RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

POWER RANGERS, ANTARA EKSPEKTASI DAN CHILDHOOD MEMORY

POWER RANGERS, ANTARA EKSPEKTASI DAN CHILDHOOD MEMORY

CHILDHOOD MEMORY

No, tiada Ivan Ooze dalam filem ini. Sorry

 

Terbaringnya di atas katil sambil menaip review ini, saya meletakkan diri sebagai diri saya ketika berumur 7 tahun yang menggemari Power Rangers dan usia sekarang untuk membuat review ini. Teringat lagi satu kisah ketika dulu, Power Rangers ditayangkan di TV2 pada hari Sabtu sekitar pukul 6.00-7.00 petang. Dengan bertemakan ‘It’s Morphing Time ‘, ketika lagu tema Power Rangers keluar dan bila part Mighty Morphing Power Rangers , part Morphing  tu mesti di ehem ehem kan. Ingatkan ia membawa maksud buruk seperti dadah morphine, rupanya makudnya ialah ‘bertukar’. Ban menge-ban dari dulu lagi memang tak pernah habis-habis. Hiks.

Tiap kali waktu siang pada hari Sabtu, saya memang kena bawa watak tertib dan tak boleh buat perangai. Kalau termenggedik buat perangai waktu siang Sabtu tu, memang kena hukuman dikurung dalam bilik air yang gelap dan melepas episode untuk menonton Kimberly. Kalau nak tengok jugak, maka tangan akan disebat dengan getah paip sebagai lesson untuk tidak nakal. Ada hari berani memang sanggup kena sebat, resultnya happy dapat duduk depan tv tengok Power Rangers, tetapi air mata meleleh tahan pedih kena sebat. Berbaloi tak? Yeeeee berbaloiiii. Tapi kalau rasa taknak ada kesan calar kat tangan takut nanti future duit hantaran kena diskaun, maka setuju jelah untuk chill dalam bilik air gelap sampai estimation episod Power Rangers habis.



 

LE BACKGROUND

Lionsgate

 

Diterbit oleh Lionsgate dan Saban Capital Group, filem Power Rangers ini merupakan reboot  dari filem terdahulu dan diberi nafas baru tanpa menggunakan keseluruhan konsep Power Rangers lama. Dean Israelite yang popular dengan filem Project Almanac diberikan tanggungjawan sebagai pengarah filem ini.  Menurut Dean, Power Rangers yang diterajunya akan lebih fokus ke jalan cerita yang lebih matang, untuk kesesuaian penonton yang dewasa membesar dengan Power Rangers Series. Bare in mind, filem ini bukan lagi seperti Power Ranger yang dahulu. Ia lebih ganas dan penggunaan skrip yang lebih matang.

 



LE SINOPSIS

Lionsgate

 

Berlatarbelakangkan di Angel Grove pada masa kini, 5 remaja iaitu Jason Scott, Kimberly Hart, Billy Cranston, Trini Quintana dan Zack Taylor yang mempunyai personaliti tersendiri secara tidak sengaja bertemu dengan antara satu sama lain ketika terdengar satu bunyi letupan yang berpunca daripada Billy. Hasil dari letupan tersebut, mereka menemui power coins yang berwarna merah, merah jambu, biru, hitam dan kuning. Tanpa mereka sedar keesokan harinya, tenaga fizikal mereka berubah dan menjadi lebih kuat.

 

Lionsgate

 

Curiga dengan apa yang terjadi, Jason, Kimberly dan Billy kembali ke lombong dan bertemu dengan Zack dan Trini. Mereka mula menguji kebolehan masing-masing sehinggalah Billy terjatuh ketika cubaan melompat jauh dan menemui satu kawasan yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan power coins yang mereka temui. Untuk merungkai misteri tentang power coins, mereka mula meneroka kawasan tersebut dan memasuki ‘space ship‘ dan bertemu dengan Alpa 5. Ay yay yay yay yay.

 

Lionsgate

 

Alpha 5 menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai hati mulia dan berani sahaja yang akan menemui power coins tersebut.  Panik dengan apa yang berlaku, remaja-remaja tersebut cuba melarikan diri namun dihalang oleh Zordon.  Tanpa membuang masa, Zordon menerangkan bahawa mereka merupakan insan yang terpilih untuk menentang Rita Repulsa, ahli sihir yang dahagakan kuasa daripada menemui Zeo Crystal ; kristal yang sangat berkuasa, berada di bawah permukaan setiap planet .

