REVIEW FILEM : SPIDERMAN HOMECOMING

Sony Pictures

Spiderman : Homecoming merupakan reboot yang kedua untuk filem superhero Spiderman. Yang menariknya reboot kali ini, pihak Sony melonggarkan hak filem Spiderman kepada Marvel kerana kegagalan siri The Amzing Spiderman 1 & 2. Selepas kelonggaran hak diberikan kepada Marvel, Spiderman kali ini dianggap seolah telah pulang ke ‘rumah asalnya’ di mana Spiderman merupakan salah seorang ahli The Avengers. Jika sebelum ini Spiderman keluaran pertama dan reboot pertama, The Amazing Spiderman hanya berlaku di dunia Spiderman sahaja dan terhad untuk mengembangkan watak super hero tersebut du universe yang lain.

 

Sony Pictures

LE SYNOPSIS

Sony Pictures

Filem dimulakan berlatar selepas peperangan di antara pihak The Avengers dan Loki bersama askar-askar Chitauri yang mengakibatkan beberapa kemusnahan di New York dan lambakan peralatan perang yang ditinggalkan oleh askar-askar Chitauri. Sedang membersihkan sisa peperangan, perkhidmatan Adrian Toomes/Vulture (Michael Keaton) dan pekerja-pekerjanya dihentikan oleh  Department of Damage Control (DODC) milik Tony Stark. Kesemua sisa peperangan haruslah dipulangkan kepada pihak DODC bagi keselamatan orang awam. Kerana berang dengan kontraknya ditamatkan secara tiba-tiba dan menanggung kerugian dari segi kewangan yang dilaburkan didalam projek itu, Adrian dan pekerjanya mula menemui penemuan baru mengenai kegunaan sisa-sisa peperangan tersebut dan mula bersedia untuk jadikannya sebagai senjata.

8 tahun kemudian, Peter Parker/Spiderman (Tom Holland) mula menjadi lebih bersemangat untuk melindungi bandarnya selepas menyertai pasukan Tony Stark ketika menentang pasukan Captain America. Kerana semangat itu, Peter tidak berhenti untuk cuba menghubungi Tony Stark dan Happy bagi meminta untuk membenarkan dirinya menyertai misi yang akan datang. Bosan menunggu maklum balas daripada mereka, Peter membuat rondaan di bandar dan menemui satu rompakan di sebuah bank. Cubaan Spiderman menangkap penjenayah-penjenayah tersebut gagal kerana kumpulan penjenayah tersebut menggunakan senjata yang advanced-tech dan mengakibatkan kemusnahan di bank tersebut dan sebuah kedai di seberang jalan.

Sony Pictures

Ketika cubaan untuk pulang ke rumah, Peter mula menyelinap masuk secara senyap supaya identitinya tidak diketahui oleh makciknya, May (Marissa Tomei). Yakin bahawa May tidak perasan akan kepulangannya, Peter tiba-tiba dikejutkan oleh rakannya,Ned Leeds (Jacob Batalon) yang memang berada di bilik itu tanpa pengetahuannya. Mengetahui Peter ialah Spiderman membuatkan Ned mula teruja dan menawarkan diri untuk menjadi pembantunya. Beberapa malam kemudian, Peter ternampak satu letupan di satu kawasan terpencil dan mula bergegas ke arah itu. Apa yang ditemuinya ialah urusan jual beli senjata yang sama Peter temui ketika rompakan di bank dahulu yang dikelola oleh Jackson Brice dan Herman Schultz. Selepas menyedari kemunculan Spiderman, mereka cuba melarikan diri dan kerana sifat tidak sabar Jackson, sebuah senjata telah tercicir dan dia telah dibunuh secara tidak sengaja oleh ketua kumpulan tersebut, Adrian yang sudah menjadi Vulture.

Sony Pictures

Peter menemui senjata tersebut dan membawanya kepada Ned untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsinya. Ketika di sekolah, selepas selesai mengasingkan teras senjata tersebut yang berbentuk seperti kristal, Peter mula ternampak Herman sedang melilau di kawasan sekolah untuk mencari senjata yang hilang itu. Berjaya meninggalkan alat pengesan pada Herman, Peter dan Ned berjaya menemui markas senjata tersebut yang berlokasi di Maryland. Perkara itu membuatkan Peter cuba menghubungi Tony dan Happy bagi memberi amaran mengenai markas dan sekumpulan penjenayah mengenai menghasilkan senjata yang advanced-tech namun cubaan itu gagal.

