RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

VCR : CAFE HIPSTERUDDIN DAN INSTAGRAM WORTHY

VCR : CAFE HIPSTERUDDIN DAN INSTAGRAM WORTHY

During weekend time spend masa dengan family kat MyTown dan Ikea Cheras, mak bertanya nak terus balik ke? Tak nak kopi-kopi dulu ke? Tak sangka mak pun dah macam kami yang muda-mudi, tak mahu pulang awal dan wajib mengopi sebelum balik rumah. Time mak nak kopi-kopi time tu la benak pula otak tak tahu cafe mana nak pergi. Google punya google terjumpa cafe nearby iaitu VCR. Sementatra tunggu mak and adik-adik habis solat kita pun mula kaji pasal VCR ni. Rata-rata yang pernah visit cakap VCR ialah tempat yang  cool untuk chill dan instagram worthy. Maksudnya VCR ialah cafe yang menyediakan makanan dan hiasan dalaman yang berbaloi untuk di upload ke Instagram. So sebabkan nearby dan hujan mula lebat, kami tiada choice lain dan teruskan perjalanan ke VCR. Takut jugak kalau mak tak suka, sebab mak kita taste dia kemain tinggi. Pergi cafe order espresso double shot tau. Hahahaha.

Setibanya di VCR, hujan belum reda so kami terus berlari dari kereta dan disambut mesra oleh kucing yang setia duduk di sebelah signboard VCR. Tak berganjak langsung.

VCR Cafe, KL

Dah puas belai meow dua ekor kat luar, kami pun masuk dan mula menggigil sebab baju basah bercampur pula dengan aircond di dalam. Seat penuh dan mengharapkan kat bahagian ada la seat yang boleh cover 5 orang. Alhamdulillah dapat seat ngam untuk 5 orang.



VCR Cafe, KL

 

VCR Cafe, KL

 

VCR Cafe, KL

 

VCR Cafe, KL

 



VCR Cafe, KL

Hiasan dalaman dia memang cool. Kalau tak hujan and cuaca elok, lighting untuk snap gambar masuk IG mesti cantik-cantik belaka.

 

LE FOOD

Le Food and Beverages at VCR Cafe, KL

1) GRANOLA

Granola VCR Cafe, KL

Yang ni my personal favourite! Granola yang crunchy dan saya dipahamkan bahawa granola ini ialah home made. Rasa masam greek yoghurt dan kiwi diseimbangkan pula dengan manis buah-buah lain beserta granola tersebut. Didatangkan dengan Oolong Peach infused milk, anda boleh makan begitu sahaja atau bersama susu seperti cereal. Yang pasti Granola ini tidak mengecewakan.

2) SOFT SHELL CRAB

Soft Shell Crab VCR Cafe, KL

Kalau tak lembut bukanlan Soft Shell Crab namanya. Sedap atau tak? Of course sedap! Didatangkan dengan telur goreng yang ditabur dengan furikake (campuran seaweed, bijan dan ikan kering) yang menjadikan burger ini unik. Must try? Of course!

3) VCR HOUSE SALAD

VCR House Salad VCR Cafe, KL

Inginkan sesuatu yang light-light untuk acah-acah diet? VCR House Salad sesuai untuk anda. Bukan seperti salad rasa kosong yang membuatkan anda terpaksa menelan dengan penuh seksa, salad ini menggunakan keunikan misso dan poached egg sebagai dressing. Setiap suapan tidak akan mengundang rasa bersalah. Sayur yang terasa segar di ‘sprinkle’ pula dengan furikake membuatkan anda ingin teriak Oyishi!

4) AVOCADO TOAST

Avocado Toast VCR Cafe, KL

Mak kita bukanlah seorang yang mudah untuk di impress dari segi makanan, tetapi mak kita amat menyukai hidangan ini. Avocado yang disapu mewah di atas toast, ditemani dengan telur goreng yang membuatkan gabungan ini berjaya dan lazat.

5) THE KING

The King VCR Cafe, KL

Jika anda datang ke VCR, tidak sah kalau anda tidak akan memesan hidangan pencuci mulut ini. Kek ini merupakan antara killer product yang berada di VCR. The King merupakan kek yang berperisa pisang dan peanut butter. Siapa sangka pisang dan peanut butter serasi sehati berdansa! Bahayanya kek ini ialah ia membuatkan anda untuk sukar berhenti mengunyah. Kemungkinan untuk memesan potongan kedua sangat tinggi.

 

LE BEVERAGES

1) CAPPUCCINO

Cappuccino VCR Cafe, KL

Sebagai peminat coffee, saya boleh rasakan VCR sangat berdedikasi untuk menyediakan coffee yang terbaik kepada pelanggan mereka. Panas, rasa yang lembut, semestinya membuatkan saya rasa selesa dari mengigil kesejukan kerana basah terkena hujan. Isn’t it perfect? To have a cup of coffee sambil memerhati hujan di luar. Ahhhh. Perfect!

2) HOT CHOCOLATE

Hot CHocolate VCR Cafe, KL

Selain cappuccino yang memberikan keselesaan, Hot Chocolate ini pun tidak kurangnya. Rasa Hot Chocolate ini sangat berbeza dengan rata-rata hot chocolate yang saya pernah rasa sebelum ini. Semestinya setiap hirupan memberi keenakan manis, sedikit pahit dan rasa lemak.

 

Kunjungan saya bersama keluarga sememangnya tidak mengecewakan. Kami amat berpuas hati dari kualiti makanan dan layanan yang diberi. Apa yang pasti, rata-rata menu yang dihidangkan lebih menjurus ke arah healthy food. Kebiasaannya kita akan menganggap makanan yang menyihatkan tidak sedap, tetapi hidangan yang kami cuba di VCR ternyata menyangkal tanggapan kami. Sudah la sedap, healthy pula. Semestinya setiap suapan tidak diiringi dengan perasaan was-was.

 

VCR

Facebook    :    https://www.facebook.com/vcr.my

Instagram  :    vcrlovesyou

Telephone  :   03-2110 2330

Address      :   2, Jalan Galloway, Kuala Lumpur

Operation Hours : 8.30am – 11.00pm Daily

Please follow and like us:

 




Leave a Reply