AIRBNB : INVITO HOTEL SUITES, KUALA LUMPUR

Invito Hotel Suites

A week before raya hari tu my mom tiba-tiba ad menyatakan hasrat nak rasa duduk di condo mewah yang siap ada gym and view cantik. Maka me and my bro pun memulakan tinjauan condo yang murah untuk didiami seramai 6 orang via Airbnb. So sebabkan ni pertama kali kami nak try Airbnb, maka cari yang murah-murah untuk cubaan pertama. Selepas beberapa pencarian akhirnya kami jumpa sebuah condo 2 bilik yang boleh memuatkan sehingga 7 orang. Hanya 1 bathroom dan dilengkapi dengan kelengkapan dapur beserta washing machine.

Lobbby, Invito Hotel Suites

 

INVITO HOTEL SUITES

Selain misi mencari condo murah, kami juga cari condo or pool yang ada view KLCC atau KL Tower. Ternyata walaupun penampakan kelibat KL Tower sedikit jauh, tetapi dengan harga yang dikenakan bagi kami ianya sesuatu yang not bad. Maka pada hari raya ke 2 kami sekeluarga pun memulakan perjalanan untuk check in di Invito. Setibanya di lokasi yang terletak di Jalan Ceylon, proses check berlaku dengan mudah. Hanya berkomunikasi melalui whatsapp dengan tuan rumah, Mr. Mike bagitahu kunci rumah ditinggalkan di mailbox. A bit confused pada mulanya sebab kebiasaan check in melalui front desk, tetapi jika sudah biasa dengan konsep begini yang popular digunakan dikalangan warga Airbnb, mudah je sebab tak perlu sign apa-apa document or awkward menghadap tuan rumah.

Sementara mencari mailbox, my bro pergi cari parking. Ada dua pilihan, open air located sebelah dengan hotel or indoor. Untuk sekali masuk parking outdoor, caj RM25 dikenakan maka outdoor mengikut pada jam. So confused x sure mana satu lagi mahal or murah, demi keselamatan kereta maka decided to park indoor.

Selesai urusan parking and kunci, terus berbungkus bangkas menaiki lif menuju ke rumah sewa kami . Keluar je lif rumah kami merupakan rumah pertama yang ditemui betul-betul sebelah lif. Possibility untuk dengar bising-bising? Memang ada sebab rumah dekat dengan lif kan. Setelah kunci dihunus ke tombol pintu, maka kaki mula melangkah masuk ke rumah. Sangat amazed kerana sebijik seperti yang advertised by tuan rumah dalam Airbnb. Bersih, konsep putih dan kemas, mak saya mula rasa excited kerana tingkap yang luas beserta dinding kaca yang boleh membuatkan anda lihat sekitar bangunan berdekatan.

LE REVIEW

Ruang Tamu, Invito Hotel Suites
Invito Hotel Suites
Invito Hotel Suites

SUITES

  • 5/5. Selesa dan cantik seperti yang diiklankan
  • Menyediakan washing machine, hair dryer, dapur memasak dan kelengkapan asas dapur
  • Setiap sudut rumah ini Instagram worthy kerana lighting yang jelas
  • Connection wifi sedikit mengecewakan seolah-olah tidak berfungsi
  • Towel tidak disediakan kepada segelintir tetamu. Anda perlu berkomunikasi dengan tuan rumah bagi isu ini.
Invito Hotel Suites
Invito Hotel Suites
Invito Hotel Suites

Sepanjang stay semalam di Invito ada beberapa ups dan segelintir downs nye. Servis yang diberikan oleh tuan rumah, Mr. Mike sememangnya memuaskan. Namun, ada sedikit kekecewaan yang kami rasa. Sebelum check in saya ada bertanya mengenai towel disediakan atau pun tidak dan respond dari Mr.Mike membuatkan kami tidak perlu risau untuk membawa towel. Plus, bagi seorang pengunjung yang lebih dari 5 orang akan dikenakan caj. Maka kami beranggapan 6 towel disediakan. Tetapi sedihnya, hanya 2 towel yang available. Selepas contact Mr. Mike untuk get another extra towels for each of us, hanya dibekalkan lagi 2 sahaja menjadikan 4 towel yang perlu dikongsikan dengan 6 orang. Ok, kecewa sedikit disitu.

Master Bedroom, Invito Hotel Suites
Master Bedroom, Invito Hotel Suites

Kekecewaan tidak berakhir di situ, sebabkan syarikat telco di Malaysia ni  tidak mendengar rungutan pengguna, maka kami mengharapkan wifi yang disediakan seperti di advertise di dalam Airbnb. Dahlah internet menyiput di tengah bandar, bila try on wifi, apa yang digembar gembur di dalam Airbnb itu ternyata omong kosong. Service wifi tiada.

Namun tidak semua yang kami experience di Invito itu mengecewakan. Dari segi kebersihan dan kekemasan rumah, memang seperti yang diiklankan. Sangat selesa and untuk pengetahuan anda, setiap sudut di rumah yang kami diami itu, memang instagram worthy! Maka boleh la up gambar lawa-lawa acah-acah mewah bila anda stay di sini.

Invito Hotel Suites
Invito Hotel Suites
Invito Hotel Suites

Swimming pool yang belatarbelakangkang bangunan-bangunan tinggi di bandar beserta  KL Tower juga menjadikan spot yang cool untuk bergambar. Namun harus diingatkan, towel yang disediakan di pool hanya untuk kegunaan hotel guests. Jadi bawa towel sendiri jika anda ingin ke pool. Gym juga disediakan bersebelahan dengan pool.

Invito Hotel Suites
Invito Hotel Suites Pool

Lokasi sememangnya stratergik kerana dekat dengan shopping malls dan berada di Golden Triangle. Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan rumah yang kami dapatkan melalui AIRBNB ini. Walaupun ada sedikit kekurangan, kami anggap ianya hanya sebagai hal kecil sahaja. Definitely gonna come back 🙂

Belum pernah punyai akaun AIRBNB? Klik sahaja di link untuk diskaun pada 1st visit anda : Airbnb

 

Klik link di sini untuk menempah bilik di Invito kepunyaan Mr. Mike : Mr. Mike AIRBNB

 

About Dell McMinaj 34 Articles
Tidak pernah katakan tidak pada KFC

Be the first to comment

Leave a Reply