RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

[MAKAN-MAKAN] RESTORAN SAMBAL HIJAU, SUNGAI PENCHALA

[MAKAN-MAKAN] RESTORAN SAMBAL HIJAU, SUNGAI PENCHALA

Sejak hidup di zaman acah-acah hipster, acah-acah diet ni, susah benar nak jumpa masakan authentic Melayu. Kalau jumpa pun kebanyakan masak ala kadar, rasa cukup-cukup makan, makanan dihidang tidak bersih dan harga tak berbaloi. Sebab dah jemu sangat selera acah-acah hipster, so teringat kawan mak kita ada run an authentic Malay cuisines restaurant named Restoran Sambal Hijau. Some of my friends pun cakap restoran ni sedap. So sementara time cuti-cuti ni I decided to go there and try it myself. Besides, kita memang penggemar masakan kampung nih.

Pengunjung di Restoran Sambal Hijau

Terletak di Sungai Penchala, Restoran Sambal Hijau menggunakan rekaan rumah kampung yang sesuai dengan tema makanan yang disediakan. As I arrived, nak cari parking memang tiada masalah sebab park space yang luas. Sampai lebih kurang sebelum tengahari dengan harapan boleh dapat meja (ingat dah awal habis). I was informed, nak dapat seat memang kena tunggu sebentar kerana restoran ini memang sentiada dipenuhi dengan pengunjung. So claim tu legit. Jadi mata pun melilau tengok mana seat yang available. Tak sampai 5 minit dapat. Yes!

The Lauk Pauks 



Lauk Pauk di Restoran Sambal Hijau
Pelbagai Ikan Bakar di Restoran Sambal Hijau
Masak Tempoyak Ikan Patin
Sup Ayam,Daging,Tulang di Restoran Sambal Hijau

Bagi kaki makan, ini pasti syurga kepada anda! Pelbagai jenis lauk-pauk seperti sup, masak lemak,masak tempoyak, asam pedas, kari, kurma mahupun yang panggang disediakan Ulam ulaman juga tersedia segar. Ternyata anda akan katakan tidak kepada diet. Diet what? Haha.

Masak Tempoyak Ikan Patin, Ikan Keli Bakar, Masak Lemak Cendawan Kukur, Kerabu Mangga, Coconut Shake

Jadi pilihan saya untuk selera yang besar ini merupakan Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Keli Bakar, Masak Lemak Cendawan Kukur bersama Telur Ayam, Kerabu Mangga beserta ulam-ulaman dan air Coconut Shake. Berbaloi sangat skipped sarapan demi lauk pauk ini.

Ikan Keli Bakar dibakar dengan sempurna, tiada bahagian pun yang tidak masak. Ada sesetengah kedai menyediakan ikan keli bakar yang tidak segar, tidak masak sempurna atau pun terlebih bakar (hangus sesidikit). Tapi ikan keli bakar ini tidak mengecewakan saya. Dicicah pula dengan sambal belacan, kuah kicap dan kuah asam. Personally saya amat gemar dengan kuah asam dan kuah kicap tersebut. Kombinasi yang sempurna jika anda makan dengan ikan keli bakar.

Masak Tempoyak Ikan Patin adalah kegemaran saya! Bila melangkah masuk ke Restoran Sambal Hijau, periuk yang berisi Masak Tempoyak Ikan Patin ni menjadi aim utama saya. Dapat je seat teros capai pinggan berisi nasi penuh dan order semangkuk ikan patin bahagian isi. Isi yang lembut, bau tempoyak yang sayup-sayup, dihidangkan panas dan masih segar dari periuk memang berjaya membuatkan air liur saya meleleh. A must try bila datang lagi.



Masak Lemak Cendawan Kukur bersama Telur Ayam bukan lah sesuatu yang asing bagi peminat masakan kampung. Rasa generasi yang acah-acah hipster mesti tidak pernah dengar atau kenal cendwan ini. Sekarang bukan mudah untuk dapatkan masakan cendawan kukur dan saya pun tidak sangka ada dijual di Restoran Sambal Hijau. Setiap kunyahan mengimbau kembali zaman makan masakan nenek. Rindu perasaan itu dan saya percaya, ada sesetengah makanan memang boleh membuat kita terkenang kenangan silam. Oh, rasanya? Of course la sedap!

Kerabu Mangga juga agak sukar untuk didapati, mungkin senang jika anda ke kedai masakan siam, tapi tidak semua yang sediakannya. Rasa yang tidak terlalu masam dan pedas manja-manja memang mengaktifkan lagi kecur air liur dengan setiap suapan.

Coconut Shake dipilih kerana ianya merupakan signature baru di Restoran Sambal Hijau. Menariknya air tersebut disertakan dengan aiskrim coklat, tidak seperti didalam gambar yang dihidangkan dengan aiskrim vanila. Saya tidak komplen atau kritik tentang aiskrim yang diberi berlainan kerana saya memang penggemar aiskrim coklat. Yummeh!

Durian Crepe dan Melty Hershey by Ezan, Restoran Sambal Hijau
Melty Hershey by Ezan , Restoran Sambal Hijau

Melty Hershey adalah sejenis dessert coklat yang bukan teksturnya seperti cake, rasa coklat nye memberikan deria rasa anda orgasm dan setiap suapan cair di dalam mulut. Memang meletz!

Durian Crepe by Ezan, Restoran Sambal Hijau

Durian Crepes by Ezan ini memanglah tersangat sedapnya. Rasa durian yang mesra dengan cream yang fluffy membuatkan setiap suapan akan lead pada suapan seterusnya. Anda tidak boleh berhenti!

Range harga untuk seorang di antara RM10-RM30 (bergantung pada jenis lauk pauk dan air yang anda pesan).

My2Cents

Tidak hairanlah jika anda terpaksa menunggu untuk dapatkan tempat duduk kerana ramai pengunjung yang hadir. Dan mengapa terdapat ramai pengunjung? Sebab makananya yang pelbagai dan sedap! Tidak kira apa kaum sekalipun, Restoran Sambal Hijau memang menjadi tempat tumpuan orang ramai yang gemarkan lauk campur atau masakan Melayu authentic. Jika anda mempunyai rakan-rakan luar negara yang datang ke Malaysia dan mereka inginkan makan masakan tempatan, Restoran Sambal Hijau lah tempatnya.Berbaloi? Yes. Akan datang lagi? SEMESTINYA!

P/S : Masakan panas disediakan pada waktu malam.

RESTORAN SAMBAL HIJAU

Lot 2990 Kg. Sg. Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

03 – 7731 2045

Instagram : restoransambalhijau

Facebook : Restoran Sambal Hijau 

Website : www.sambalhijau.my

Waktu Operasi : 7.00am – 2.00am / Isnin-Ahad (kecuali cuti Raya Aidilfitri dan Aidiladha)

Please follow and like us:

 




Leave a Reply