REVIEW FILEM : IT

Warner Bros. Pictures

Bagi penggemar filem seram, IT pasti menarik perhatian anda. Dari trailer yang dikeluarkan, pasti membuatkan anda rasa terpanggil untuk menjejaki kaki anda ke pawagam. IT merupakan sebuah filem diadaptasi dari sebuah novel yang menggunakan judul tajuk yang sama. Pernah menemui penonton di dalam versi mini-series di kaca tv pada sekitar 90-an, IT (2017) telah menerima pelbagai kritikan hebat dari peminat versi mini-series selain mempunyai masalah pada awal produksinya. Adakah IT yang diberi nafas baru ini merupakan satu kesilapan dari Hollywood?

 

LE SYNOPSIS

Warner Bros. Pictures

Pada Oktober 1998, Pekan Derry digemparkan dengan berita kehilangan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ,George Denbrough. George dikatakan telah hilang atau lemas di kawasan pembentungan. 8 bulan kemudian ketika pelajar-pelajar di Pekan Derry sedang meraikan hari terakhir persekolahan sebelum cuti musim panas, Bill Denbrough, abang kepada George, mula berbincang tentang aktiviti bersama rakannya Richie Tozier, Eddie Kaspbrak dan Stanley Uris. Pada masa yang sama, seorang pelajar baru Ben Hanscom mengenali Beverly Marsh yang juga merupakan gadis idamannya.

Warner Bros. Pictures

Ketika cuti musim panas bermula, Mike Hanlon, seorang pelajar homeschooled membantu datuknya membuat penghantaran daging ke kedai daging tempatan. Takut akan menjadi mangsa buli oleh Henry Bowers dan kumpulannya, Mike mula menyorok di lorong kedai daging tersebut untuk mengelak diri dari ditemui. Cubaan Mike berjaya, namun apa yang menantinya di lorong itu bukanlah Henry dan kumpulannya. Tetapi seekor makhluk yang berupa badut dan gemar menculik kanak-kanak untuk dijadikan makanannya, Pennywise.

Ben menghabiskan masanya di perpustakaan tempatan untuk membuat sedikit kajian bagi mengenali lebih mendalam tentang Pekan Derry. Namun apa yang ditemui bukanlah penemuan biasa, terdapat belbagai misteri dan kehilangan kanak-kanak pada setiap 27 tahun. Kehadiran Ben di perpustakaan itu juga telah menarik minat Pennywise dan mula mengganggunya. Ben berjaya melarikan diri dan pada hari yang sama, Stanley yang sedang membuat persiapan untuk upacara ‘bar mitzvah’ yang akan datang turut juga diganggu oleh Pennywise yang berupa makhluk ketakutannya.

Warner Bros. Pictures
Warner Bros. Pictures

Selamat dari gangguan Pennywise, Ben melarikan diri tetapi malangnya bertemu dengan Henry dan kumpulannya. Ben mula dicederakan dengan ganas oleh Henry dan mula berjaya melarikan diri ke dalam hutan namun masih dikejar oleh Henry dan kumpulannya. Kerana bengang dengan Ben yang terlepas, Henry mengarahkan kumpulannnya berpecah mencari Ben.

Ben berjaya diselamatkan oleh Bill, Richie, Eddie dan Stanley yang ketika itu sedang membuat usaha mencari George. Salah seorang ahli kumpulan Henry, Patrick Hocksetter mula meneruskan pencarian mencari Ben dan membawa dirinya memasuki ke sebuah saluran air dimana menjadi lokasi kematiannya dibunuh oleh Pennywise. Bill dan rakan-rakannya mula membawa Ben ke farmasi untuk dirawat dan bertemu dengan Beverly dan Beverly mula berkawan dengan mereka sejak dari itu. Keesokannya, Bill dan rakan-rakannya termasuk Beverly dan Ben menyelamatkan Mike dari Henry dan kumpulannya. Mulai dari kejadian itu, Bill, Richie, Eddy, Stanley, Ben, Mike dan Beverly mula berkawan dan menggelarkan diri mereka ‘The Losers Club’.

Warner Bros. Pictures

Pada hari yang sama, Bill, Eddie dan Beverly juga turut diganggu oleh Pennywise. Mereka bertemu keesokannya dan Beverly menjelaskan bahawa orang dewasa tidak dapat melihat Pennywise. Ahli-ahli The Losers Club mula membuat siasatan mengenai asal usul Pennywise dan membawa mereka ke sebuah rumah usang dimana tempat kejadian Eddie diganggu. Sedikit demi sedikit misteri berjaya dikupas namun Pennywise bukanlah makhluk yang biasa untuk mereka cuba untuk menentang.

LE REVIEW

Warner Bros. Pictures

Seram! Sememangnya seram! Apa yang boleh dikatakan IT versi reboot ini lebih baik dari versi mini series. Logik diletakkan dan mungkin teknologi CGI yang lebih modern menjadikan IT yang terbaru ini lebih segar, seram dan menakutkan! Watak Pennywise The Dancing Clown lakonan Bill Skarsgard sangat menjadi! Ternyata bebanan untuk membawa watak tersebut menjadikan Bill melakonkan watak Pennywise berjaya dengan keseraman dan psycho tersendiri. Apa yang boleh saya katakan, watak Pennywise yang dahulu dilakonkan oleh Tim Curry nampak lebih jinak daripada Pennywise yang terkini.

Selain pujian diberikan kepada Bill Skarsgard, pujian harus juga diberikan kepada kanak-kanak yang membawakan watak Bill Denbrough (Jaeden Lieberher), Ben Hanscom (Jeremy Ray Taylor), Beverly Marsh (Sophia Lillis), Richi Tozier (Finn Wolfhard) dan Eddie Kaspbrak (Jack Dylan Grazer). Lakonan kanak-kanak tersebut sangat meyakinkan dan ada diantaranya sangat entertaining dan berjawa membuatkan para penonton sesak nafas bersama.

Warner Bros. Pictures

Dari segi jalan cerita, apa yang boleh dikatakan filem ini merupakan kisah seram yang tidak perlu meletakkan background sound yang terlalu kuat atau pun unsur-unsur yang melebih-lebih untuk membuatkan para penonton terkejut. Idea yang segar tanpa perlu dikitar semula dari idea seram dari filem-filem seram yang lain. Jalan cerita yang memperkenalkan background watak-watak utama dengan kemas sekali. Syabas! Percayalah, IT ialah cerita seram yang pasti akan disebut-sebut pada masa akan datang kerana keseraman yang boleh dirasa hingga ke tahap mempengaruhi psychology seseorang. So, anda takut dengan badut tak sekarang? haha.

 

4.8/5

About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply