INGIN TRAVEL KE BANGKOK? BERIKUT MERUPAKAN TIPS PENTING YANG ANDA WAJIB TAHU

Tips melancong ke Bangkok

Bagi sesiapa yang gemarkan shopping pakaian yang trendy tetapi murah pasti menggemari Bangkok. Bangkok merupakan bandar syurga kepada penggemar shopping, urutan tradisional Thai dan juga street food. Jika sesiapa yang pernah melancong ke Bangkok, pasti anda akan mudah jatuh cinta dengan penduduknya yang ramah dan layanan diberi membuatkan anda rasa terasa warm dan pasti anda akan kembali melancong ke Bangkok lagi. Namun tidak semua yang indah akan berlaku jika anda tidak membuat persiapan dan study sedikit ilmu untuk melancong ke Bangkok, dibawah saya listkan tips bagi anda yang pertama kali ingin melancong ke Bangkok :

 

PRA PERJALANAN

1) BAJET DAN PENUKARAN WANG

pixabay.com

Untuk travel ke sesebuah tempat, bajet merupakan perkara yang paling penting kerana tanpa mahir mengagak bajet untuk anda berbelanja, bagaimana anda akan survive di negara orang?

  • Buat kiraan awal tentang perbelanjaan dari segi makan, transport, tempat tinggal dan buah tangan
  • Rajin buat semakan tentang rate mata wang Baht dan buat perbandingan dengan money changers yang lain
  • Sentiasa minta sebahagian dari wang yang ditukarkan itu dipecah pada wang yang lebih kecil. Dinasihatkan untuk pecah ke nilai seperti 50 baht atau pun 100 baht jika money changer anda masih ada stock pecahan wang kecil.
  • Wang yang dipecahkan ke nilai yang kecil boleh menyelamatkan anda untuk bayar Uber/Taxi/Grab/MRT dengan mudah dari airport kelak.

2) BUAT KAJIAN

pixabay.com

Bangkok merupakan bandar yang popular kerana seluruh pelusuk penduduk di bumi in pasti akan jadikan Bangkok sebagai destinasi percutian mereka. However, anda perlu kaji tentang kesesuaian waktu untuk anda visit sebelum anda memulakan langkah untuk menempah hotel dan ticket flight.

  • Dinasihatkan untuk elak kunjungi Bangkok pada acara Songkhran sedang berlangsung. Mengapa? Kerana kebanyakan kedai di Bangkok menutup operasi mereka. Segelinir peniaga akan pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut perayaan tersebut. Bagi kedai yang masih beroperasi, pasti akan membuatkan anda sukar untuk makan, bershopping mahu pun berhibur kerana tempat-tempat tersebut pasti penuh dengan pelancong yang hadir semata untuk membaling air (termasuk anda).
  • Sepanjang tempoh Songkhran berlangsung, kebanyakan harga hotel dan pelbagai servis akan menjadi lebih mahal.
  • Kaji juga tentang keadaan cuaca di Bangkok. Dipahamkan oleh penduduk tempatan, penghujung Ogos sehingga December kemungkinan hujan lebat berlaku

3) KAD DEBIT ATM

Penggunaan kad debit ketika melancong amatlah penting. Ini kerana jika anda sudah kehabisan cash, wang hilang atau pun anda memerlukan wang kecemasan, hanya melalui ATM sahaja anda boleh perolehi wang. Namun, bukan semudah mencocok mahu pun swipe kad debit ATM begitu sahaja transaksi itu pasti berjaya. Terlebih dahulu, anda perlu hubungi bank anda untuk memaklumkan tentang membuka akses untuk anda gunakan kad debit ATM anda ketika di luar negara. Selain dari itu, anda juga boleh membuka akses tersebut secara online. Harus diingatkan, setiap pengeluaran wang mempunyai caj tersendiri dan amat penting untuk anda tahu tentang caj yang dikenakan. Bagi pengeluaran wang menggunakan bank yang sama contohnya CIMB, tiada fee pengeluaran wang dikenakan.

 

HARI PERCUTIAN

4) PENGANGKUTAN AWAM

pixabay.com

Bagi move around, Bangkok antara bandar yang mempunyai trafic yang teruk malah mengalahkan KL. Namun untuk move around, anda harus bijak tentang menggunakan servis pengangkutan awam yang tersedia ada di Bangkok, tersilap pilih anda mungkin akan kerugian wang atau pun masa.

