DONUTES COFFEE & CAKE, KOTA DAMANSARA

Strawberry Tilu, Donutes Coffee & Cake

Tengah-tengah malam kadang-kadang datang la napsu nak kopi-kopi or air panas-panas. Nak ke McD, macam bosan and senantiasa penuh. Kalau ke mamak, bising and susah nak enjoy apa yang kita makan or minum. Jadi, bila terbuntu dengan perasaan feeling mengada-ngada macam tu, mula la terfikir pasal cafe acah hipster. Persoalannya, ada ke cafe acah hipster yang bukak smpai late in the night or 24 jam? Ternyata Cik Google tidak mengecewakan selepas cuba mencari 24 hrs operation cafe in Damansara. Selepas meneliti satu per satu, maka tertarik dengan Donutes Coffee & Cake.

LE OVERVIEW

Donutes Coffee & Cake

Terletak di Kota Damansara, kami tiba di Donutes Cafe sekitar 12.00 malam. Tanpa perlu risau tentang seat dan parking kereta, semudah abc sahaja urusan kami di sini (mungkin sebab kunjungan kami pada malam kerja). Disambut dengan pelbagai kek yang mebuatkan penglihatan terambang dan merangsang selera makan, tanpa membuang masa, lepas je dapat seat teros catwalk ke kaunter membaut pesanan.

Donutes Coffee & Cake

As a typical cafe hipster, Donutes Cafe menghidangkan suasana yang santai sambil diiringi lagu jazz yang mesra pendengaran. Apa yang menariknya, cafe ini tidak kedekut dalam menyediakan plug bagi mereka yang memerlukan chill sambil bekerja dengan menggunakan laptop.

 

LE REVIEW

Donutes Coffee & Cake

So basically, niat di hati datang ke cafe bukanlah untuk makan besar or makan sampai kenyang. Cukup sekadar untuk dapatkan few sips of hot cappucino dan few slices of cakes for the sake of santai-santai.

 

Garden Salad & Cappuccino, Donutes Coffee & Cake

Cappucino

Sebabkan addicted to coffee, so malam ni I ordered Capuccino untuk stay awake plus on the menu, takde pula penampakan kelibat ‘Americano’. Apa yang boleh saya katakan, for a non-coffee addict, Capuccino ini sesuai untuk anda jika teringin untuk try coffee. Rasa yang halus dan lembut. Namun tetapi, as a coffee addict as I am, Capuccino ini kurang kick dari segi caffein. I was expecting to stay hyper all night long kalau minum cappucino, tapi tidak, bagi saya tahap caffein capuccino ini di tahap manja-manja. Is it a bad thing? Of course not. Sebab capucinno ini sesuai untuk mereka yang bencikan caffein yang pekat.

Garden Salad

Sebabkaan tiba-tiba selera nak mengunyah samething. Maka mood acah diet pun shine bright like a diamond. Garden Salad lah the healthiest way to go. Untuk kunyahan tanpa rasa bersalah, Garden Salad ini sesuai untuk anda kerana tiada pun dressing yang disertakan. Hanya sayur-sayuran segar seperti iceberg letuce, shredded carrot, few slices of japan cucumber dan dua genggam jagung. Selain itu, salad ini diserikan juga bersama seketul suku telur rebus. To be honest, any salad tak kira with or without dressing memang rasa blend blergghhh. Sebabkan desire nak bertubuh kecil yang never happened, maka salad is the only perfect option yang ada.

Matcha Senna Cake

Matcha Senna, Donutes Coffee & Cake

Cake ini membuktikan bahawa nampak cantik tak bermakna sedap. Dengan perasaan kecewa, tekstur kek ini agak kering. Mungkin disebabkan terlalu lama didedahkan di dalam suhu sejuk tanpa wrap bagi menjaga kualiti kek itu. Jika tidak disebabkan oleh tekstur yang kering, kek ini memang sesuatu yang indah untuk dinikmati. Dari segi rasa, manis yang just nice dan perisa green tea yang tidak overpower, cake ini actually not bad.

Strawberry Tilu

Donutes Coffee & Cake

Selepas kekecewaan meguasai diri kerana texture Matcha Senna Cake yang kering, perasaan kecewa itu berjaya terubat dengan Strawberry Shortcake. Texture yang fluffy sempurna, rasa manis yang just nice sambil diperkaya dengan rasa strawberry, ternyata tidak rugi kami memesan kek ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Donutes Coffee & Cake

Overall pengalaman sepanjang berada di Donutes Coffee & Cake bukanlah sesuatu yang mengecewakan. Dari segi rasa dessert yang dihidangkan di tahap yang bagus, cuma kualiti sesuatu dessert itu perlu dijaga kerana cabaran membuka cafe yang berpoperasi 24 jam bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, kerana konsep operasi selama 24 jam ini, saya rasa ianya juga merupakan satu marketing stratergy yang berjaya. Tambah-tambah lagi bertempat di kawasan urban, Damansara, tidak mustahil jika pengunjung-pengunjung cafe ini mostly dari kalangan remaja. Jadi mereka yang inginkan tempat yang selesa untuk bersembang dengan rakan-rakan, dapatkan teh,coffee, dessert dan pastry pada bila-bila masa sahaja, Donutes Coffee & Cake pasti sesuai untuk anda.

 

P/S : Selain Kota Damansara, Donutes Coffee & Cake juga berada di Puchong Jaya dan Subang SS15

Donutes Coffee & Cake

 

 

DONUTES COFFE & CAKE

No.1, Jalan PJU 5/13,
Dataran Sunway, Kota Damansara

Tel: +603 6143 7262

Facebook : Donutes Coffee & Cake Baking Malaysia

Instagram : Donutes Malaysia

Website : Donutes Coffee & Cake Baking

 

About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply