RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

BAWAL POWER SEMPOI, CYBERJAYA

BAWAL POWER SEMPOI, CYBERJAYA

Sejak kerja kat Putrajaya kalau tak ngadap makan dekat cafe office, mesti Alamanda. Tak Alamanda mesti KFC Dengkil. Lama-lama buntu kepala saya dengan member-member nak makan mana. Nak makan have-have (makanan mahal-mahal) tapi tengah bulan, tak gaji lagi. Hewhewhew. Then tiba-tiba one day terdengar cerita tentang Bawal Power Sempoi di Cyberjaya. Memang saya and the geng minat benar bawal. Maka misi untuk makan under budget tercapai dan bergegas lah ke sana.

Terletak di Foodcourt TSI Sports Arena, Bawal Power Sempoi ternyata diminati ramai. Mana taknya, sampai-sampai je sudah dipenuhi dengan pengunjung. Risau tak dapat seat, maka catwalk lah dengan pantas dari arah parking lot. Dah cop tempat terus minta sorang jaga meja then yang lain beratur beli makanan. Hahaha. Teamwork!



Sambil beratur kita kasi kecur air liur dulu. Sotong segar dibakar. Memang sotong besar lengan saya. Ikan keli goreng pulak besar denesor, makan sorang tak luak. Gila tak berkeroncong perot?

 



Setiap set didatangi dengan kari bendi, sambal belacan, ulam-ulaman dan kicap manis. Perfect combo! Selesai je pilih lauk, now angkut nasi-nasi ni ke table. Setiap pembayaran dibuat lepas claim order.

Hasil tuaian lepas ketak kaki beratur. Bukan ketak sebab lama beratur tapi sebab lapa dan nafsu makan dah berhempas pulas tak sabar nak soru. Hahaha. Sotong bakar besau 3 ekor + ikan keli goreng besar denesor + ikan bawal goreng 3 ekor + nasi 4 set = RM80++ (untuk 4 orang makan) ok la kan?

Muka happy sebelum tragedi baju tetas dan butang baju tercabut.

Air boleh dibeli di gerai lain. Kami order teh panas, air kelapa dan air durian belanda. Seronok dan excited memasing sebab dapat makan bawal goreng, keli goreng dengan sotong besau. Member sorang pon tak tertahan sampai langgar pantang ber-diet. Hahaha. Parking berbayar tapi free untuk jam pertama dan tak susah untuk dapat free spot. Jadi bagi mereka yang berada di kawasan sekitar Cyberjaya yang serba mahal tu, why not singgah sini untuk makan dengan harga makanan yang reasonable. Benda sedap seronok dimakan beramai-ramai. Tak gitu?

Bawal Power Sempoi, Cyberjaya 

TSI Sports Arena Food Court, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, Cyberjaya 

Waktu Operasi : 10.00 am – 4.00 pm (Isnin-Jumaat)

Facebook : Bawal Power Sempoi Cyberjaya 

Tel No : 011-3533 1741

Please follow and like us:

 




Leave a Reply