  • Jika anda berkunjung dalam kumpulan kecil seperti 3-4 orang, anda harus mempertimbangkan jumlah wang yang anda bayar untuk tambang. Jika anda sanggup korbankan masa anda, anda boleh naiki Grab, Uber dan Teksi kerana tambang yang anda dibelanjakan jika dicampur dengan rakan-rakan anda, kemungkinan lebih rendah jika anda memilih perkhidmatan Grab, Uber dan Teksi dan lebih selesa. Ketika peak hour sedang berlangsung, lebih baik anda menaiki BTS/MRT kerana lebih pantas.
  • Jika anda dikalangan yang travel berdua, solo atau pun sukakan adventure, ternyata MRT lebih sesuai untuk anda. Namun terpulang kerana anda perlu mahir membuat perbandingan harga dan anggaran masa.

5) PASPORT

Pasport merupakan sebuah buku merah yang penting kerana tanpa buku tersebut, anda diharamkan berada di mana-mana negara luar dari Malaysia. Namun kerana takut akan keselamatan pasport tersebut sama ada akan hilang, maka anda pasti rasa was-was untuk bawa sepanjang anda keluar dari hotel.

  • Dinasihatkan agar buat 1 salinan pasport anda dan pasport yang asal disimpan di tempat seperti safety deposit box di hotel anda.
  • Namun jika terdapat urusan seperti membeli simcard mahu pun urusan rasmi, sentiasa bawa pasport asal anda bagi tujuan tersebut.

6) SIM KAD

Bagi memudahkan anda untuk berkomunikasi dan bersedia menghadap sesuatu kecemasan, sim kad sangat wajib untuk anda dapatkan.

  • Sim kad mudah didapati dikedai serbaneka seperti 7-Eleven, Family Mart mahu pun pusat membeli belah
  • Bawa pasport bagi tujuan pendaftaran sim kad
  • Beli sebelum pukul 9.00pm kerana selepas dari waktu itu, urusan membuat pendaftaran tergendala kerana sistem offline.
  • Tanyakan tentang sim kad yang khusus untuk pelancong. Sebahagian servis dari sim kad untuk pelancong amat berguna untuk anda buat panggilan ke Malaysia kerana rate yang lebih rendah.
  • Pastikan anda paham akan kemudahan yang ditawarkan yang dinayatakan pada sim pack. Terdapat pelbagai offer dan jenis sim pack yang ada, jika anda tersalah pilih, pasti anda akanhadapi kesukaran untuk membuat semakan baki, membeli pakej internet dan pelbagai lagi kerana urusan anda bersama telco kebanyakannya dalam bahasa Thai

7. KAD MAKLUMAT HOTEL ANDA

Jika anda memilih pengangkutan seperti Grab, Uber terutamanya teksi, anda dinasihatkan untuk dapatkan business kad hotel yang anda diami. Ini kerana kebanyakkan pemandu tidak fasih berbahasa Inggeris dan sesetengah daripada mereka tidak tahu akan lokasi yang anda tinggal walaupun anda duduk di hotel 5 bintang. Oleh itu, untuk pulang ke hotel, jika pemandu anda tidak pasti akan nama hotel anda, hanya tunjukkan kad yang beralamat tersebut kepadanya. Percayalah, walaupun Grab dan Uber mempunyai map tersendiri, pemandu di Bangkok masih gagal mengenalpasti lokasi anda dan ke mana anda ingin tujui.

8) HORMATI BUDAYA TEMPATAN

Penduduk di Bangkok kebanyakannya mesra dan rajin membantu. Jika anda berurusan dengan mereka, gunakanlah ton suara yang lebih sopan dan jaga tutur bahasa kerana segelintir dari mereka boleh memahami English dan Bahasa Melayu!

  • Penduduk Bangkok akan lebih gembira jika anda berjaya menguasai beberapa ucapan di dalam bahasa Thai.
  • Dengan ucapan Sawasdee Krup/Ka (Hello/Selamat Sejahtera) sahaja, anda pasti akan dapati wajah warga Bangkok yang anda berurusan akan berubah menjadi extra ceria.
  • Peliharalah kebersihan sepanjang anda berada di Bangkok. Bangkok walaupun dipenuhi dengan bangunan, reka bentuk mahu pun jalan yang lama, tetapi surprisingly bersih. Tidak kira dari pekedai tepi jalan hingga ke yang mewah, kebersihan amat dititik beratkan di dalam budaya mereka. Jadi, jangan buang sampah merata-rata.

 

SELAMAT BERCUTI!

 

 

 

 

About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply