REVIEW FILEM ALIEN : COVENANT

20th Century Fox

Franchise Alien kini kembali dengan sequel terbaru bertajuk Alien : Covenant. Sebuah sequal kepada Prometheus dan merupakan prequel kepada Alien, Aliens, Alien 3 dan Alien : Ressuraction. Masih diterajui oleh pelopor franchise Alien, Ridley Scott selaku pengarah, menghidangkan kisah tentang apa yang berlaku kepada Dr. Elizabeth Shaw dan robot pembantu David selepas mereka cuba meninggalkan Planet LV223.

20th Century Fox

SYNOPSIS

Berlatarkbelakangkan masa hadapan, sebuah kapal angkasa yang membawa sekumpulan manusia yang terdiri dari sekumpulan pengkaji dan ribuan penumpang yang ditidurkan untuk memulakan kehidupan baru di planet yang bernama Origae-6. Sedang dalam perjalan menuju ke Origae-6, kapal angkasa yang bernama Covenant dikendali oleh robot pintar, Walter (robot yang serupa seperti David), telah dilanggar oleh gelombang di angkasa dan mengakibatkan beberapa kerosakan telah berlaku dan perjalanan ke Origae-6 terhenti. Lantas dari itu, Walter berkeputusan untuk mengejutkan kumpulan pengkaji yang ditidurkan untuk menyelamatkan Covenant.

20th Century Fox

Selepas para pengkaji telah dikejutkan, Christopher Oram selaku kapten, mengetuai ekspidisi dan mengarahkan ahli kumpulan mereka membaiki Covenant secepat yang mungkin bagi meneruskan perjalanan. Selesai sudah kapal angkasa tersebut dibaiki, salah seorang daripada kru mereka telah menerima mesej dari seseorang yang berada di planet berdekatan.

20th Century Fox

Christopher bercadang untuk pergi meninjau ke planet tersebut untuk mengetahui lebih lanjut namun rancangan tersebut dibangkang oleh Daniels Branson, seorang pakar terraform. Christopher masih berdegil dan telah membentuk kumpulan ekspedisi baru untuk ke planet tersebut manakala ahli lain bertugas menjaga Covenant.

Setibanya di planet yang dipercayai lokasi mesej yang diterima, Karine Oram, seorang pakar biologi dan isteri kepada Christopher bercadang untuk mengambil sample di  hutan berdekatan sambil ditemani oleh Ledward, seorang ahli keselamatan, manakala kapten dan ahli lain menjejaki lokasi mesej yang mereka terima di angkasa. Tanpa sengaja Ledward telah memijak sebuah tumbuhan yang mengeluarkan spora halus lalu memasuki rongga badan Ledward. Beberapa minit kemudian, Ledward mula menjadi lemah dan memuntahkan darah.

20th Century Fox

Ketika kapten dan ahli ekspidisi lain menjejaki mesej yang diterima, mereka menemui Prometheus, kapal angkasa yang dibawa oleh Dr. Elizabeth Shaw dan David terhempas di atas bukit. Selepas memasuki kapal tersebut, Hallet yang juga ahli keselamatan telah menyentuh tumbuhan yang sama seperti disentuh oleh Ledward lantas terkena jangkitan yang sama. Karine menghubungi suaminya untuk kembali pulang ke kapal bagi mengubati Ledward yang mula berasa sesak nafas dan ditempatkan dibilik rawatan. Risau jika berlaku jangkitan, Karine dan Ledward telah dikunci dari luar oleh Maggie Faris. Ledward mula mengerang kesakitan dan sesuatu telah berlaku kepadanya. Beberapa minit kemudian, perkara yang sama berlaku kepada Hallet dan mengakibatkan kekecohan di kalangan ahli ekspidisi di planet itu dan yang berada di Covenant.

MY2CENTS

20th Century Fox

Franchise Alien bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi mereka yang biasa membesar pada sekitar tahun 80-90 an. Boleh dikatakan franchise Alien antara cult films yang sangat popular dan mempunyai pengikutnya tersendiri. Saya dari kecil memang mengenali franchise ini hasil dari menonton bersama ibu dan bapa saya.

Apa yang saya dapat katakan, series prequel bagi Alien bukanlah sesuatu yang menyajikan keseluruhan jalan cerita yang dipenuhi dengan aksi seperti Alien 1-4. Mungkin mengikut pemahaman saya, filem ini lebih menjurus pada pencerahan mengenai asal usul kewujudan manusia dan makhluk asing. Tetapi tidak bermakna ia sesuatu yang membosankan.

Jalan ceritanya mudah dipahami jika anda fokus sepanjang tayangan.  Terdapat juga adegan yang berkaitan dengan petua orang tua-tua. Nampak benda asing jangan sentuh, kalau masuk hutan kena jaga tingkah laku. Mungkin jika ahli ekspidisi ini hidup dikalangan Melayu maka tiadalah perkara-perkara aneh yang akan menimpa mereka. Hahaha. Joke!

4.3/5

About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply