RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

RESTAURAN SAMBAL HIJAU : LUBUK MAKAN MALAM TERBARU IN TOWN (EDISI KECUR AIR LIUR)

RESTAURAN SAMBAL HIJAU : LUBUK MAKAN MALAM TERBARU IN TOWN (EDISI KECUR AIR LIUR)
Seringkali terimpikan bubur, tapi bila cuba masak sendiri hangus periuk sebab tidak mahir menyukat air, beras dan bermain api? Seringkali terimpikan pelbagai lauk, nak pergi pasar malas, siang ikan tidak reti, apa entah lagi nak memasak lauk grand-grand?  Ya, itulah 1001 masalah yang kita hadapi, lagi-lagi bagi mereka yang sering sibuk atau pun memang habitat pemalas (macam saya). Tapi, hampir semua masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Review kali ini saya ingin menceritakan tentang lubuk makan malam terbaru! Lauk segar yang panas-panas? Ada! Tak selera nak makan heavy, teringin bubur beserta macam-macam lauk? Ada! Memalam selera nak makan dessert? Pun ada! Restauran Sambal Hijau pasti menepati cita rasa anda. Terletak di Sungai Penchala, kini anda tidak perlu drive jejauh dan menanggung azab mencari parking  yang payah contohnya seperti di Kampung Baru.

LE FOOD

Awas! Scroll ke bawah jika anda berani untuk menyeksa nafsu makan anda. Segala kejadian kecur air liur adalah tanggungjawab sendiri. ;p

 

1) BUBUR NASI

Set Bubur Nasi, Restoran Sambal Hijau

Untuk mereka yang menyukai sesuatu yang ringan seperti bubur nasi, set ini sangat sesuai untuk anda kerana ianya ringkas dan lengkap dengan 6 jenis lauk. Didatangkan dengan lauk-pauk seperti Kangkung Tochu, Daging Ayam Cincang masak Pakapao, Kerabu Sotong, Jeruk Lobak, Telor Masin dan Ikan Bilis Mata Biru. The best part is, hidangan ini boleh dikongsi berdua kerana portion yang banyak. One of the best comfort food I ever had. Setiap suapan mengingatkan saya akan perasaan selesa ketika menjamah bubur nasi yang dimasak oleh ibu saya. Rasanya mesra dan setiap kombinasi lauknya cukup sempurna. Ya, hidangan ini berjaya membuatkan saya mengimbau perasaan mesra dan selesa pada zaman kanak-kanak ketika dijaga oleh ibu setiap kali saya terkena demam.



2) KERAPU MASAK PEDAS HIJAU

Kerapu Masak Pedas Hijau, Restoran Sambal Hijau

Haaaa! Pedas bukan sebarang pedas, pedas ini sehebat nama Sambal Hijau. Sesuai untuk dimakan 3-4 orang, hidangan ini pasti menguji tunas rasa anda. Rasa isi ikan yang wangi kerana dimasak sempurna beserta kuah yang sedikit pedas, sememangnya worth a try.

3) BAWAL EMAS MASAK STEAM

Bawal Emas Steam, Restoran Sambal Hijau

Untuk mereka yang acah-acah diet (macam saya) dan mahukan sesuatu yang menyihatkan, Bawal Emas Steam sangat sesuai untuk jadikan juadah makan malam anda. Secara peribadi, saya amat menggemarkan masakan ini kerana isi ikan yang terasa segar dan wangi. Ia pasti membuatkan anda terlupa nasi dan terus ratah begitu saja.

4) JENAHAK MASAK 3 RASA

Jenahak Masak 3 Rasa, Restoran Sambal Hijau

Setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri, ada yang gemarkan yang pedas manis dan ada yang gemarkan masakan yang mempunyai rasa masam, manis dan masin. Jenahak Masak 3 Rasa mewakili rasa teragung 3 rasa ; masam, manis dan masin. Setiap rasa itu melengkapi hidangan ini, ikan yang digoreng sempurna serta isi yang terasa wangi, amat sesuai dimakan panas-panas. Terkecur air liur saya dengan hanya mengingat kembali akan rasa hidangan ini.

