RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

REVIEW GET OUT : ANTARA ISU PERKAUMAN DAN KEPERCAYAAN

REVIEW GET OUT : ANTARA ISU PERKAUMAN DAN KEPERCAYAAN

Sebagai peminat cerita seram/thriller, Get Out berjaya menarik minat saya kerana terlalu banyak orang bercerita tentang kejayaan filem ini, especially jalan cerita yang unpredictable. Hanya berlandaskan respond dari orang ramai khususnya dari artis-artis Hollywood, saya pun rasa sangat teruja untuk menonton filem ini tanpa melihat trailernya. Diarah oleh Jordan Peele, filem yang hanya berbajet $4.5 juta ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak $180 juta. Saya tidak tahu mengapa, kebelakangan ini terdapat banyak filem-filem yang mengundang kontroversi dan Get Out tidak terkecuali. Bukan kontroversi homosexual seperti filem Beauty & The Beast dan Power Rangers, tetapi Get Out menjurus ke kontroversi mengenai isu perkauman di USA.

Jordan Peele, Blumhouse Productions

 

LE REVIEW

Chris Washington (Daniel Kaluuya), seorang African-American,sedang membuat persiapan untuk bertemu dengan ibu bapa kekasihnya, Rose Armitage (Allison Williams), namun mempunyai rasa ragu-ragu akan penerimaan dan tanggapan ibu bapa Rose terhadap dirinya kerana dia merupakan seorang yang berkulit hitam. Selepas beberapa penjelasan, akhirnya Rose berjaya meyakinkan Chris untuk meneruskan percutian mereka ke Kediaman Keluarga Armitage.



Blumhouse Productions

Setibanya mereka di Kediaman Armitage, Chris disambut mesra oleh ibu bapa Rose, Dean Armitage (Bradely Whitford), seorang Doktor Pakar Bedah Saraf dan Missy Armitage (Catherine Keener). Dean membawa Chris menjelajah kawasan rumahnya dan menerangkan tentang mengapa pekerja-pekerja di rumahnya hanya orang berkulit hitam. Penjelasan dari Dean masih meragukan dan membuatkan Chris merasakan ianya merupakan satu isu perkauman di mana hanya orang kulit putih sahaja yang akan menjadi tuan dan orang berkulit hitam kekal menjadi hamba.

Sepanjang sesi minum petang, Dean menerangkan bahawa isterinya merupakan pakar dalam hypnotise, berkebolehan untuk membuatkan seseorang itu berhenti merokok dan memberi tawaran rawatan kepada Chris jika hendak berhenti merokok. Namun tawaran tersebut ditolak oleh Chris kerana berhenti secara natural adalah pilihannya.

Blumhouse Productions

Kerana gagal menahan diri dari merokok sepanjang hari, Chris berkeputusan untuk merokok di luar rumah dan kejadian aneh mula berlaku. Tukang kebun , Walter (Marchus Henderson) dan pembantu rumah Keluarga Armitage, Georgina (Betty Gabriel), mula menunjukkan kelakuan aneh membuatkan Chris terpaksa melupakan niatnya untuk merokok dan masuk ke dalam rumah.

Blumhouse Productions

Dalam keadaan bergegas, Chris telah disapa oleh Missy yang berada di bilik rawatannya. Missy menjemput Chris duduk  bersamanya untuk mengenali dan memahami masalah yang Chris alami. Satu-persatu soalan diajukan tetapi Chris cuba untuk tidak menjawab pada mulanya kerana tidak mahu dirinya dihipnotis. Namun cubaan untuk menahan dirinya dari menjawab soalan-soalan dari Missy gagal dan mengakibatkan Chris mula berasa lumpuh dan takut. Akhirnya Chris baru sedar bahawa dirinya telah berjaya dihipnotis oleh Missy dan ‘dikurung’ di satu kawasan yang dinamakan ‘The Sunken Place’.



Blumhouse Productions

Keesokannya Chris tersedar dari tidur dan menganggap apa yang terjadi semalam merupakan sebuah mimpi. Bagi menenangkan diri, Chris keluar untuk merokok dan ternampak kelibat Walter yang sedang memotong kayu. Chris berkeputusan datang menyapa namun reaksi Walter menunjukkan apa yang berlaku malam semalam bukanlah mimpi. Dengan secara tiba-tiba tidak berasa ingin merokok, Chris mula meragui dengan apa yang Missy telah lakukan padanya. Satu persatu kejadian aneh mula muncul dan Chris cuba untuk merungkainya.

Blumhouse Productions

 

MY2CENTS

Blumhouse Productions

Get Out merupakan satu filem fenomena yang bergenre thriller/seram dan juga highly recomended by Chris Pratt. Sebagai peminat filem yang bergenre seram/thriller, filem ini berjaya membuatkan saya resah keluh kesah kak esah dari awal hingga ke akhir filem ini. Semestinya tidak senang duduk dan rasa berhati-hati sentiasa dirasai sepanjang cerita ini berjalan.

Dari segi skrip, walaupun filem ini merupakan filem thriller, unsur komedi juga berjaya diselitkan. Isu perkauman yang dihadapi oleh kaum African-American juga terkandung di dalam filem ini. Anda mungkin akan berasa kurang selesa dengan setiap reaksi mahupun soalan yang diajukan kepada Chris. Kebanyakkannya mungkin menunjukkan reaksi yang positif terhadap kehadiran Chris, tetapi dibawah lapisan reaksi dan soalan yang diajukan jelas menunjukkan tentang tanggapan terhadap Chris yang merupakan orang asing dan senang untuk dimanipulasi.

Dari segi lakonan, tidak perlu disentuh banyak.Tidak kira dari mangsa atau pemangsa, anda boleh merasakan filem ini sangat ‘psycho’. Lakonan yang meyakinkan membuatkan anda berasa ingin menjerit dan turut merasa takut dengan ancaman yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon di dalam filem ini.

Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan jalan cerita yang ditayangkan dan sangat menyukai dengan bagaimana filem ini berakhir. Kesimpulan dari cerita ini apa yang kita boleh belajar adalah, jangan mudah mempercayai seseorang, jika anda ingin pergi ke sesuatu tempat sila maklumkan diamana lokasinya atau alamat penuh pada rakan-rakan atau ahli keluarga. Jangan jadikan diri anda sebagai Chris seterusnya.

 

4.8/5

 

Blumhouse Productions

 

FAKTA-FAKTA MENARIK

  • Difilemkan denga hanya mengambil masa hampri 30 hari.
  • Pengakhiran filem ini telah dibuat sebanyak 2 versi. Versi yang asal digantikan dengan versi lain kerana kontroversi yang melampau.
  • Alat yang digunakan Missy untuk proses hipnotis sinonim dengan maksud ‘keutamaan’.
  • Filem pertama arahan Jordan Peele
Please follow and like us:

 




Leave a Reply