RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

SUKAR UNTUK TIDUR? 5 TABIAT UNTUK MUDAH TIDUR

SUKAR UNTUK TIDUR? 5 TABIAT UNTUK MUDAH TIDUR

Bila dah menempuh alam dewasa atau dah mula bekerja, amat sukar untuk kita dapatkan tidur yang cukup. Ada sesetengah orang perlu dapatkan tidur selama 7 jam, ada yang 8 jam dan ada yang perlukan lebih dari itu. Yang pasti  kalau tak cukup tidur, badan tidak dapat co-operate dan aktiviti harian pasti tidak akan berjalan dengan lancar.

Tetapi tahukah anda, tabiat tidur lewat atau sukar tidur boleh diatasi dengan 5 cara seperti berikut :



1) Mandi

Mengikut pendedahan dari Page FB Root Of Science tentang mitos mandi malam membuktikan mandi malam tidak membawa pada gejala paru-paru berair. Bagi sesetengah orang, mandi sebelum tidur dapat memberikan keselesaan yang boleh menjurus pada rasa mengantuk. Bila badan dah rasa bersih dan wangi, pasti itu dapat menjadi penyumbang mengantuk dan mudah untuk tidur. Tetapi cara ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang kerana mandi sebelum tidur akan membuatkan mata mereka segar.

2. Minum Susu



Sumber : Pixabay.Com

Minum susu suam atau tidak dapat membantu anda untuk tidur. Selain kalsium, terdapat juga kandungan yang digelar tryptophan yang membuatkan anda tenang untuk tidur.

3. Teh Bunga Chamomile 

Sumber : Pixabay.Com

Minum teh bunga chamomile sebelum tidur dapat membuatkan anda tenang dan mudah untuk tidur. Selain itu, teh bunga chamomile juga sesuai digunakan oleh mereka yang menghidapi generalized anxiety disorder . Mudah didapati di mana-mana ‘major supermarkets’.

4. Teh Serai

Sumber : Pixabay.Com

Teh serai memang amat asing bagi masyarakat kita, tapi saya sudah gunakan teh serai sejak saya pulang bercuti dari Bangkok. Teh serai yang saya beli dijual dalam bentuk kering, dipotong kasar bersama pandan. Bancuh seperti teh biasa dan aromanya yang lembut membuatkan anda berasa selesa. Tetapi jangan risau jika anda tidak mempunyai teh serai seperti yang saya ada, anda boleh buat sendiri di rumah. Apa yang anda perlukan adalah beberapa batang serai segar yang dibuang daunnya, lemon (optional) dan madu. Cara membuat ialah rebus serai-serai yang sudah diketuk atau dihiris bersama air. Masukkan lemon jika anda mahu dan apabila air sudah menggelegak selama 2-3 minit tutup api. Tapis dan tuang ke dalam cawan, tambahkan sedikit madu dan boleh terus diminum. Teh serai juga sesuai untuk dijadikan air detox.

5. Big No To Caffeine

Jika anda penggemar kopi, teh atau minuman berkarbonat, saya cadangkan untuk tidak diambil minuman tersebut sekurang-kurangnya 5 atau 6 jam sebelum waktu tidur anda. Minuman-minuman tersebut mengandungi caffeine dan anda sedia maklum bahawa caffeine merupakan musuh utama untuk anda dapatkan tidur yang mudah. Teh seperti Chamomile, Hibiscus (bunga raya) dan Serai boleh diminum kerana bebas caffeine. Tetapi teh selain itu seperti Green Tea atau Oolong Tea tidak sesuai kerana mempunyai tahap caffeine yang boleh membuatkan seaeorang bertukar menjadi burung hantu pada waktu malam.

Anda mempunyai cara tersendiri untuk mudah tidur? Kongsi bersama kami di ruangan komen.

Sweet dreams gebus!

Please follow and like us:

 




Leave a Reply