RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

FESTIVAL MAKANAN ANTARABANGSA PUTRAJAYA 2017 : ORIGINAL THAI FOOD

FESTIVAL MAKANAN ANTARABANGSA PUTRAJAYA 2017 : ORIGINAL THAI FOOD

Bagi penggemar makanan Thai khususnya kepada mereka yang familiar dengan street food di Thailand, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai juadah yang dibawa dari negara jiran.

Bermula 27 Februari hingga 8 Mac 2017, segala macam dari negara Thailand ada di Presint 14, Putrajaya. Dari makanan, buah-buahan, pencuci mulut, pakaian dan barangan rumah juga ada di jual di sini. Tetapi, bagi sesiapa yang menggemari Thai street food, ini boleh dikatakan syurga kecil makanan yang ada seperti di pasar Chatuchak, Bangkok. Antara yang menarik adalah :

PAD-THAI ala PATTAYA




SOFT SHELL CRAB




SOMTAM, KERABU SUHUN, KERABU MANGGA, KERABU MAGGI, KERABU KAKI AYAM, MEE/BIHUN/KUEYTEOW TOMYAM


FRIED SEAFOOD


THAI ICED TEA


TELUR PUYUH GORENG, CHAKOI CHUROS, EGG STICK


AYAM PANGGANG MADU PATTANI


NASI KERABU PATTANI 


ROJAK BUAH


ASAM & JERUK BUAH

Terdapat pelbagai makanan lain juga, seperti coconut ice cream, pla pao (ikan talapia bakar yang disalut dengan garam) dan macam-macam lagi. Saya pernah cubai pla pao di Bangkok dan apa yang saya ingin katakan, itu merupakan makanan Thai kegemaran saya. Cuma tidak berkesempatan untuk cuba di Festival Thai ini kerana perut penuh dengan macam-macam, on the way balik baru perasan ada stall pla pao. Menyesal? Yes!

Jadi bagi mereka yang berkelapangan, mari hadir ke Festival Makanan Antatabangsa Putrajaya 2017. Bagi yang belum pernah menjejak kaki di bumi Thailand, why not ambil kesempatan ini untuk anda mencuba sendiri keunikan makanan Thai asli.  Anda pasti tidak akan menyesal.

FESTIVAL MAKANAN ANTARABANGSA PUTRAJAYA 2017 : ORIGINAL THAI FOOD

Lokasi : Park N Ride Presint 14, Putrajaya

Tarikh : 27 Feb – 8 Mac 2017

Waktu : 10.00am – 11.00pm

Please follow and like us:

 




Leave a Reply