RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

[LIFESTLYE BIJAK] APLIKASI GANJARAN

[LIFESTLYE BIJAK] APLIKASI GANJARAN

Makan, shopping dan wayang. Tiga ini merupakan hobi-hobi popular bagi kebanyakan mereka yang tinggal dibandar. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang yang membuatkan kita perlu lebih bijak dalam berbelanja. Mungkin kita suka berbelanja di restauran, panggung wayang, pusat membeli belah mahupun on9 shopping tetapi disebabkan bajet perbelanjaan lain meningkat, kita terpaksalah menghadkan aktiviti yang kita minat.

Untuk setiap masalah pasti ada penyelesaian, walaupun sedikit tapi tidak bermakna kita harus korbankan minat kita totally kan? Therefore, saya ingin kongsikan senarai aplikasi yang dapat memberi anda ganjaran dalam bentuk voucher makanan percuma, tambah nilai percuma, voucher on9 shopping percuma, tiket wayang percuma dan macam-macam lagi. Al maklumlah, berdasarkan pengalaman saya, memang sedikit sebanyak tekanan ekonomi yang kita hadapi membuatkan saya terfikir bagaimana untuk terus membuat apa yang kita minat dan tukarkan minat itu kepada ganjaran. Berikut antara aplikasi yang saya gunakan untuk dapatkan ganjaran :




1) Twig

Twig. Lockscreen yang memberi mata ganjaran dengan setiap swipe

Twig merupakan aplikasi yang menggunakan konsep mengumpul mata ganjaran dan mata ganjaran tersebut boleh ditukarkan kepada voucher, tambah nilai, mahupun derma. Antara cara utama untuk mendapatkan mata ganjaran yang diperkenalkan oleh Twig ialah melalui lockscreen. Ye, selepas anda swipe kanan atau kiri pada locksceeen Twig, anda akan diberi ganjaran 5 mata. Tetapi awas, anda perlu hati-hati ketika swipe di lockscreen Twig kerana salah satu swipe akan membawa anda ke website iklan yang dipromosi. Jadi harus sentiasa alert dengan arah yang ingin anda swipe. Selain itu, mata ganjaran melalui swipe hanya diambil kira jika telefon anda mempunyai akses internet. Segala swipe tanpa connection dengan internet tidak diambil kira dan adakalanya lockscreen tersebut tidak sentiasa mempunyai mata ganjaran. Personally, saya deactivate fungsi lockscreen tersebut kerana annoying dan mengganggu. Tetapi jika anda merupakan seorang yang berdedikasi untuk mengumpul mata, lockscreen Twig pasti dapat membantu anda.

Selain fungsi lockscreen, anda juga boleh peroleh mata ganjaran melalui daily check-in, tonton video pihak penaja, download dan aktifkan aplikasi yang dikehendaki (cara ini sesuai untuk mereka yang mempunyai data internet dan storage phone yang banyak) dan spin the wheel (ala-ala roda impian, tidak digalakkan kerana kebarangkalian untuk dapatkan mata yang banyak amat tipis dan setiap putaran akan menggunakan 10 mata). Melawati blog yang turut serta under ‘Surf to Earn’ juga menawarkan mata ganjaran bagi setiap lawatan dan hanya terhad kepada 3 kali sehari. Selain itu, terdapat juga cara untuk dapatkan mata ganjaran sehingga 1000 mata tetapi  cara tersebut amat terhad.  Dengan melengkapkan profile account Twig anda, memasukkan kod reference kawan yang mempunyai akaun Twig dan sebaliknya, anda akan diberi ganjaran sehingga 1000 mata.

Antara voucher yang boleh anda tebus seperti Chatime, Lazada, 11Street, Grab, TGV Cinema dan pelbagai lagi. Secara peribadi, saya masih menggunakan aplikasi ini setiap hari untuk mengumpul mata ganjaran. Ada sedikit rasa annoying apabila aplikasi ini tidak memberi apa-apa notifikasi untuk daily check-in setelah constantly mendapatkan mata ganjaran sebanyak 15 mata setiap hari. Mungkin masalah teknikal atau mungkin Twig sendiri mengentikan notifikasi untuk membuatkan pengguna lupa untuk check-in dan mata ganjaran akan reset kepada 1 kembali. Namun itu bukanlah isu sebenar dan saya telah pun berjaya menebus voucher Chatime.
P/S : Aplikasi ini hanya available untuk pengguna Android sahaja buat masa ini.



