REVIEW TV SERIES : UNBREAKABLE KIMMY SCHMIDT (NETFLIX)

Netflix

Netflix. Dah biasa dengar kan Netflix tu apa? Biasa dengar tak Netflix and Chill? Well, itu merupakan trend terbaru jika anda miliki siaran streaming berbayar tersebut. Selain menghidangkan beratus-ratus filem, Netflix juga menerbitkan series original yang bagi saya hebat-hebat belaka. Untuk review TV Series kali ini, saya bawakan kisah komedi jijik Unbreakable Kimmy Schmidt. Mengapa jijik? Mohon baca huraian dibawah.

Netflix

LE SYNOPSIS

Netflix

Kisah bermula ketika Kimmy Schmidt, Gretchen Chalker, Cyndee Pokorny dan Donna Maria Nunez sedang membuat persiapan menyambut Krismas. Tanpa pengetahuan mereka, secara tiba-tiba terdapat bunyi dentuman yang kuat di pintu dan membuatkan keempat-empat mereka ketakutan. Akhirnya pintu itu terbuka dan ahli FBI mula masuk dan cuba menyelamatkan mereka.

Netflix

Tanpa pengetahuan mereka, sebenarnya mereka telah dikurung dibawah tanah kerana menjadi ahli pada satu persatuan ajaran sesat yang percaya kiamat telah berlaku dan digelar Mole Women. Selepas keluar sahaja dari kurungan bawah tanah, Kimmy mula sedar bahawa dirinya dan rakan-rakan telah ditipu oleh Ketua Ajaran Sesat yang juga digelar ‘The Worst DJ in Durnsville’, Reverend Richard Wayne Gary Wayne.

Beberapa hari selepas diselamatkan oleh FBI, keempat-empat wanita tersebut menghadiri sebuah sesi temu bual di TV dan menyatakan sebab bagaimana mereka boleh terjebak dengan pesatuan ajaran sesat tersebut. Gretchen yang masih belum menerima realiti percaya bahawa dia seorang pengikut dan bersetuju untuk mengikut pengacara tv jika dia mahu dan telah terpilih untuk ‘ Extreme Makeover’.

 

Netflix

Selesai dari sesi temubual, Kimmy bercadang untuk terus tinggal di New York dan mula belajar apa yang sebelum ini dia ketinggalan. Selesai merasa nikmat di bandar, Kimmy mula bercadang untuk menyewa sebuah rumah dan mencari kerja. Sedang cuba memohon pekerjaan di kedai candy kegemarannya, Kimmy sedar ada seorang kanak-kanak cuba mencuri dan cubaan teersebut berjaya digagalkan oleh Kimmy. Sampai sahaja dirumah kanak-kanak tersebut, Kimmy cuba menerangkan perilaku kanak-kanak tersebut kepada ibunya, Jacqueline Vorhees dan Kimmy dapati Jacqueline perlukan bantuan dan akhirnya berjaya ditawarkan pekerjaan oleh Jacqueline.

Netflix

Selepas berjaya mendapatkan perkerjaan, Kimmy turut berjaya menyewa sebuah rumah di pinggir bandar milik Lillian Kaushtupper dan mula mengenali teman serumahnya, Titus Andromedon, seorang yang bekerja memakai kostum superhero tiruan sambil memberi risalah kepada orang ramai. Sejak mengenali Titus, Lillian dan Jacqueline, hidup Kimmy mula berubah dan pengembaranya di New York berjaya mengajar Kimmy tentang erti kehidupan modern. Tetapi Kimmy tidak berseorangan, kejadian silamnya juga turut menemani dan menghantui Kimmy sepanjang cubaannya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

MY2CENTS

Netflix

Unbreakable Kimmy Schmidt bukanlah sebuah series bergenre komedi biasa. Selepas selesai menonton 13 episode, otot perut saya kesakitan kerana gelak yang terlampau. Komedi yang dihidangkan merupakan sesuatu yang segar dan tidak pernah difikirkan oleh sesiapa. Sepanjang Kimmy cuba belajar sesuatu atau mengenali seseorang, pasti akan ada pengajaran yang berjaya membuka mata penonton yang selama ini mungkin sudah lupa akan nilai murni yang telah diajar.

Skrip dan lakonan yang menghiburkan. Jika anda dapati sukar untuk faham dengan apa yang dituturkan, fokus kepada subtitle kerana once anda dah mula memahami apa yang dituturkan dan dilakonkan, percayalah, gelak besar pasti akan belaku. Selain Kimmy, watak-watak sampingan yang lain juga berjaya menjadi penyeri. Anda pasti akan menyukai rakan serumah Kimmy, Titus. Titus boleh dikatakan bintang kepada series ini selain Kimmy.

Jika anda biasa dengan nama Tina Fey, series ini merupakan ciptaannya bersama Robert Carlcok. Tidak terlalu banyak untuk dikomen, cuma pujian sahaja yang dapat diberikan. Jika anda peminat kepada series bergenre komedi, Unbreakable Kimmy Schmidt semestinya sesuai untuk anda. Namun series ini sesuai untuk tontonan dewasa kerana terdapat contents yang sedikit berbaur dewasa.

Kerana mendapat sambutan yang hangat, Unbreakable Kimmy Schmidt telah diberi sequel sehingga season 4, kini anda boleh tonton season 2 dan 3 di Netflix dan season 4 akan ditayangkan pada tahun 2018.

 

Netflix

4.8/5

 

BARISAN PELAKON

  • Ellie Kemper sebagai Kimberly ‘Kimmy’ Schmidt
  • Titus Burgess sebagai Titus Andromedon
  • Carol Kane sebagai Lillian Kaushtupper
  • Jane Krakowski sebagai Jacqueline Vorhees

 

Netflix
About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply