RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

REVIEW GUARDIANS OF THE GALAXY VOL.2 : ANOTHER SEQUEL YANG CLICHE?

REVIEW GUARDIANS OF THE GALAXY VOL.2 : ANOTHER SEQUEL YANG CLICHE?

Guardians of The Galaxy Vol. 2. merupakan antara filem yang amat dinantikan oleh saya. Sejak menonton Vol 1 di pawagam beberapa tahun lepas, perasaan hype dan kagum mula menguasai diri. Lawak yang gila awesome bersahaja dan bagaimana karakter yang mempunyai latar belakang jenayah, dapat disatukan menjadi satu team yang mampu membuatkan anda tidak kering gusi. Masih diterajui oleh James Gunn, Guardians of The Galaxy Vol.2 mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 April 2017.

LE REVIEW

Marvel Studios

Adventure kumpulan Guardian of The Galaxy diteruskan dengan melindungi sejenis bateri yang berada di planet Sovereign dari dicuri oleh makhluk dari galaksi lain. Selesai dari misi yang diberikan, Peter Quill (Chris Pratt), Gamora (Zoe Saldana), Groot (Vin Diesel), Rocket (Bradely Cooper) dan Drax ( Dave Bautista) bertemu dengan Ayesha, Ketua Puak Sovereign untuk membuat pertukaran seperti yang dipersetujui, membunuh makhluk yang cuba untuk mencuri bateri tersebut dan ditukarkan dengan Nebula (Karen Gillan) yang merupakan tahanan di Sovereign.

Marvel Studios

Dalam perjalanan meninggalkan Sovereign, Roket telah mencuri sebilangan bateri dari planet tersebut dan mengakibatkan Ayesha mengerah beberapa askar-askar Sovereign untuk menyerang the Guardians. Akibat dari tekanan untuk melepaskan diri dari kumpulan penyerang Sovereign, Peter dan Rocket mula bergaduh dengan menunjukkan siapa pemandu yang lebih hebat. Lantas dari tindakan itu, kapal mereka dikepung dan Ayesha telah mengarahkan askar-askarnya untuk membunuh mereka. Sedang dalam cubaan melarikan diri ke planet terdekat,  kapal-kapal penyerang Sovereign semua dihapuskan dengan sekelip mata dan the Guardians berjaya melepaskan diri. Rocket sedar bahawa cubaan mereka untuk melarikan diri telah dibantu oleh seorang ‘Tiny-Man’. Sejurus itu, mereka berjaya memasuki ke planet terdekat untuk berlindung.



Marvel Studios

Setelah berjaya menyelamatkan diri, the Guardians dihampiri oleh kapal angkasa yang diyakini milik ‘Tiny-Man’ seperti yang digambarkan oleh Rocket. Lantas dari itu, seorang lelaki telah menyapa mereka dan memaklumkan bahawa dia sudah lama cuba mencari Peter. Akhirnya, lelaki tersebut mendedahkan identiti dengan memberitahu bahawa namanya ialah Ego (Kurt Russel) dan dia merupakan bapa kepada Peter. Ego mula mengajak Peter ke Planet Ego untuk menerangkan lebih lanjut mengenai persoalan yang terbuku di hati Peter selama ini. Pelawaan tersebut mula diragui oleh Peter namun berjaya dipujuk oleh Gamora. Akhirnya Peter bersetuju dengan membawa Gamora serta Drax sebagai peneman dan meninggalkan Rocket serta Groot untuk mengawasi Nubela.

Marvel Studios

Setibanya di Planet Ego, Peter, Drax dan Gamora diperkenalkan dengan Mantis (Pom Klementieff), makjluk dari planet lain yang mampu merasai dan mengawal emosi seseorang. Sepanjang berada di Planet Ego, Gamora mula merasakan sesuatu yang aneh dan ada sesuatu yang Mantis cuba selindungi.

 

MY2CENTS

Marvel Studios

High expectations? Of course. Kerana Vol.1 berjaya memenangi hati saya, maka harapan untuk Vol.2 mesti lah tinggi. Dari segi humor, ye! Filem ini masih mengekalkan humor jijik yang berjaya membuatkan saya ketawa terbahak-bahak. Cuma humor kali ini banyak menyentuh bahagian 18SX dan bagi parents yang ingin membawa anak-anak, sila siap sedia dengan soalan yang akan membuatkan anda berasa tidak selesa.



Marvel Studios

Tahap lakonan tidaklah perlu dikomen oleh saya kerana setiap watak berjaya dihidupkan. Groot sudah bertukar menjadi Baby Groot, pastinya Baby Groot akan berjaya membuatkan anda cair dan terpesona dengan kecomelannya.

Dari segi plot holes, GOTG Vol.2 ini berjaya mengisi plot holes dari filem Vol.1. Contohnya mengapa Yondu (Michael Rooker) tidak memulangkan Peter kepada Ego dan mengapa Nubela sangat membenci dan ingin membunuh Gamora. Cuma yang kurang menmuaskan hati saya ialah terdapat plot yang cliche dan boleh di agak. Final fight scene juga berada di tahap above average dan tidak ada faktor wow. Cuma humor yang diselitkan berjaya menutupi kecacatan adegan berlawan pada pengakhiran filem ini.

Dari segi background music, kebanyakannya merupakan lagu yang asing bagi penonton-penonton di Malaysia. Namun lagu-lagu tersebut sesuai diiringi bersama adegan yang beremosi mahu pun adegan aksi. Percayalah, ketika lagu yang bertajuk Father and Son dimainkan pada satu adegan di dalam filem ini, pasti ia akan mengundang perasaan sedih dan sebak di dalam jiwa anda.

Secara keseluruhan, filem ini berjaya mengekalkan humor, sifat kerjasama dan nilai murni seperti hargailah mereka yang sentiasa berada bersama anda. Anda pasti akan terhibur dengan humor yang dilakonkan atau skrip yang dilontarkan dari  watak baru mahu pun yang lama. Sebuah sequel yang harus ditonton oleh peminat-peminat GoTG kerana terdapat banyak penjelasan yang tidak terjawab dari Vol.1. Terdapat juga perincian mengenai Vol.3 yang berjaya diselit bagi menerangkan apa yang akan terjadi serba sedikit pada saga GoTG akan datang.

4.6/5

 

Marvel Studios

FAKTA-FAKTA MENARIK

  • Adik kepada pengarah filem ini, Sean Gunn turut membintangi sebagai Kraglin
  • Liam Neeson antara nama yang disebut untuk memainkan watak bapa kepada Peter Quill, Ego
  • Make up untuk watak Drax mengambil masa 90 minit untuk filem GoTG Vol.2 dibandingkan 4 jam untuk Vol.1
  • Terdapat 3 scenes tambahan sebagai kunci utama untuk GoTG Vol.3. Pastikan anda tidak terus keluar dari pawagam.
  • Dato’ Michelle Yeoh dan Sylvester Stallone turut membintangi filem ini
  • Selain Stan Lee yabg wajib membuat cameo di dalam hampir semua Marvel Movies, David Hasselhof juga turut membuat cameo.
Please follow and like us:

 




Leave a Reply