 

Lionsgate

 

Lionsgate

 

MY2CENTS (EKSPEKTASI)

Growing up watching Power Rangers Series memang buatkan saya biased kepada Ranger Biru. Namun bila casts untuk filem reboot ini diumumkan (Dacre Montgomery sebagai Jason/Red Ranger ; Naomi Scott sebagai Kimberly Hart/Pink Ranger ;RJ Cyler sebagai Billy/Blue Ranger ; Becky G sebagai Trini/Yellow Ranger ; Ludi Lin sebagai Zack/Black Ranger) , buatkan saya hilang selera untuk menonton dan agak skeptikal tentang kualiti jalan cerita filem ini. Namun apabila disebut nama Elizabeth Banks bakal melakonkan watak Rita Repulsa dan Bryan Canston sebagai Zordon, level skeptikal saya menurun pada paras 50% dan cuba memberi sedikit ruang untuk tonton sendiri sama ada filem ini berjaya menarik perhatian saya atau sebaliknya.

Seperti saya katakan, review kali ini akan ditaip dari perspektif saya versi kanak-kanak dan bercampur sedikit dengan pemikiran logik dewasa kini. Tidak perlu terlalu serious dan saya hadir ke panggung dengan pemikiran neutral tanpa niat untuk membuat perbandingan dengan Power Rangers The Movie (1995). Pembukaan jalan cerita ini memang sedikit cliche yang menampilkan watak budak baik (student harapan sekolah dan parents) melakukan sesuatu yang salah dari segi undang-undang, berjaya ditangkap dan dimasukkan ke kelas permulihan.  Juga sedikit cliche seperti filem yang sedia ada di luar sana apabila watak yang dipegang merupakan watak-watak remaja rebel dan berubah menjadi superhero. Formula jalan cerita seperti itu terlalu sering diguna pakai, tetapi berjayakah filem ini menutup kekilafan tersebut? Bagi saya ye! My inner child terselah shine bright like a diamond sepanjang menonton filem ini.

Skrip bukanlah kekuatan filem ini tetapi tidak bermakna ia mengecewakan. Line yang lucu serta lakonan dan karakter yang dibawa oleh wajah-wajah segar ini berjaya menarik minat saya dan segala skeptikal yang saya ada sebelum ini telah dibuang jauh. Aksi kareografi yang boleh dikatakan awesome dan teknik cgi yang tidak mengecewakan berjaya mengangkat filem ini. Soundtrack yang bersesuain dengan jalan cerita juga bermain dengan emosi saya walaupun kebanyakan lagu yang diamainkan bukan lah lagu hit yang kita pernah dengar. Ada scene yang membuatkan saya tergamam dan hampir mengeluarkan man-tears, menjerit sorak dan tergelak terbahak.

Jadi, jika anda merupakan peminat Power Rangers pergi lah tonton filem ini. Jangan letak apa-apa ekspektasi dan perbandingan. Filem ini hampir keseluruhan diubah dan dibawa ke haluan baru. Just tonton dengan minda yang neutral dan keluarkan your inner child. Saya pasti, jika anda buat perkara tersebut anda pasti akan enjoy terok menonton filem ini. Dari segi rating? semestinya 4/5. Beri peluang kepada filem ini kerana ia merupakan keluaran yang pertama dan akan menyusul sambungan yang seterusnya.

 

Lionsgate

 

FAKTA MENARIK

  1. Bryan Canston yang popular dengan TV series Breaking Bad pernah menyumbangkan suara sebagai beberapa raksaksa di dalam Mighty Morphin Power Rangers series.
  2. Watak Blue Ranger iaitu Billy Canston dinamakan sempena nama Canston.
  3. Rindukan Rangers yang lama? Pay attention to each detail dalam filem ini kerana ada beberapa tribute disediakan dan cameo disertakan.
  4. Filem Power Rangers yang pertama diberi klasifikasi PG13, sesuai untuk penonton yang sudah meningkat dewasa.
  5. Bagi yang confused macam pernah tengok Rita Repulsa ni tapi dekat mana ek? Rita Repulsa yang dilakonkan oleh Elizabeth Banks pernah membawa watak di dalam filem Hunger Games saga, Pitch Perfect dan Spiderman.
  6. Filem ini berdurasi lebih dari 2 jam.
Please follow and like us:

 




Leave a Reply