RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

[MAKAN-MAKAN] BOAT NOODLE

[MAKAN-MAKAN] BOAT NOODLE
Boat Noodle, D’Pulze

Nowadays, petang-petang lepas office hour mesti hujan. Al maklumlah hujan je perut start memberontak. Lapa memanjang. Nak makan something yang ringan-ringan sebab dah nak malam kan? Makan KFC nanti rasa berdosa pulak dekat badan sendiri. Haha. So me and my friends decided untuk makan dekat Boat Noodle, D’Pulze. Well, sape tak kenal Boat Noodle kan? Rasa most rakyat-rakyat hipster mesti familiar dengan restauran ini. So just want to share bout my experience and opinion about Boat Noodle.

BOAT NOODLE 101

  • Berkonsepkan makanan Thai
  • Mempunyai 22 cawangan (so far)
  • Menggunakan tagline “Boat Noodle in the streets of Bangkok now in KL” memang menarik minat warga tempatan untuk berkunjung ke restoran ini. Well, who doesn’t like Thai food kan?
  • Menyediakan makanan ringan berbentuk mee di dalam mangkuk kecil dijadikan sebagai menu utama di Boat Noodle
  • Selain mee di dalam mangkuk kecil, Cha Yen (Thai iced tea) dan Cha Keow Yen (Thai iced green tea) juga merupakan killer products
  • Hiasan dalaman berkonsepkan old school dimana kebanyakan hiasan mempunyai ciri-ciri sekitar tahun 70an-90an. Kerusi dan meja juga sangat old school. Terasa macam lepak di warung-warung santai layan teh o panas, goreng pisang cicah gula waktu zaman kecik-kecik dulu.
    Boat Noodle, D’Pulze
    Boat Noodle, D’Pulze

    NomNom 
    Alright, kebetulan waktu kami datang betul-betul few days before Chinese New Year. So saya tak tahu sama ada perkara ini mempengaruhi servis, kebersihan dan stok makanan/minuman pada hari itu. Ok cerita pengalaman saya tu later, now review untuk makanannya!

    Ka Num Tuay & Grilled Chicken Meatballs



    Nampak tak benda berbentuk bulat putih tu? Haaa tu my personal favorite. Tiap kali datang wajib order benda ni. Rasa dia sama macam kuih pelita, cuma tekstur Ka Num Tuay ini berbeza dengam kuih sampan. Kalau anda memang kaki order side dish, Grilled Chicken Meatballs memang worth a try.

    Kra-Pow Chicken Rice, Boat Noodle

    Dari niat nak makan ringan-ringan, ada pulak yang terjebak order Kra-Pow Chicken Rice. Nasi putih yang dihidangkan bersama telor mata kerbau dan minced chicken yang rasa pedas-pedas manis. Sedap tak? Memang sedap. Tapi agak mengecewakan kerana portion minced chicken itu tak ‘sesesak’ seperti di dalam gambar atau previous order.

    Glass and Egg Noodles in Ayutthaya and Phatumtani broth

    Oh well, you already know these are the highlight bila tiap kali datang Boat Noodle. Order banyak-banyak then snap pic macam ni. Haha. At first dulu try memang pelik gila rasa dia. Tapi anda mesti percaya, benda rasa pelik-pelik macam ni yang buat kita keep coming back kan? Haha. Bagi yang belum cuba, anda boleh pilih sama ada glass noodle atau egg noodle . Selepas itu pesan sama ada anda mahu kuah Phatumtani (diperbuat dari soy sauce atau kicap, ada sedikit rasa masam) atau Ayutthaya (rasa sedikit berempah dan berherba). Setiap pilihan didatangi dengan ayam atau pun daging. Mesti nak tahu harga kan? Haaaaaaaaa. Setiap mangkuk berharga RM2.01 termasuk GST.

    MY2CENT 



    Kunjungan saya kali ini sedikit mengecewakan. Saya tak dapat nak rasa kelazatan air Thai iced tea dengan Thai iced green tea sebab bila nak order je waiter told us stock untuk air bersusu tak available sebab susu takde. Selain itu,our noodles pon sampai lewat sampai terpaksa tanya waiter untuk check order kami. Misplaced order pon ada, air orang lain datang put on our table. Then again, it could be or could not be semua tu sebab my visit just few days before CNY. Well, as long they managed to maintain the bowl noodles quality, rasa it won’t be a big deal. Cuma teguran saya, harap stock mencukupi dan train waiters supaya jadi lebih alert.
    There’s no harm to try lepak dekat Boat Noodle. Tempat dia memang cool untuk lepak-lepak sambil perkena makanan yang ringan. Oh! Lepas makan wajib susun mangkuk-mangkuk then amik gambar tau. Itu lah keunikan Boat Noodle di mata saya. Boleh semak senarai outlet di website dan FB rasmi Boat Noodle. Maklumat seperti di bawah :

    BOAT NOODLE 

    Facebook   : Boat Noodle / myboatnoodle

    Instagram : myboatnoodle 

    Website     : www.boatnoodle.com.my

    Please follow and like us:

     




    Leave a Reply