RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

[MAKAN POPCORN] RESIDENT EVIL : THE FINAL CHAPTER

[MAKAN POPCORN] RESIDENT EVIL : THE FINAL CHAPTER
Sony Pictures Entertainment

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Bagi peminat filem bergenre seram/aksi iaitu Resident Evil pasti tak kan melepaskan peluang untuk tonton filem terbaru bagi saga Resident Evil iaitu The Final Chapter. Mungkin ada yang berasa bosan dengan last 2 movies dan muka rasa ragu-ragu nak pergi tengok atau pun tidak. Kalau pergi nanti burn pulak duit, kalau tak pergi terlepas pulak nak tengok kali terakhir kak Mila Jovovich beraksi menentang segala macam zombies. Tak yah risau, baca review ini dan buatlah keputusan sendiri selepas tu.

Sony Pictures Entertainment

Sinopsis 

Project Alice a.k.a Alice (Mila Jovovich) berada di Washington selepas rancangan bersama Albert Wesker (Shawn Roberts) gagal akibat dikhianati oleh Wesker di White House. Alice kini kembali dengan misi terakhir untuk menyelamatkan dunia dengan berpatah balik ke tempat punca semua kejadian ini berlaku, The Hive, Racoon City. Dengan maklumat yang diterima, Alice dimaklumkan terdapat satu sahaja anti virus bagi T-Virus dan anti-virus tersebut merupakan jenis anti-virus yang boleh tersebar melalui udara sama seperti T-Virus. Setiap makhluk yang dijangkiti dengan T-Virus dapat dibunuh melalui udara yang membawa anti-virus. Ini merupakan keputusan penting bagi Alice untuk memilih sama ada selamatkan nyawa sendiri atau manusia lain yang masih hidup.



Sony Pictures Entertainment

Alice turut dibantu oleh rakan-rakan baru serta lama setiba di Racoon City. Terdapat musuh di dalam selimut yang membuatkan Alice perlu berhati-hati sepanjang misi. Setiba di The Hive, terdapat pelbagai perangkap yang harus mereka tempuhi dan seorang demi seorang menjadi korban pada perangkap-perangkap tersebut. Antara perangkap-perangkap semua, untuk filem kali ini kita dikenalkan kembali dengan perangkap laser yang pasti membuatkan peminat-peminat filem ini keluh kesah kak esah. Berjayakah Alice menyelamatkan takdir manusia? Selamatkah Alice dan kumpulan sehingga hujung filem ini? Ada Wong Ada Ka Tak Da? ROLA  banyak scene ke tidak? Anda saksikanlah sendiri di pawagam! Hahaha.

Ok lanje satu gambar Rola.

Sony Pictures Entertainment

**FAKTA MENARIK**

– Red Queen lakonan Ever Gabo Anderson merupakan anak kepada Mila Jovovich.



– Pengarah filem ini Paul W.S. Anderson merupakan suami kepada Mila Jovovich dan bapa lepada Ever Gabo Anderson.

– Rola yang membawa watak Cobalt merupakan selebriti dan model popular di Jepun. Resident Evil : The Final Chapter merupakan debut bagi kerjaya Rola di Hollywood. Rola juga berdarah kacukan Bangladesh (di sebelah bapa) dan Rusia-Jepun (di sebelah ibu).

– 2nd hero bagi drama Korea popular My Girl, Lee Joon-Ki yang pernah digemari oleh remaja purba masa kini juga belakon di dalam filem ini sebagai Lee.

– Model/Pelakon yang pernah di body-shaming oleh Janna Nick iaitu Ruby Rose membawa watak Abigail.

– Sesi penggambaran mengambil masa 3 bulan dan hasilnya filem berdurasi selama hampir 2 jam.

– Sepanjang penggambaran, terdapat pelakon lagak ngeri yang cedera dan meninggal di set.

– Dimaklumkan bahawa filem ini merupakan filem terakhir bagi Resident Evil Saga.

 

Please follow and like us:

 




Leave a Reply