2. Sreetbees

Streetbees, ganjaran diberikan bagi setiap task yang dilakukan

Streetbees merupakan aplikasi yang memberi anda ganjaran berbentuk wang melalui tasks yang dikehendaki seperti memuat naik gambar yang dikehendaki atau menjawab survey yang diberi. Aplikasi ini mudah dan setakat ini hanya survey sahaja yang available untuk anda selesaikan. Setiap survey akan diberi bayaran dalam bentuk USD. Maka segala transaksi pembayaran akan dibuat melalui PayPal dan ye! Anda wajib ada akaun PayPal. Bagi saya, aplikasi ini legit dan saya telah menerima bayaran in USD tetapi sedihnya task yang diberi sangat limited.

Buat masa ini hanya  pengguna Android sahaja yang boleh menggunakan aplikasi ini.

3. Nando’s Malaysia 

Nando’s Malaysia : Peri-Vilage

Bagi penggemar Nando’s pasti ada diantara anda yang sudah ketahui tentang aplikasi ini atau sudah pun install didalam phone anda. Tetapi bagi sesiapa yang belum ketahui, aplikasi ini menawarkan ganjaran dalam bentuk ayam percuma. Untuk mendapatkan ayam percuma, anda harus mengumpul mata ganjaran yang dikenali sebagai Chilli. Setiap Chilli boleh diperolehi melalui setiap kunjungan dan total bill sebanyak RM30 ke atas. Harus diingatkan bahawa anda perlu memaklumkan atau tunjuk aplikasi Nando’s Malaysia (Peri-Vilege) ketika membuat pesanan agar pelayan dapat mencatit nombor keahlian anda.
Selepas install aplikasi ini anda hendaklah mendaftar untuk menjadi ahli. Mata ganjaran tidak akan diberi jika anda belum mendaftar. Bagi setiap 3 mata Chilli, anda akan diberi quarter, half dan whole chicken. Jadi anda harus kumpul 3/6/9 Chilli untuk mendapatkan ayam percuma tersebut. Selain ganjaran aplikasi ini turut mempunyai info mengenai lokasi cawangan Nando’s di Malaysia, senarai Menu dan maklumat untuk anda hubungi pihak Nando’s Malaysia.
4. Starbucks Malaysia 

Starbucks App

Bagi penggemar Chocolate Cream Chip, Java Chip, Americano Triple Shot keluaran Starbucks, aplikasi ini amat berguna bagi setiap pengguna telefon pintar. Khususnya, aplikasi ini merupakan aplikasi cardless (bebas kad) yang berfungsi jika anda menggunakan kad prabayar Starbucks untuk sebarang transaksi pembayaran.

Apa yang menarik tentang aplikasi ini? Anda boleh keep track amount yang tinggal tanpa perlu ke kaunter untuk membuat semakan. Jika anda tertinggal wallet, jangan risau. Tap sahaja aplikasi ini dan scan barcode di kaunter. Harus ingat, untuk menggunakan aplikasi ini anda haruslah mendaftar kad Starbuck anda terdahulu di dalam aplikasi ini.

Mesti anda musykil, tang mana rewardnya? Hahaha. Ok, reward yang diberi berbentuk 1 donut, 1 air bersize grande atau pun limited edition Starbucks planner (terhad mengikut musim).  Bagi setiap pembelian 7 makanan, anda akan diberikan 1 donut percuma. Manakala dengan setiap pembelian 10 jenis air handcrafted, anda akan diberikan 1 any air yang bersize grande secara percuma.

 

5) B Infinite

B Infinite

B Infite atau dahulu dikenali sebagai Bcard merupakan aplikasi keluaran dari Berjaya Group. Berfungsi sama seperti aplikasi Starbucks iaitu cardless dan memerlukan anda untuk mendaftar Bcard di aplikasi B Infinite. Aplikasi ini menawarkan ganjaran berbentuk mata ganjaran yang boleh ditebus melalui cash voucher yang boleh digunakan terus semasa pembayaran. Untuk mendapatkan kad ini, anda boleh kunjungi mana-mana Chatime, Starbucks atau Caltex. Bagi senarai lengkap participating merchants, anda boleh dapatkan maklumat tersebut di aplikasi B Infinite.

Mata ganjaran boleh dikumpul melalui participating merchants seperti Starbucks, Chatime, Kenny Rogers, Caltex, Berjaya Hotel, Zalora, Lazada, 11Streer dan pelbagai lagi. Setiap RM 1 yang dibelanja, anda akan diberi 1 mata. Untuk tebus mata ganjaran, 100 mata bersamaan RM1. Contohnya, jika anda ingin memberli air Strawberry Pudding Au Lait dari Chatime yang berharga RM8.50, 850 mata diperlukan untuk ditebus. Dengan aplikasi B Infinite, mudah untuk anda dapatkan mata ganjaran kerana terdapat lebih dari 100 merchants yang turut serta. Bagi yang biasa shopping online, lepak di Starbucks mahu pun check in di Hotel Berjaya, kini anda boleh tukarkan minat anda kepada mata ganjaran. Jadi lah pengguna yang bijak!

Please follow and like us:

 




Leave a Reply