4) JENAHAK BAKAR

Jenahak Bakar, Restoran Sambal Hijau

Sebagai penggemar ikan bakar, saya sering menghadapi isu paste perapan ikan. Ada yang hanya sapukan sedikit sahaja pada ikan, ada yang terasa pahit dan ada yang rasa campuran aneh. Tetapi Jenahak bakar ini tidak! Paste perapan yang disapu mewah pada ikan, diperah pula limau di atas ikan yang segar panas dibakar , sumpah tak tipu ia pasti mebuatkan sesiapa pun akan kecur air liur. Saya dipahamkam oleh pemilik Restoran Sambal Hijau bahawa hidangan ini merupakan hidangan terbaru yang dikeluarkan oleh Restoran Sambal Hijau. Tidak mustahil jika hidangan ini bakal menjadi killer product di Restoran Sambal Hijau.



5) AYAM PEDAS HIJAU

Ayam Pedas Hijau, Restoran Sambal Hijau

Memang simbolik dengan nama Restoran Sambal Hijau, hidangan ini merupakan sesuatu yang unik dan saya tidak pernah cuba sebelum ini. Kepak ayam yang digoreng sempurna, pedas-pedas yang akan membuatkan anda melekat pada kerusi dan tidak akan hiraukan keadaan sekeliling walau ribut taufan datang melanda.

6) DAGING HALIA (GINGER SHALLOT BEEF)

Ginger Shallot Beef, Restoran Sambal Hijau

Saya menyeru kepada semua penggemar daging, datanglah ke Restoran Sambal Hijau dan pesanlah Ginger Shallot Beef. Mengapa? Well, mari saya jelaskan mengapa. Daging ini diketuk sempurna dengan menggunakan hammer Thor (metafora) untuk membuatkan teksturnya empuk, digoreng dengan hirisan nipis halia dan bawang kecil di dalam minyak dan menghasilkan aroma yang indah dan bunyi sizzling yang membuatkan perut anda turut serta berkeroncong. Indah. Sememangnya indah.

7) TELUR PAKAPAO

Telur Pakapao, Restoran Sambal Hijau

Uihhhh. siapa yang tak minat telur mata kerbau kan? Diletak pula isi ayam pakapao on top of it. Nikmat yang berganda! Setiap hero (lauk utama) pasti memerlukan side kick (lauk sampingan), maka masakan ini sangat sesuai dipadankan dengan setiap lauk utama yang anda pesan. Kombinasi sempurna seperti Batman dan Robin.

8) TOM YAM SPECIAL, RESTORAN SAMBAL HIJAU

Tom Yam Special, Restoran Sambal Hijau

Tom Yam Special ini ternyata istimewa. Dari segi rupa sahaja ia pasti berjaya menarik perhatian bagi mereka yang menggemari Tom Yam. Keistimewaan hidangan ini adalah, ia dimasak dengan air kelapa dan isi kelapa! Maka terhasil lah kuah yang terasa lemak dan wangi. Setiap hirupan membutkan anda ketagih untuk menghirup lagi. Rasa masam yang kaw dan ditemani dengan rasa pedas-pedas, pasti akan membuatkan anda menjerit AROYYYY MAKKKK (sedap). Tom Yam ini juga kaya dengan lauk campur seperti daging, ayam, sotong dan udang. Sesuai untuk dikongsi bersama (itu pun jika anda rela berkongsi).

9) KHAILAN 2 CARA

Khailan 2 Cara, Restoran Sambal Hijau

Juadah makan malam anda tidak akan sempurna tanpa masakan khailan dan khailan ini bukanlah seperti khailan yang biasa kita pesan di mana-mana restoran atau pun warung. Seistimewa namanya, hidangan ini juga unik dengan cara tersendiri. Terbahagi kepada 2 cara masakan iaitu daun yang dihiris halus dan digoreng rangup beserta batang yang dimasak lembut. Sesuai juga dimakan dengan 2 cara iaitu sama ada dimakan dengan nasi atau pun ratah begitu sahaja seperti snack.

10) KERABU MANGGA

Kerabu Mangga, Restoran Sambal Hijau

Rangup, pedas, masam dan manis. Lambang rasa yang mewakili hidangan ini. Setiap kunyahan yang tergigit dengan cili potong, pasti membuatkan anda rasa seperti memenangi loteri. Letusan pedas itu diiringi pula dengan kerangupan rasa mangga yang tidak terlampau masam membuatkan hidangan ini wajib dipesan untuk next visit saya.

 

LE BEVERAGES

 

Tembikai Laici, Kedondong Aiskrim, Coconut Shake, Bandung Cincau Soda, Carrot Susu dan Lai Chee Kang, Restoran Sambal Hijau

 

Kalau makanan nak mewah, air pun mestilah setaraf dengan kemewahan makanan yang dipesan. Kedondong Aiskrim, Coconut Shake, Bandung Cincau Soda dan Lai Chee Kang merupakan air yang wajib dipesan for my next visit. Mengapa? Ok ni yang nak terangkan.

1) KEDONDONG AISKRIM

Dekat restauran mana yang ada sediakan air kedondong? Susah untuk kita jumpa kan? Tetapi air ini boleh dijumpai di Restoran Sambal Hijau. Saya memang menggemari kedondong dan air Kedondong Aiskrim ini tidak mengecewakan saya. Rasa yang segar, dicampur pula dengan aiskrim vanila, membuatkan ia sesuatu yang baru,segar dan anda wajib dicuba.

2) COCONUT SHAKE

Mungkin ada sesetengah anda akan bersangka ‘alah kat mana-mana pun boleh dapat coconut shake’. Ya, memang di mana-mana pun ada, tetapi coconut shake yang disediakan di Restoran Sambal Hijau ini berbeza dengan yang ada diluar sana. Apa yang pasti, minuman ini memang kaya dengan rasa lemak, wangi dan manis kelapa. Tidak seperti sesetengah yang dijual di luar sana, kedekut untuk memberi extra air kelapa, hanya banyak memasukkan air batu dan membuatkan ia rasa hambar dan cair.

3) BANDUNG CINCAU SOYA

Bukanlah seperti bandung biasa. Diserikan dengan aiskrim soda membuatkan bandung ini extra sedap untuk membasahi tekak anda. Setiap sedutan pasti diringi dengan letusan soda dan kunyahan cincau yang turut disediakan di dalam minuman ini.

4) LAI CHEE KANG

Just nice dan mewah, 2 kelebihan yang saya temui di dalam minuman ini. Rasa manis yang balance  ternyata menepati dengan rasa just nice, tiada yang terkurang mahu pun terlebih. Dari segi isi pula ia memang berjaya menarik perhatian saya. Isinya mewah dan anda akan merasakan minuman ini merupakan lubuk emas kerana depunuhi dengan laici.

 

LE DESSERTS

 

Tidak lengkaplah ritual makan-makan kalau tanpa dessert. Di Restoran Sambal Hijau, pelbagai homemade desserts disediakan. Rambang mata, ia membuatkan anda nak yang itu ini, yang disana dan disini.

Caramel Puding bersama Aiskrim Vanila, Tapai Pulut bersama Aiskrim Vanila dan Teh Botol, Restoran Sambal Hijau

1) CARAMEL DAN AISKRIM VANILA

Saya memang penggemar caramel pudding dan hidangan ini ternyata tidak mengecewakan saya. Pahit dan manis gula terasa serasi bersama. Ditambah pula dengan aiskrim vanila dan dimandikan dengan sos coklat, tidak kisahlah jika saya dapat kaviti kerana hidangan ini.

2) TAPAI PULUT DAN AISKRIM VANILA

Saya tidak rasakan generasi urban atau yang sebaya dengan saya biasa dengan hidangan ini. Tetapi bagi penggemar makanan kampung dan moden, memang hidangan ini sangat susah ditemui di kawasan bandar. Bagi yang belum pernah mencuba, saya sarankan agar anda pesan hidangan ini. ‘Saya tak makan tapai’, no itu bukan alasan. Bila anda campurkan tapai pulut bersama aiskrim vanila, anda boleh rasakan kombinasi yang indah kerana rasa masam tapai dan manis aiskrim vanila itu melengkapi antara satu dan yang lain. Saya amat berterima kasih kepada Restoran Sambal Hijau kerana menyediakan dessert exotic ini.

3) TEH BOTOL

Didatangkan dari Indonesia, air ini merupakan air ikonik kerana rasanya yang berbeza dengan teh di Malaysia. Bagi yang belum mencuba, rasanya wangi dan tidak terlalu manis. Kerana rasa inilah membuatkan saya salah seorang penggemar air Teh Botol.

4) COCONUT ICE CREAM

Coconut Ice Cream, Restoran Sambal Hijau

Saya benci. Memang perasaan benci sedang membuak-buak. Bukan kerana benci akan hidangan ini, tetapi benci kerana saya teringat akan kelazatan aiskrim ini dan hakikat sambil menaip review aiskrim ini membuatkan jiwa dan selera saya terseksa. SUMPAH SEDAP! Itu yang saya boleh katakan. Rasanya yang lemak dan manis, saya boleh habiskan bermangkuk-mangkuk tanpa peduli akan berat saya jika bertambah. SUMPAH SEDAP! Tanjat deria rasa saya.

5) DURIAN CREPE

Durian Crepe by Ezan, Restotan Sambal Hijau

Tak sempat nak ambil gambar, saya sudah gigit separuh. Memang ini merupakan Durian Crepe terbaik yang pernah saya rasa. Tidak kedekut dengan isi durian beserta kulit crepe yang lembut, hidangan ini antara dessert yang wajib saya makan setiap kali berkunjung ke Restoran Sambal Hijau

6)MELTY HERSHEY

Melty Hershey by Ezan, Restoran Sambal Hijau

Didedikasi khusus kepada penggemar coklat, semangkuk Melty Hershey memang tidak mencukupi. Rasa yang tidak terlampau manis dan setiap suapan Melty Hershey pasti akan cair didalam mulut anda. Bukan sahaja kanak-kanak, remaja antik juga pasti menggemari dessert ini.

~~~

Keseluruhannya, Restoran Sambal Hijau tidak mengecewakan dalam menyediakan hidangan yang unik tersendiri pada belah malam. Kita sedia maklum bahawa Restoran Sambal Hijau popular dengan hidangan lauk campur masakan ala kampung pada siang hari, tetapi kini anda disarankan untuk mengunjungi Restoran Sambal Hijau di belah malam juga. Pelbagai masakan panas disediakan dan tidak hairanlah kebanyakan pengunjung-pengunjung yang hadir ada diantaranya merupakan artis dan vip. Restoran Sambal Hijau berjaya mengikat selera mereka dan pengunjung yang lain kerana hidangan yang segar, panas-panas dan sedap. Konsistensi dalam kualiti dan kuantiti hidangan yang dihasilkan sentiasa berada di tahap terbaik. Tidak hairanlah jika Restroran Sambal Hijau sering dipenuhi dengan pengunjung.

 

 

 

RESTORAN SAMBAL HIJAU

Lot 2990 Kg. Sg. Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

03 – 7731 2045

Instagram : restoransambalhijau

Facebook : Restoran Sambal Hijau 

Website : www.sambalhijau.my

Waktu Operasi : 7.00am – 2.00am (Masakan Panas Bermula pada 5.00PM)

                                  Isnin-Ahad (kecuali cuti Raya Aidilfitri dan Aidiladha)

Please follow and like us:

 




2 thoughts on “RESTAURAN SAMBAL HIJAU : LUBUK MAKAN MALAM TERBARU IN TOWN (EDISI KECUR AIR LIUR)”

Leave a Reply