RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

18 FILEM YANG ‘DIHARAMKAN’ TAYANGAN DI MALAYSIA

18 FILEM YANG ‘DIHARAMKAN’ TAYANGAN DI MALAYSIA

Sejak dua tiga menjak ini Malaysia telah digemparkan dengan kontroversi filem yang diberi nafas live action iaitu Beauty and The Beast. Belum lagi ditayangkan, filem keluaran Walt Disney ini dilanda kontroversi dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Walt Disney sendiri. Kisahnya bermula apabila pihak LPF mengharamkan tayangan Beauty and The Beast kerana mempunyai watak gay di dalam filem tersebut. Kelonggaran diberikan dan filem itu dipersetujui oleh pihak LPF untuk ditayangkan di Malaysia di bawak klasifikasi PG13 (bagi kategori kanak-kanak bawah umur 13 tahun wajib ditemani oleh orang dewasa). Namun pihak Walt Disney menarik balik tayangan jika LPF berkeras untuk memotong babak yang ada di dalam filem tersebut. Kesimpulannya, rakyat Malaysia yang membesar dengan kisah dongeng berkemungkinan tidak dapat menatap wajah Emma Watson sebagai Belle di panggung wayang.

Bagi mereka yang tidak tahu, bukan filem Beauty and The Beast sahaja yang tidak dapat ditayangkan di Malaysia. Berikut merupakan 10 Filem yang Diharamkan Tayangan di Malaysia :




1) THE EXORCIST (1973)


Filem ini merupakan antara filem terseram yang berjaya tercalon di mana-mana senarai bagi kategori seram. Berkisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang dirasuk dan menjalani proses pengusiran syaitan.

Sebab diharamkan :  Sensitiviti agama dan terlalu seram.





2) JAWS (1975)


 

Filem klasik ini berkisahkan tentang Pulau Amity yang diserang oleh ikan jerung yang kehabisan rantai makanan di laut.

Sebab diharamkan : tidak diketahui kerana tidak masuk akal untuk mengharamkan filem ini.

 

 

3) PULP FICTION (1994)


Filem yang berkisahkan tentang scene pendek di antara pembunuh upahan,  seorang isteri kepada gangster dan  sepasang penyamun. Dibintangi oleh Uma Thurman dan John Travolta

Sebab diharamkan : terlalu banyak elemen yang tidak sesuai untuk budaya Timur.

 

 

4) BABE (1995)

Berkisahkan tentang seekor babi yang bernama Babe. Babe yang mempunyai kecelaruan identiti, dibesarkan oleh sekumpulan anjing pengembala kambing dan belajar untuk mengawal sekumpulan kambing.

Sebab diharamkan : Watak babi yang difahamkan tidak sesuai ditayangkan kerana babi kan harommmm

 

 

5) THE PRINCE OF EGYPT (1998)

Filem yang diterbitkan oleh Dreamworks Studio berkisahkan tentang pengembaraan Nabi Musa a.s.

Sebab diharamkan : sensitiviti agama

 

 

6) SAVING PRIVATE RYAN (1998)

 

Juga merupakan filem keluaran Dreamworks Studio yang berkisahkan perang-tembak menembak-ops selamat-perang.

Sebab diharamkan : tiada sebab yang jelas. Berkemungkinan judul filem tersebut hampir dengan maksud Shaving Ryan’s Private. Usah kecewa, anda boleh tonton filem ini sampai muntah pelangi di KIX HD (Astro)




7) BRIDE OF CHUCKY (1998)

 

Berkisahkan patung yang dirasuk semangat jahat bertemu dengan jodohnya #Soulmate

Sebab diharamkan : mempunyai scene yang berkemungkinan menyebabkan Barbie dan Ken akan berubah menjadi setan.

 

 

8) AUSTIN POWERS : THE SPY WHO SHAGGED ME (1999) 

Berkisahkan tentang Austin Powers. Anda tahu bagaimana karakter dan jalan cerita yang mempunyai watak Austin Powers kan? So tak perlu cerita lagi.

Sebab diharamkan : Lawak berbaur tidak sedap didengar oleh kanak-kanak dan warga tua.

 

 

9) AMERICAN BEAUTY (1999) 

Bukan berkisahkan tentang wanita cantik di Amerika tetapi mengisahkan seorang bapa yang berusaha gigih untuk kelihatan sado demi menarik perhatian rakan anaknya.

Sebab diharamkan : ketidaksesuaian jalan cerita yang boleh menjadi salah faham bagi budaya Timur.

 

 

10) ZOOLANDER (2001)

 

Berkisahkan tentang suka duka yang tidak seuai untuk ditonton oleh seisi keluarga (sinopsis gaya Astro)

Sebab diharamkan : komplot untuk menculik PM Malaysia. Hurmmm.

 

 

11) BRUCE ALMIGHTY (2003) 

 

Berkisahkan tentang Bruce yang kufur nikmat.

Sebab diharamkan : mempunyai babak yang dipercayai imej tuhan

 

 

12) DAREDEVIL (2003) 

 

Berkisahkan tentang zaman perkenalan antara Ben Affleck dan Jennifer Garner. Tipu la kalau anda tak tahu.

Sebab diharamkan : dipercayai mempunyai unsur iluminati dan pemujaan setan. Taklah, LPF gagal untuk memahami maksud daredevil iaitu berani mati. Adeh. Facepalm.

 

 

13) SIN CITY (2005)

 

Berkisahkan tentang  kompilasi cerpen yang tiada di silibus persekolahan.

Sebab diharamkan : Jessica Alba yang too hot to handle oleh pawagam Malaysia dan mempunyai babak yang tidak sesuai untuk tontonan ketika anda mengunyah maggi.

 

 

14) BROKEBACK MOUNTAIN (2005) 

Berkisahkan tentang  sepasangan kawan baik berkhemah di pergunungan.

Sebab diharamkan : sepasangan kawan itu jatuh cinta dengan antara satu sama lain

 

 

15) EVIL DEAD (2013) 

Berkisahkan tentang seorang yang bebal tidak reti membaca amaran dari sebuah novel seram. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Sebab diharamkan : seram yang terlampau dan ranting kayu yang miang.

 

16) THE GIRL WITH DRAGON TATTOO (2011) 

Mengisahkan tentang seorang perempuan yang mempunyai tatu naga.

Sebab diharamkan : Babah kain tak cukup memenuhi filem ini.

 

 

17) NOAH (2014) 

 

Mengisahkan tentang hikayat Nabi Nuh dan ikan paus.

Sebab diharamkan : sensitiviti agama

 

 

18 ) 50 SHADES OF GREY  (2015) 

 

Mengisahkan tentang kisah Twilight versi ‘dewasa’.

Sebab diharamkan : unsur tidak senonoh sebanyak 80% di dalam filem ini

Please follow and like us:

 




2 thoughts on “18 FILEM YANG ‘DIHARAMKAN’ TAYANGAN DI MALAYSIA”

Leave a Reply