RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

REVIEW FILEM : BEAUTY AND THE BEAST, MAGIS DAN KONTROVERSI

REVIEW FILEM : BEAUTY AND THE BEAST, MAGIS DAN KONTROVERSI

Beauty and The Beast merupakan salah satu filem iconic Disney’s Princesses dan telah ditonton oleh hampir semua 80’s dan 90’s babies. Kini Disney telah mengadaptasi filem animasi tersebut ke versi live action. Namun, selepas pihak Disney mengesahkan terdapat karakter ‘gay’ di dalam filem tersebut, berlaku percanggahan 3 penjuru di antara rakyat Malaysia, Lembaga Penafisan Filem dan juga pihak Disney.

Kini selepas lewat seminggu dari tarikh yang sepatutnya ditayangkan, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton filem tersebut tanpa adegan yang disunting. Sejujurnya, selepas berita tentang penangguhan/ditarik balik dari tayangan, saya sudah mula hilang rasa hype untuk tonton filem ini. I was 50/50. Sama ada mahu tonton Ghost in a Shell atau pun filem ini dahulu. Namun, waktu tayangan lebih berpihak kepada Beauty and The Beast dan Beauty And The Beast it is.

 



LE SYNOPSIS

Disney


Dengan berlandaskan jalan cerita yang hampir sama dengan versi animasi, filem ini dimulakan dengan babak yang menjelaskan bagaimana seorang Putera boleh bertukar menjadi Beast (Dan Stevens) , makhluk yang ganas berkepala dan tanduk seperti kerbau, berkuku tajam seperti beruang dan berkaki seperti serigala. Sejururs selepas bertukar menjadi Beast, seluruh pekerja-pekerja istana turut berubah dan menjadi barang berdasarkan pekerjaan mereka ketika menjadi manusia.

Beberapa tahun kemudian, Belle (Emma Watson), gadis yang dianggap aneh kerana minat membaca , memesan kepada bapanya, Maurice (Kevin Kline) untuk bawa pulang sekuntum mawar ketika pulang dari menghantar rekaannya.

 



Disney

Jalan yang gelap dan samar membuatkan Maurice keliru dengan jalan yang sepatutnya dilalui. Kerana tersalah memilih laluan, Maurice dikejar oleh sekumpulan serigala dan terjumpa sebuah istana untuk dijadikan tempat berlindung dan berehat. Sedang melalui taman di istana itu, Maurice terjumpa satu kawasan yang dipenuhi dengan pokok bunga mawar putih dan berhajat untuk memetik sekuntum untuk dihadiahkan kepada Belle. Usaha tersebut mengakibatkan Maurice ditangkap dan dikurung oleh Beast didalam penjara istana atas tuduhan mencuri.

Belle yang terjumpa Philippe (kuda Maurice) didalam keadaan kotor dan penat mengesyaki bapanya didalam bahaya. Lantas Belle membawa Philippe bergegas menuju ke istana dimana Belle percaya bahawa bapanya berada di situ. Selepas bertemu dengan bapanya, Beast muncul dan menegaskan bahawa bapanya dikurung akibat mencuri. Bersetuju untuk tukar tempat dengan bapanya, Belle berjaya memperdaya Beast dan mengarahkan bapanya pulang dan biar dia sahaja yang menanggung hukuman tersebut.

Bermula dari saat itu, bermula lah bait-bait cinta di antara Beast dan Belle.

 

Disney

 

MY2CENTS 


Disney

 

Hampir keseluruhan jalan cerita dan skrip filem ini dihidupkan semula berdasarkan dari filem versi animasi. Cubaan ini bagi saya berjaya menarik minat penonton yang membesar dengan filem ini. Sedikit penambahan jalan cerita yang baru berjaya diseltikan bagi menutupi ‘plot holes’ yang pernah anda tonton pada versi animasi. Contohnya seperti bagaimana Beast yang pengsan boleh dibawa pulang ke istana oleh Belle, apa yang terjadi kepada ibu Belle dan bermacam-macam lagi.

 

Disney

 

Skrip filem ini masih mengekalkan sebilangan skrip asal dari filem versi animasi. Kebanyakan penonton pasti akan tersenyum manis dengan setiap lontaran dialog yang disebut oleh karakter-karakter filem ini  kerana ianya sama seperti  apa yang mereka tonton ketika masih berusia kanak-kanak.

 

Disney

 

Permulaan filem ini ketika watak Belle diperkenalkan nampak lemah bagi saya. Mungkin kerana suara Belle pada lagu pertamanya tidak bersesuaian dan body language juga tidak menampakkan Belle seorang yang ceria tetapi seperti seorang yang keletihan. Namun as the movie’s running, she gets better and better. Pujian harus diberikan kepada watak Gastone (Luke Evans) kerana nyanyian yang mengagumkan dan lakonannya yang membuatkan penonton berasa sakit hati. . Terdapat banyak moment iconic yang masih mengekalkan magisnya. Anda pasti akan terbuai dengan setiap adegan magis yang dipersembahkan di dalam filem ini.

 

4.2/5

 

KONTROVERSI

 

Disney

 

Sebelum filem ini diberi kebenaran untuk ditayang di seluruh pawagam Malaysia, salah satu watak dari filem ini  merupakan seorang ‘gay’ iaitu LeFou (Josh Gad). Sepanjang perhatian saya ketika filem ini ditayangkan, mungkin dari segi body language dan skrip boleh membuatkan penonton mengesahkan lagi LeFou merupakan ‘gay’. Namun jika pemikiran anda neutral atau innocent seperti kanak-kanak mungkin anda tidak akan perasan dan hanya menonton filem ini seperti biasa. Sesuai atau tidak untuk bawa anak-anak anda pergi menonton filem ini? Tepuk  dick, tanya logic. Terpulanglah.

 

 

FAKTA MENARIK

 

  • Ryan Gosling yang popular dengan filem The Notebook dan La La Land pada mulanya ditawarkan untuk membawa watak Beast tetapi menolak kerana ingin menyertai projek La La Land.
  • On the other hand, Emma Watson pula ditawarkan untuk membawa watak di dalam filem La La Land tetapi menolak kerana ingin membawa watak Belle
  • Gown kuning yang dipakai oleh Belle ketika scene menari bersama Beast mengambil masa lebih dari 10k jam untuk disiapkan. Selain itu, gown itu juga bertatahkan lebih dari 2,000 kristal Swarovski.
  • Ian McKellen yang popular dengan watak Magneto di dalam filem-filem X-men membawa watak Cogsworth. Menariknya, Ian pernah ditawarkan untuk menyumbangkan suara pada watak yang sama didalam filem versi animasi tetapi menolak di atas sebab yang tidak dapat dipastikan.
  • Terdapat 3 lagu baru yang diselitkan di dalam filem ini.
  • Emma Watson pernah ditawarkan untuk membintangi  filem Beauty and The Beast keluaran Warner Bros dan diarahkan oleh Guillermo De Toroyang popular dengan filem Pacific Rim, Crimson Peak dan Hellboy.

 

Please follow and like us:

 




Leave a Reply