Adakah Peter aka Spiderman berjaya mengentikan Vulture dan kumpulannya dan pada masa yang sama mengimbangkan kehidupannya sebagai adi wira dan seorang pelajar?

 

LE REVIEW

(**MENGANDUNGI SPOILER RINGAN)

Tidak lari dari kontroversi, bagi saya kontroversi bagi filem ini bukanlah ratanya dari segi pelakon-pelakonnya, tetapi kerana sudah di reboot sehingga dua kali, adakah Spiderman Homecoming ini lebih bagus dari siri sebelumnya, Spiderman dan The Amazing Spiderman? Apa yang boleh saya katakan, Spiderman Homecoming ada tarikan dan keunikannya sendiri. Kerana apa?

Sony Pictures

Jalan cerita yang segar dan betul-betul membariskan pelakon yang berwajah dan masih berusia remaja mebuatkan filem kali ini terasa lebih real. Spiderman dan komedi memang tidak dapat dipisahkan. Seperti kita maklum, dari versi animasi dan komik, Spiderman sememangnya watak yang banyak mulut dan sedikit clumsy. Saya amat berasa lega bahawa filem Spiderman kali ini kita tidak perlu diingatkan tentang Uncle Ben dan cara kematiannya.

Sony Pictures

Perbezaan yang diketengahkan dalam filem ini secara keseluruhannya disajikan didalam bentuk watak-watak yang dilakonkan. Contohnya, May yang kita sedia maklum berwajah nenek dan tua, tetapi di dalam filem ini, penonton diberikan watak May yang berwajah muda dan ada sedikit tarikan seksual (bukan lucah). Disebalik kejayaan May membuatkan penonton tertawa dengan karakternya, ada juga watak yang gagal membuatkan saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Flash Thompson merupakan karekternya suka membuli, berasal dari keluarga kaya dan seorang yang kasar. Asalnya, Flash merupakan watak yang berkulit putih, namun cubaan baru filem ini memberikan kepercayaan kepada Tony Revolori untuk membawa watak Flash versi Asia. Namun kegagalan tersebut bukan kerana Flash merupakan seorang Asia, tetapi rupa fizikal Tony yang nampak polos dan innocent tidak meyakinkan saya setiap kali cubaannya untuk memalukan mahu pun membuli Peter. Orang yang berfizikal dan berwajah mangsa buli membawa watak pembuli? Sememangnya gagal! Mungkin pihak produksi sepatutnya mencari seorang yang nampak ganas untuk membawa watak Flash. Setiap kali Flash muncul di skrin, ia mengundang perasaan menjengkelkan. Namun,terdapat juga watak sampingan baru yang diwujudkan yang bukan berasal dari komik mahu pun animasi yang berjaya mewarnai filem ini.

Sony Pictures

**Selain aksi dan humor yang menghiburkan penonton, filem ini juga sarat dengan mesej. Kegagalan Happy untuk mendengar apa yang Peter cuba laporkan telah mengakibatkan kekecohan dan kemusnahan. Tidak semua apa yang seorang remaja cuba sampaikan itu suatu pembohongan, ada masa kita cuba belajar mendengar sebelum sesuatu perkara buruk terjadi**

Secara keseluruhannya, Spiderman Homecoming merupakan sebuah filem siri Spiderman yang mempunyai standard tersendiri. Jalan cerita dari awal dan akhir dicerita dengan kemas, kesan cgi yang mengaggumkan, unsur humor yang diselitkan didalam skrip dan lakonan mantap yang dilakonkan oleh barisan pelakon (except Flash). Tidak disangkalkan bahawa siri Spiderman original yang diarahkan oleh Sam Raimi lebih lebih jujur dari segi adaptasi, namum Spiderman Homecoming ternyata mempunyai tarikan sendiri dan lebih segar.

PSSSST!!! Jangan lupan tonton scene after credit! Ada 2 tau! Tunggu smpai lampu cinema bukak.

Sony Pictures

 

4.5/5

About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply