REVIEW WONDER WOMAN : MENGANGKAT SUPERHERO DARI KALANGAN WANITA

Warner Bros. Pictures

Kebiasaannya hero sering diangkat dari kalangan lelaki dan kita juga selalu dihidangkan sama ada di kaca tv mahupun pawagam tentang dominasi lelaki sebagai ketua mahu pun penyelamat. Wonder Woman merupakan filem yang diadaptasi dari komik keluaran DC dan kita sedia maklum bahawa Wonder Woman mula debut wataknya di dalam filem Batman vs Superman. Kini, untuk lebih mengenali tentang asal usul Diana, peminat-peminat filem superhero dihidangkan dengan Wonder Woman. Diarahkan oleh Patty Jenkins, Wonder Woman mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 31 Mei 2017.

Warner Bros. Pictures

LE SYNOPSIS

Di sebuah pulau yang dilindungi dari dunia luar, Puteri Amazons, Diana (Gal Gadot) sedang membuat latihan mempertahankan diri dan berlawan bagi membuat persiapan jika musuh datang menyerang. Bimbang akan kemunculan Ares, dewa perang yang gemar membawa peperangan di dunia, Queen Hippolyta (Connie Nielsen) meminta adiknya, General Antiope (Robin Wright) untuk mempersiapkan Diana supaya bersedia menghadapi serangan yang mendatang. Namun, walaupun mendorong Diana untuk menjadi yang terbaik, Queen Hippolyta tetap menyimpan kerisauan akan Diana dan tidak mahu Ares tahu tentang asal usul Diana.

Warner Bros. Pictures

Selepas menjalani latihan, Diana ternampak sebuah kapal terbang perang terhempas ke dalam laut dan mula bergegas ke sana. Seorang juruterbang ditemui terperangkap dan Diana berjaya menyelamatkannya. Juruterbang itu tidak keseorangan, beberapa detik kemudian Pulau Themyscira yang tersembunyi dari dunia luar telah dicerobohi oleh sekumpulan askar Jerman. Peperangan mula berlaku di antara puak Amazons dan askar-askar Jerman mengakibatkan beberapa nyawa terkorban. Marah dengan apa yang berlaku, Queen Hippolyta mula menyoal siasat juruterbang tersebut yang mula memperkenalkan dirinya sebagai Steve Trevor (Chris Pine), Tentera Udara Amerika yang menjadi pengintip bagi pihak British.

Warner Bros. Pictures

Selepas puak Amazons diterangkan mengenai peperangan yang sedang berlaku di dunia luar mereka, Diana mula meyakinkan ibunya bahawa peperangan itu pasti berpunca dari Ares dan ingin mengikuti Steve untuk menghentikannya.

MY2CENTS

Warner Bros. Pictures

Sepanjang  hampir 2 jam lebih saya menonton filem ini, saya sering sahaja menukar posisi duduk. Kadang-kadang duduk menegak di bucu hadapan kerusi dan kadang-kadang terloncat-loncat sedikit. Kerana apa? Kerana filem ini berjaya membuatkan saya teruja! Bukan seperti formula cliche superhero movies yang sering disajikan, filem ini pasti membuatkan anda turut merasakan seperti anda sedang berlawan dengan pihak musuh.

Aksi kareografi berlawan yang sangan cantik! Pergerakan yang elastik tetapi gagah, ditambah pula dengan slow motion, filem ini telah membuatkan saya turut ingin menjadi Amazon Princess. Eh? Sukar untuk kita dapat that battle-orgasm feeling bila tengok sesetengah superhero movies, namun Wonder Woman berjaya menyajikan epic battle yang absloutely dangerousley pretty! Ditambah pula dengan lagu temanya yang sememangnya killer, keterujaan pasti membuak-buak di dada peminat setia filem bergenre superhero.

Warner Bros. Pictures

CGI filem ini boleh dikatakan ditahap yang bagus cuma pada permulaan cerita ketika di Pulau Themyscira, ternampak sedikit fact yang terlalu obvious. Kostum watak-watak di dalam filem ini seolah-olah menyanjikan sebuah fashion show kepada anda. Selain itu, watak-watak sampingan turut berjaya menghidupkan karakter masing-masing. Terutamanya setiausaha Steve Trevor, Etta Candy dan rakan-rakan seperjuangannya, Sammer dan Chief. Charlie? Gila annoying. My least favourite. Blerghh!

Apa yang pasti, filem ini bukanlah seperti filem keluaran Marvel. Atau senang cerita, kebanyakan filem keluaran DC tidak sama formulanya dengan Marvel. Wonder Woman lebih fokus kepada penonton berusia remaja hingga ke dewasa. Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak berumur 15 tahun ke bawah, harus diingatkan kepada anda bahawa sila fikir 2 atau 3 kali kerana filem ini sedikit berat untuk difahami oleh kanak-kanak.

Warner Bros. Pictures

Secara keseluruhannya, Petty Jenkins dan Zack Snyder selaku penulis berjaya mengangkat sebuah filem superhero dari kalangan wanita. Bagi Hollywood, menjadikan superhero wanita sebagai watak utama merupakan taboo tetapi Wonder Woman berjaya menepis segala tomahan tersebut. Yang menariknya Wonder Woman juga berjaya mengangkat martabat DC yang sebelum ni sering mengeluarkan filem yang dikritik hebat.

4.8/5

FAKTA-FAKTA MENARIK

  • Pelakon bagi watak Agent Maria Hill (Cobie Smudlers) yang mempunyai appearance di dalam filem The Avengers dan Captain America pernah dipertimbangkan untuk membawa watak sebagai Wonder Woman. Selain itu, nama yang disebut juga adalah Kate Beckinsale, Sandra Bullock, Sarah Michelle Gellar, Eva Green, Jessica Biel dan Angelina Jolie.
  • Pengarah filem ini, Petty Jenkins pernah ditawarkan untuk menerajui Thor 2 : The Dark World, namun namanya digugurkan kerana mempunyai kreativiti yang berbeza dengan pihak Marvel mahukan.
  • Penerbit dan penulis filem ini turut membuat cameo sebagai askar.
  • Liam Hemsworth, adik kepada Chris Hemsworth (Thor) turut pernah dipertimbangkan untuk membawa watak Steve Trevor.
  • Nicole Kidman pernah ditawarkan untuk membawa watak Queen Hippolyta namun menolak tawaran tersebut. Jangan risau, anda masih boleh menonton Nicole Kidman yang bakal membawa watak ibu kepada Aquaman/Arthur Curry, Queen Atlanna.
  • 2017 merupakan tahun yang anda dapat menonton Wonder Woman sebanyak 2 kali di pawagam. Wonder Woman (Mei 2017) dan Justice League (Novemer 2017)
About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply