RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

REVIEW FILEM : GHOST IN THE SHELL

REVIEW FILEM : GHOST IN THE SHELL

Ghost In The Shell merupakan filem yang diadaptasi ke versi live-action dari manga dan anime Jepun. Filem ini juga dihujani kontroversi seperti Power Rangers dan Beauty and The Beast. Tetapi kontroversinya berlainan isu dan hanya terjadi di luar negara. Isu whitewash atau racism melanda filem ini kerana karakter cyborg yang dibawa oleh Scarlett Johanson sepatutnya diberikan kepada pelakon yang berdarah Jepun. Adakah kontroversi ini meninggalkan kesan kepada kualiti filem?

 

LE SYNOPSIS

Dreamworks Pictures

Berlatarbelakangkan Jepun di masa hadapan, teknologi robot diagungkan dan kebanyakan manusia telah menggantikan anggota badan ditubuh mereka dengan teknologi robot yang lebih cekap. Mira Killian (Scarlett Johansson) seorang gadis yang terkorban ketika menjadi pelarian, dihidupkan semula dengan otak dan rohnya (‘ghost’) dialihkan ke dalam tubuh robot berteknologi canggih (‘shell’). Selepas dikejutkan oleh penciptanya, Dr Ouelet (Juliette Binoche), ¬†Cutter (Peter Ferdinando), CEO Hanka mengarahkan Dr Ouelet menempatkan Mira ke bahagian anti-pengganas.



 

Dreamworks Pictures

Setahun kemudian, Mira yang digelar Major bagi kumpulan anti-pengganas Section 9, memulakan misi disebuah hotel. Diberi arahan oleh Ketua Section 9, Chief Daisuke Aramaki (Takeshi Kitano) untuk tidak bertindak, Mira mengendahkan arahan tersebut dan cuba menghentikan serangan sekumpulan pengganas dan sebuah robot pelayan berupa geisha. Serangan pengganas itu dipercayai dirancang oleh oleh ketua pengganas Kuze (Michael Pitt) bagi mendapatkan maklumat dari syarikat Hanka.

 

Dreamworks Pictures

Siasatan dilakukan dengan menggunakan teknik memasuki ke dalam memori bangkai robot geisha tersebut, bagi mengetahui punca robot tersebut boleh menjadi ganas dan bagaimana serangan itu dirancang. Rancangan ini dibantah oleh Batou (Pilou Asbaek), ahli kumpulan Section 9 kerana takut Mira akan digodam oleh Kuze sepanjang proses berjalan. Tidak mengendahkan amaran tersebut, Mira berjaya memasuki memori robot geisha tersebut dan menemui lokasi persembunyian Kaze. Secara tiba-tiba Mira diserang dan amaran diberikan oleh Kaze untuk tidak mempercayai syarikat Hanka.



 

MY2Cents

Dreamworks Pictures

Sebagai penonton yang tidak tahu akan sejarah anime yang asal, saya memahami akan jalan ceritanya yang jelas tanpa perlu merujuk pada anime tersebut. Tidak banyak yang perlu dikomen, teknik CGI dan sinematografi filem ini sangat mempersonakan. Dari segi costume dan suasana yang berlatarbelakangkan masa hadapan, saya rasakan filem ini berjaya memberikan gambaran futuristic tanpa perlu memasukkan elemen masa depan yang sangat melampau seperti filem-filem berlatarbelakangkan masa hadapan yang lain.

 

Dreamworks Pictures

Dari segi lakonan dan aksi, bagi saya setiap watak berjaya dilakonkan dengan baik tetapi tiada scene berlawan epic yang boleh membuatkan anda kagum tidak bersandar di kerusi pawagam. Filem ini ok-ok sahaja. Tidak terlalu mengaggumkan dan tidaklah sampai membuatkan saya terlelap. Bagi peminat tegar Scarlett Johansson, mungkin filem ini bersesuaian untuk anda. Tidak mengecewakan seperti Lucy yang menggunakan 100% otaknya.

 

3/5

 

Dreamworks Pictures

 

EXTRA POPCORNS

 

  • Margot Robbie yang popular dengan watah Harley Quinn didalam filem Suicide Squad merupakan pilihan pertama untuk membawa watak Mira Killian.
  • Scarlett Johansson dipercayai ditawarkan USD10 juta bagi membawa watak didalam filem ini
  • Sebanyak 104,000 tanda tangan diterima bagi membantah Caucasians membawa watak sebagai Asians.
  • 3 dari pelakon filem ini pernah membintangi siri hit, Game of Thrones.
  • Produksi filem ini bertempat di New Zealand dan Hong Kong.

 

Please follow and like us:

 




Leave a Reply