RSS
Follow by Email
Facebook
Instagram

BUNTU TIDAK TAHU NAK BERI APA? NAH SENARAI HADIAH UNTUK DIBERIKAN PADA PENGANTIN

BUNTU TIDAK TAHU NAK BERI APA? NAH SENARAI HADIAH UNTUK DIBERIKAN PADA PENGANTIN

Setiap kali diundang ke majlis perkahwinan tidak kira lah daripada sahabat atau pun saudara mara, pasti akan membuatkan anda buntu, tidak tahu untuk berikan hadiah apa. Rasa was-was akan muncul, dan anda akan mula panic, tak bagi rasa bersalah. Kalau nak bagi pula, nak bagi apa? Jangan risau, bagi membantu anda untuk membuat keputusan, berikut merupakan 10 Hadiah Yang Boleh Anda Beri Kepada Pasangan Pengantin :

 

1) PERALATAN ELEKTRIK DI DAPUR

Panasonic

Bagi pasangan pengantin baru, peralatan elektrik di dapur merupakan hadiah yang terbaik untuk mereka. Peralatan  seperti  cerek, periuk nasi, oven dan microwave memang sesuai untuk pengantin baru yang mula menjalani kehidupan sebagai keluarga.



 

2) DAPUR

Pensonic

Dapur boleh digunakan untuk si isteri memikat selera suami melalui masakan.

 

3) KUALI DAN PERIUK

Tefal

Juga dialu-alukan untuk dijadikan hadiah. Jika diberi brand tefal mau tersenyum lebar sang isteri.



 

4) SET PINGGAN, CAWAN DAN CUTLERY 

Correlle

Bagi mereka yang tidak mempunyai bajet yang besar, set pinggan mangkuk, cawan dan cutlery juga boleh dijadikan pilihan. Melainkan anda punyai bajet yang besar, set pinggan Pyrex memang diterima dengan ucapan terima kasih daripada pasangan pengantin.

 

5) MESIN BASUH 

Samsung

Tidak kira jenama apa sekalipun. Hadiah ini pasti akan mengukir senyuman ikhlas daripada pasangan pengantin. Sesuai jika anda dan rakan-rakan kumpul duit dan belikan sebuah sebagai hadiah. Tapi tak perlulah angkut mesin basuh tu diletakkan dimeja hadiah pengantin, hanya cukup sekadar maklumkan kepada staff kedai elektronik bahawa anda ingin belikan mesin basuh itu sebagai hadiah kahwin dan staff kedai itu akan isukan satu resit atau bukti collection bagi pasangan pengantin untuk claim later.

 

6) PETI SEJUK 

Samsung

Another hadiah yang pasti membuatkan pasangan pengantin girang ketika sesi membuka hadiah. Mau rasa gembira seperti terkena cabutan bertuah apabila ternampak resit atau bukti collection yang berada di dalam sampul.

 

7) KELENGKAPAN BILIK TIDUR 

IKEA

Cadar? Tilam? Bantal? Katil? Wardrobe? Yes. Boleh juga dijadikan hadiah.

 

8) FRAME GAMBAR / LUKISAN

Wikipedia

Bagi pasangan pengantin baru yang mula duduk di rumah baru, mereka juga memerlukan hadiah ini untuk dijadikan perhiasan di rumah.

 

9) GIFT CARDS

Aeon Big

Gift cards dari pasaraya seperti Tesco, Giant, Aeon dan sebagainya juga sesuai untuk kegunaan pasangan pengantin baru yang ingin shopping barangan dapur.

 

10) WANG

Bank Negara Malaysia

Hadiah dalam bentuk wang juga sangat berguna untuk diberikan kepada pengantin. Sedikit sebanyak wang yang diberikan boleh membantu pengantin sama ada menampung kos perkahwinan, honeymoon, berbelanja atau pun simpanan.

 

 

Please follow and like us:

 




Leave a Reply