang diterima hanyalah amaran bahawa Asgard akan hancur dan Ragnarok akan tiba. Bagi mengelakkan dari kejadian itu berlaku, Thor berjaya mengalahkan Surtur dengan mencabut mahkota yang dipakainya.

Setibanya di Asgard, Thor mula berasa sangsi akan perwatakan Odin dan berjaya membuatkan Loki berubah ke rupa asalnya yang selama ini menyamar sebagai Odin. Selepas mengaku apa yang telah dilakukannya sepanjang ‘menntadbir’ Asgard, Loki membawa Thor ke lokasi yang dipercayai Odin dibuang. Secara tiba-tiba Loki terjatuh ke dalam satu portal dan Dr. Strange mula memperkenalkan diri. Kerana benci akan makhluk asing terutamanya rakyat Asgard, Dr. Strange bersetuju untuk membantu Thor mencari bapanya dengan syarat bahawa mereka sekeluarga akan tinggalkan bumi secepat yang mungkin selepas misi mencari bapa mereka berjaya.



Akhirnya Thor dan Loki bertemu dengan bapa mereka yang keseorangan di satu kawasan di Norway. Odin memberi amaran kepada mereka bahawa ada satu kuasa besar sedang hampir dan kuasa tersebut datang dari kakak kandung kepada Thor iaitu Hela, Dewi Kematian. Jelas Odin, Hela selama ini telah dikurung kerana mempunyai niat jahat dan ingin membawa kekecohan. Kerana terlalu banyak menggunakan tenaga bagi menghalang kehadiran Hela ke Asgard, Odin meninggal dunia . Kematian bapanya membuatkan Thor mula bengang akan Loki yang menjadi punca Odin dibuang ke bumi dan menjadi lemah.

Marvel Studios

Ketika pertengkaran berlaku, Hela tiba memperkenalkan diri dan cuba menjadikan Thor dan Loki sebagai pengikutnya. Ingkar dengan kemahuan Hela, Thor mula menyerang dengan membaling Mjolnir tetapi berjaya disambut dan dimusnahkan oleh Hela. Terkejut dengan apa yang terjadi dan serangan Hela terlalu kuat, Loki mula memanggil penjaga Bifrost untuk membawa mereka pulang. Malangnya, ketika perjalanan membawa pulang Thor dan Loki, Hela berjaya mengikuti mereka dari belakang dan pergelutan berlaku. Loki tercampak keluar dari portal dan kemudian Thor juga tercampak keluar dan hanya Hela sahaja yang selamat tiba di Asgard. Cubaan rakan-rakan Thor dan askar-askar Asgard mempertahan bandar Asgard gagal dan kemenangan berpihak kepada Hela.

Kemana Thor dan Loki dicampak dan apakah jalan yang mereka dapat lakukan untuk mengalahkan Hela?

Marvel Studios

LE REVIEW

Marvel Studios

Thor : Ragnarok ternyata mempunyai warna tersendiri berbanding dengan Thor dan Thor : The Dark World. By warna, apa yang saya maksudkan adalah tona dan jalan ceritanya lebih bewarna dan kelakar. Namun, cubaan untuk menjadikan Thor sebagai superhero yang bersifat comical dan kelakar kurang berjaya. Sebaliknya, Thor dilakonkan sebagai seorang yang lemah dan penakut sehingga suka menjerit. Imej Thor yang selama ini sebagai superhero yang macho sedikit tergugat disitu. Tidak salah untuk masukkan unsur humor, tetapi unsur tersebut seolah-olah seperti diasak untuk menjadikan Thor di dalam filem ini lebih kelakar. Mungkin cubaan pengarah Taika Waititi bermotifkan untuk menarik minat kanak-kanak dan lebih banyak penonton menonton filem ke tiga Thor ini kerana sedia maklum, 2 filem Thor sebelum ini kurang mendapat sambutan yang diingini oleh Marvel Studios.



Marvel Studios

Cubaan tersebut tidaklah bermakna Thor : Ragnarok merupakan sebuah filem yang mengecewakan. Somehow ada sesetengah humor yang cuba diketengahkan berjaya menggeletek saya. Selain itu, lagu Led Zeppelin – The Immigrant Song yang dimainakan ketika scene berlawan berjaya menaikkan mood dan keterejuaan penonton. Aksi filem ini sangat menghiburkan, terutamanya apabila Thor dan rakan-rakan bersatu untuk melawan Hela. Best!

Marvel Studios

Pujian harus diberikan kepada Cate Blanchett kerana berjaya membawa watak Hela yang menakutkan dan pada masa sama seksi. Kredit juga harus diberikan kepada Tessa Thompson yang berjaya mengubah persepsi saya. Kontoversi menyelebungi produksi Thor : Ragnarok apabila Tessa diumumkan bakal membawa watak serikandi Asgard, Valkyrie kerana berdasarkan komik, Valkyrie merupakan watak yang berkulit putih. Watak-watak sampingan yang baru juga menghiburkan dan berjaya menaikkan mood para penonton

Jalan cerita yang mudah dipahami dan setiap reference yang disajikan membuatkan teka teki tentang kehilangan Thor dan Hulk pada Civil War terjawab. Tiada cacat cela dari segi CGI yang ketara. Secara keseluruhan, Thor : Ragnarok berjaya menebus nama baik Thor saga yang selama ini dirundung kritikan sebagai antara filem Marvel terlemah. Tahniah, tahniah.

 

4.3/5

Please follow and like us:

 




Leave a Reply