RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

[MAKAN POPCORN] SPLIT

[MAKAN POPCORN] SPLIT

 

Pernah tak time happy gembira mood baik, tiba-tiba anda bertukar menjadi garang dan agresif? Atau anda seorang pemalu dan pendiam, tapi bila campak dalam bilik karaoke anda bertukar menjadi Beyonce? Ye, kalau jawapan anda ye kepada soalan-soalan di atas, anda bukanlah mereka yang bermasalah menghidapi Split Identity atau kecelaruan personaliti. Tetapi anda hanya lah lapar sebab tu jadi garang atau dan karaoke adalah minat anda.

Untuk review kali ini, saya bawakan movie yang hangat satu dunia hingga mengalahkan kutipan tikcet filem XXX : Return of Xander Cafe dan Resident Evil : The Final Chapter iaitu Split. Tidak related dengan banana split (ingat makanan la tu). Split merupakan filem bergenre psychological horror arahan M. Night Syamalan yang popular dengan arahan filem seperti Unbreakable, The Sixth Sense, The Village dan juga filem yang disumpah seranah oleh peminat kartun Nickelodeon iaitu Avatar The Last Airbender.



The Synopsis 

Dennis

Filem ini mengisahkan tentang  Kevin Wendell Crumb (James McAvoy) yang menghidapi penyakit kecelaruan identiti dan dipercayai mempunyai 23 identiti di dalam dirinya. Kevin telah dikawal oleh salah satu identitinya, Dennis, seorang yang serious dan mempunyai OCD (Obsessive Compulsive Disorder) menculik 3 gadis hot iaitu Claire (Haley Lu Richardson), Marcia (Jessica Sula) dan Casey (Anna Taylor-Joy) ketika mereka didalam kereta untuk pulang dari Birthday Party Claire.

Dari kiri : Casey, Claire dan Marcia

Mereka diculik dan dikurung didalam bilik bawah tanah. Sepanjang tempoh mereka diculik, Marcia dan Claire mengajak Casey untuk bersepakat menyerang Dennis (mereka tidak tahu mengenai owner body asal iaitu Kevin), namun Casey tidak bersetuju dan mencadangkan untuk cari masa yang sesuai. 3 gadis tersebut diperkenalkan dengan Patricia iaitu identiti Kevin yang lain. Lengkap berpakaian wanita, Patricia menyatakan bahawa Dennis dilarang untuk menyentuh mereka kerana mereka akan digunakan untuk tujuan lain.

Barry bertemu dengan Dr. Fletcher

Dr. Karen Fletcher (Betty Buckley), Psychiatry kepada Kevin menerima email daripada Barry, salah satu identiti Kevin yang meminati fesyen menggesa untuk berjumpa membincangkan sesuatu. Namun apabila mereka bertemu, Barry menafikan tentang niat untuk berbincang dan Dr. Fletcher mengesyaki bahawa Barry yang dijumpai bukanlah Barry, tetapi Dennis. Selepas Dennis meninggalkan facility, Dr. Fletcher masih menerima email dari Barry dan menyatakan ingin bertemu untuk membincangkan sesuatu yang penting . Bimbang tentang keadaan Kevin, Dr. Fletcher membuat keputusan untuk bertemu dengan Kevin dirumahnya.



Hedwig

Tanpa melepaskan peluang,ketiga-tiga gadis tersebut dikejutkan dengan kemunculan Hedwig, identiti Kevin yang berperwatakkan kanak-kanak berumur 9 tahun. Hedwig menerangkan bahawa mereka ditahan kerana akan ditemukan dengan identiti ke 24 iaitu The Beast. Selepas meninggalkan ketiga-tiga gadis itu, Claire temui jalan keluar melalui siling. Kerana masa yang suntuk, Claire berjaya keluar seorang diri dari bilik tersebut dan cuba melepaskan diri untuk mendapatkan bantuan. Namun rancangan tersebut gagal dan Claire berjaya ditangkap oleh Dennis dan dikurung di bilik berasingan dari Marcia dan Casey.

Casey

Kini Casey, Claire dan Marcia sudah tahu mengapa mereka diculik dan adakah personaliti ke 24 Kevin akan keluar? Berjayakah Dr. Fletcher menyelamatkan Kevin dari menzalimi diri atau orang lain? Haaaaaa hangpa semua kena la pi tengok  sendiri na.
My2Cents 

Sejujurnya apabila melihat trailer filem ini pada tahun lepas membuatkan saya tak sabat nak tengok. Namun bila dapat tahu filem ini merupakan arahan M. Night Syamalan membuatkan saya terfikir 2 3 kali. Namun sebabkan pelakon utama dia James McAvoy dan Anna Taylor-Joy maka kaki pon teros melangkah ke panggung wayang. Sejujurnya filem ini memang mencemaskan. Tanpa membaca review atau sinopsis mengenai filem ini, saya tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku scene after scene. Memang mengejutkan dan jalan cerita yang menarik. Filem ini akan membuatkan anda memahami tentang mereka yang menghidapi penyakit kecelaruan identiti dan penyakit tersebut dapat dikawal dengan rawatan yang bersesuaian.
Menyentuh bab lakonan, James McAvoy semestinya tidak mengecewakan! Lakonan mantap dan membuatkan anda simpati dengan nasib Kevin. Anda boleh lihat bagaimana hebatnya McAvoy membawa watak seorang yang mempunyai mental disability. Anna Taylor-Joy merupakan muka baru Hollywood dan lakonan dia juga sangat meyakinkan. Lagi-lagi ketika dikejar dan reaksi selepas flashback kisah silam. Bagi watak lain lakonan mereka juga bagus. Cuma untuk filem ini saya rasakan fokus hanya pada James McAvoy dan Anna Taylor-Joy.
Berbaloi tak beli tiket untuk tengok filem ini? Ye! Kerana saya boleh rasakan Split akan tercalon untuk best top 10 horror movies tahun ini. Ending dia sangat tidak disangkakan dan bagi yang mengikuti filem arahan M. Night Syamalan pasti akan terkejut dengan endingnya.
Acah-Acah Trivia 

  • James McAvoy popular dengan filem Narnia, Wanted dan melakonkan watak Professor X versi muda di dalam X-Men franchise
  • Anna Taylor-Joy juga membintangi sebagai human killer machine di dalam filem Morgan dan ahli sihir di dalam filem-yang-saya-pun-tak-tahu-kenapa-Hollywood-bagi-claimed-filem-terseram-padahal-gila-bosan-macam-Babadook iaitu The Witch.
  • Bagi mereka yang tak tahu rupa atau malas nak google rupa M. Night Syamalan, anda berpeluang mengenali dia kerana dia membuat cameo sebagai technician di Facility Dr. Fletcher.
  • Joaquin Phoenix merupakan pilihan utama untuk membawa watak Kevin, namun telah digantikan oleh James McAvoy.
  • Filem ini berbajet $9 juta dan telah menerima kutipan lebih dari $100 juta.
  • Kemungkinan besar filem ini akan mempunyai sequel dan akan mengaitkan dengan filem lama arahan M. Night Syamalan.
Please follow and like us:

 




Leave a Reply