RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

[MAKAN-MAKAN] THE GARAGE KL (TGKL)

[MAKAN-MAKAN] THE GARAGE KL (TGKL)

Pernah dengar tentang The Garage KL? Rasa rata-rata mesti pernah dengar tapi tak pernah stop by kan? Maybe antara yang tak pernah datang akan terfikir mahal ke kedai tu? makanan apa je yang mereka sediakan? parking ada ke tak?  Well ini lah fungsi kami untuk menyampaikan jawapan bagi setiap persoalan yang terbuku di dalam pemikiran anda.

The Garage KL
The Garage KL

Deco-Deco Dalaman :

Star Wars Comic, The Garage KL
The Garage KL
The Garage KL

Terletak berhampiran dengan lebuhraya MRR2, amat mudah untuk Cafe ini dijumpai, cuma anda perlu beri perhatian lebih terhadap lorong yang perlu dilalui. Pelahankan kenderaan jika anda berada dalam lingkungan 1KM dari The Garage KL. Dengan bertemakan filem Star Wars, ia pasti dapat menarik minat pengunjung khusushnya bagi peminat filem tersebut. Terdapat mini galeri dan petikan quote bergambar dari filem tersebut yang dilukis di permukaan cabin. Suasana santai dan selesa merupakan antara ciri-ciri yang dapat menarik minat orang ramai khususnya remaja untuk lepak di TGKL.



The NomNoms and Beverages :

Oven Baked Chicken, The Garage KL

Bagi peminat masakan western terutamanya yang dah jemu dengan chicken chop, Oven Backed Chicken is what to die for. Portion yang besar boleh dikongsi 2 orang.  Black pepper sauce dengan twist tersendiri memang menambahkan keunikan hidangan ini. Dihidangakn juga bersama mix vege dan wedges. Ayamnya juga terasa dengan bahan perapan dan  boleh katakan jika anda peminat masakan western khususnya ayam, anda patut cuba menu ini!

Gaffe Chicken Chop, The Garage KL

Ok bagi peminat chicken chop, Gaffe Chicken Chop bukan lah seperti chicken chop yang biada anda pernah rasa. Ayamnya di grill dan personally saya lebih prefer chicken chop yang grilled dari deep fried (ayam yang disalut tepung dan breadcrumbs). Sos nya berbeza sedikit kerana anda boleh rasa kick pedas black pepper dengan setiap suapan. Dihidangkan juga dengan mix vege dan wedges.

Grilled Salmon Fillet, The Garage KL

Calling out all salmon fans, amatlah tidak rugi jika anda mencuba Grilled Salmon Fillet ini. Pada pendapat saya, salmon ini sama seperti masakan salmon yang lain, cuma yang menjadikan ia unik dan menarik ialah sos minty yang sangat unik. Rata-rata masakan salmon amat sinonim dengan sos teriyaki, tetapi sos minty yang dihidangkan dengan salmon is a perfect combo.



Soft Shell Crab Sandwich , The Garage KL

Selalu nya sandwich amat sinonim dengan daging, ayam atau pun turki. Tetapi The Garage KL telah berjaya pulled out idea untuk menghasilkan Soft Shell Crab Sandwich yang memang sedap. Jangan tertipu dengan size didalam gambar ini kerana jika anda berjaya habiskan sandwich ini anda confirm akan kenyang gila.

Rib Eye with Butter, The Garage KL

Last but not least, my personal favorite dish at The Garage KL. Rib Eye with butter! Yasss! Saya memang peminat steak dan steak ini antara yang terbaik pernah saya rasa. Percayalah, saya pernah makan steak di restoran-restoran yang ada di antaranya berharga beratus namun tidak dapat menandingi steak ini. Juicy? Checked! Tender? Checked! Seasoning? Perfect! Rasa yang sangat perfect sehingga anda tidak perlukan pon sos tambahan. Definitely gonna repeat this.

Sloppy Trooper, The Garage KL
Sloppy Trooper, The Garage KL

Pernah tak anda rasa bersalah bila lakukan sesuatu perkara tapi anda tidak ambil peduli dan teruskan buat lagi? Macam tu la rasa setiap sedutan Sloppy Trooper ini. Anda tau ianya fattening, tapi setiap sedutan memberi nikmat peanut butter dan chocolate membuatkan anda berkata no! Ini merupakan hak asasi setiap orang dan pedulikan diet. Haha. Topping dihiasi dengan gummy worms dan biskut berbentuk bear yang sangat comel.

Dequeen-A Poppy, The Garage KL
Dequeen-A Poppy, The Garage KL

Ini! Minuman ini pasti akan membawa anda kembali kezaman ketika anda berumur 8 tahun. Kenapa? Rasa strawberry yang digemari oleh your inner child dan topping ditabur gula-gula yang meletus didalam mulut anda. Menarik 🙂

Overall 

  • Tempat selesa untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan
  • Persembahan live band yang merupakan tarikan extra yang pasti membuatkan kaki anda turut hentak mengikut irama
  • Tidak perlu risau tentang harga, kualiti makanan dan harga amat setimpal. Anggaran harga antara RM20 – RM40 (tidak termasuk cukai)

 

THE GARAGE KL 

841, Jalan Hulu Kelang, Hillview, Ampang 68000, Selangor

019-380 5277

Facebook : The Garage KL

Instagram : thegaragekl

Please follow and like us:

 




Leave a Reply