REVIEW TV SERIES : AMERICAN GODS

Starz

Review TV Series kali ini membawa sebuah TV Series bertemakan konsep fiction dan fantasi iaitu American Gods. Menceritakan tentang dewa-dewa lama dan makhluk mistik yang sedang membuat persiapan untuk berlawan dengan dewa-dewa baru yang hidup di kalangan manusia pada zaman moden. Diadaptasi dari novel yang menggunakan judul yang sama, American Gods telah mendapat sentuhan oleh peneraju Pushing Daisies (series yang sumpah best) , Bryan Fuller.

 

LE SYNOPSIS

Starz

Shadow Moon, seorang banduan yang sedang menunggu saat untuk dibebaskan. Ketika di dalam penjara, Shadow membuat panggilan kepada isterinya, Laura Moon menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk pulang bertemu Laura. Pada suatu malam, Shadow bermimpi tentang Laura seolah-olah ada sesuatu buruk yang akan terjadi kepada Laura. Keesokan harinya, Shadow dibawa ke Pejabat Warden dan disampaikan berita kerana tentang kematian Laura dan pihak penjara bersetuju untuk membenarkan Shadow dibebaskan awal demi berada di upacara pengebumian isterinya.

Ketika di lapangan terbang, Shadow berkenalan dengan seorang con-artist yang dikenali sebagai Mr. Wednesday. Sepanjang berada di atas kapal terbang, Shadow mula merasakan sesuatu yang aneh daripada Mr. Wednesday kerana terlalu banyak perkara yang dia ketahui  mengenai Shadow dan secara tiba-tiba membuat tawaran kepada Shadow untuk bekerja bersamanya. Setelah terjaga dari mimpi ngeri, Shadow dimaklumkan oleh anak kapal bahawa penerbangan terpaksa membuat emergency land kerana ribut yang teruk.

Starz

Masih lagi halfway dari destinasi yang dituju, Shadow berkeputusan untuk menyewa sebuah kereta dan teruskan perjalanan. Ketika Shadow berhenti di sebuah bar untuk berehat, Shadow sekali lagi bersua dengan Mr. Wednesday yang masih berkeras untuk mengajak Shadow bekerja dengannya. Selesai berbincang dan Shadow bersetuju untuk bekerja dengan Mr. Wednesday, dia mula diserpa oleh Mad Sweeney, pembantu Mr. Wednesday, yang mendedahkan dirinya merupakan seorang ‘leprechaun’. Tanpa membuang masa Mad Sweeney mula menunjukkan kebolehannya menghasilkan syiling emas dan perkara itu berjaya menarik perhatian Shadow. Kerana minat Shadow untuk dapatkan syiling emas tersebut, Mad Sweeney membuat pertaruhan. Jika mereka berlawan dan Shadow menang, syiling emas akan diberikan kepada Shadow. Pergaduhan tersebut berkeputusan Shadow sebagai pemenang.

Mr. Wednesday mengarahkan Shadow untuk mengambil masa selama yang diperlukan untuk pergi ke upacara kematian Laura dan berkabung. Setibanya Shadow di upacara pengebumian Laura, Shadow dikejutkan dengan berita punca kematian Laura dan Laura bukanlah mati keseorangan. Marah dengan apa yang berlaku, Shadow mencampakkan syiling emas yang dimenanginya ke kubur laura dan secara tiba-tiba syiling emas itu mula terbenam ke dalam tanah.

Starz

Dalam perjalanan Shadow pulang, dia telah ditculik oleh Technical Boy, Dewa baru yang cuba mendapatkan maklumat dari Shadow tentang rancangan Mr. Wednesday. Enggan memberitahu sebarang maklumat, Shadow mula dipukul oleh makhluk-makhluk sperti manusia yang tidak berwajah. Lemah dan tidak bermaya, Shadow mula digantung dipokok oleh makhluk-makhluk yang bertujuan untuk membunuhnya. Secara tiba-tiba tali gantungan itu putus dan satu per satu makhluk itu mula berkecai dan darah memercik bertaburan.

Bingung dengan apa berlaku, Shadow mula meragui dengan apa yang dilihatnya dan siapa Technical Boy yang sanggup menculiknya demi mendapatkan maklumat mengenai Mr. Wednesday. Siapakah Mr. Wednesday, apakah tujuan Mr. Wednesday dan siapa Shadow di mata Mr. Wednesday?

Starz

MY2CENTS

Starz

American Gods  bagi saya merupakan sebuah siri yang setaraf dengan Game of Thrones. Unik dan jalan cerita dihidangkan dengan kemas. Watak dewa-dewa, dewi-dewi dan makhluk mistik yang ditayangkan dicerita dengan teliti. Sebagai contoh, watak jin afrid akan diperkenalkan dan asal usul kelahiran jin tersebut dicerita seperti apa yang kita sedia maklum tentang kejadian jin. Setiap episod akan memperkenalkan watak baru mahupun dewa baru yang akan membuatkan anda berteka teki tentang siapakah mereka.

American Gods bukanlah sebuah siri yang boleh ditonton oleh umum. Kerana siri ini membawa isu berat seperti agama dan dewa, saya rasa cukup sekadar kita tonton siri ini sebagai hiburan dan tiada yang serious mengenainya.

Starz

Sinematografi yang cukup indah diiringi pula dengan soundtrack yang bagi saya sangat cool walaupun lagu yang dimainkan dari zaman yang saya belum lahir. Dari segi lakonan? Mantap! Bukan calang-calang pelakon yang membintangi siri ini. Rata-rata watak didalam filem ini dilakonkan oleh pelakon legend dan pelakon yang pernah membintangi filem-filem yang berjaya merangkul anugerah.

Sebuah filem fantasi dan fiksyen yang pasti berjaya menangkap minat mereka yang sukakan magis dan kisah dongeng. Setiap episode membuatkan anda rasa mengentan tidak cukup dan menginginkan episode baru. Tapi sedihnya, season pertama hanya menghidangkan 8 episodes sahaja. Tapi, benda yang berkualiti selalu datang didalam bentuk terhad. Tidak begitu?

Siri ini available untuk ditonton melalui Amazon Prime

4.9/5

Starz

BARISAN PELAKON :

  • Ricky Whittle sebagai Shadow Moon
  • Ian McShane sebagai Mr. Wednesday
  • Emily Browning sebagai Laura Moon
  • Pablo Schreiber sebagai Mad Sweeney The Leprechaun

 

 

About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply